🧡 🧡 🧡
Pagi itu keadaan dalam bilik rehat masih lagi sunyi seperti biasa, terlihat Force yang sedang berbaring di sofa yang berada di hujung bilik, Book yang berada didepan komputer dan Pond yang sedang tertidur beralaskan tangannya sendiri di meja yang berada di tengah bilik.
Mereka bertiga sedang menunggu shift malam mereka habis, lalu kita dapat pastikan mereka bertiga akan hilang seakan ditelan bumi usai shift malam mereka berakhir nanti. Jam masih menunjukkan pukul 7.45am masih awal untuk mereka balik. Pond menegakkan badannya lalu meraih telefon bimbit yang berada di depan mata.
"Cepatlah pukul 8, rasanya badan ni dah nak remuk ni." Sungutnya, lalu tangan laju membuka aplikasi X, sekadar mahu melihat hiburan di pagi hari atau mungkin apa sahaja berita yang mungkin dia terlepas selama dia bekerja malam tadi. Tangannya laju menari di layar telefon bimbitnya sebelum sebuah akaun seseorang yang sangat amat dia kenal melintas di timeline miliknya.
"OH MY GOD?" Jerit si doktor kardiologi tersebut, membuatkan dua lagi pakar yang berada bersamanya menoleh ke arah lelaki Naravit itu dengan kening terangkat. "Dah kenapa pagi-pagi menjerit ni?" Book menegur dengan suara lelah, lalu kembali memandang layar skrin komputer didepannya.
"Phi tengok X sekarang, cepattttt. Gilalah, berita hangat niiii." Ujar Pond dengan tangan ligat bergerak diatas layar skrin telefon bimbitnya, seakan sedang menulis sesuatu disana. Force dan Book memandang antara satu sama lain lalu mereka turut mencapai telefon bimbit milik mereka dan mengikuti kata Pond agar buka aplikasi X tersebut.
"Wahhh." Force yang tadi masih berbaring terus bangun lalu duduk bersandar di sofa, mata masih memerhati timeline akaun X miliknya. "Official dah? Bukan main dua hari cuti laju dia buat kerja." Book yang berada di kerusi lain tergelak mendengar tutur kata pakar tulang tersebut. "Biasalah tu, lagipun banyak halangan mereka nak sampai ke tahap ni." Book kembali meletakkan telefon bimbitnya ke tepi.
Pond dan Force memandang Book setelah mendengar pakar kanak-kanak itu berkata sebegitu. Banyak halangan? Apa yang halangan sangatnya tu? "Maksud doktor?" Pond memusingkan kerusinya menghadap kearah pakar kanak-kanak tersebut.
KAMU SEDANG MEMBACA
PULSE OF LIFE || FIRSTKHAO ✔️
FanfictionSetelah belasan tahun berlalu, akhirnya dia kembali bertemu dengan pemilik hatinya yang hilang separuhnya. Namun akankah perjalanan cinta mereka ini seindah takdir kerjaya mereka? Akankah jalan cinta mereka semulus air sungai yang mengalir? ⚠️⚠️ ⚠️...