Bab 1 : PINDAH

1 1 1
                                    

 







       "ELLEN, awak ada apa-apa masalah ke kebelakangan ni? "
        Pertanyaan Puan Rhianne menyentakkan lamunan remaja lelaki itu. Ellen masih berdiam. Wajah pucat nya dipandang lama oleh Puan Rhianne

        "Prestasi kamu baru-baru ni semakin menurun. Taklah begitu ketara, cuma.. Kamu selalunya tak macam ni. Awak ada apa-apa masalah ke, Ellen?"
Soal Puan Rhianne lagi sekali. Jelas terpampang riak risaunya. Ellen sekadar tersenyum.

         "Tak ada apa-apa cikgu. Cuma.."
         "Cuma?"
         Ellen menceritakan isi hatinya kepada Puan Rhianne. Dia tidak mahu bersekolah di sekolah itu kerana dia sering dibuli oleh beberapa orang pelajar. Tambahan pula salah seorang daripada mereka cuba untuk mencabulnya.

         Puan Rhianne pada mulanya tidak mempercayai Ellen, namun setelah Ellen membuka bajunya, kesan lebam dan luka yang kelihatannya masih segar terdapat pada badannya. Tambahan pula, rakannya Ariff menjadi saksi akan semua perkara yang terjadi kepada Ellen sewaktu kejadian dan beberapa rakaman juga turut ditunjukkan.

         Perkara ini bukan melibatkan guru kelas mereka itu sahaja, namun juga melibatkan guru disiplin, pengetua dan mungkin juga pihak polis. Perkara itu segera diurus hanya dalam 3 hari sahaja. Sementara itu, Puan Rhianne cuba untuk menunaikan hasrat Ellen untuk berpindah ke sekolah lain yang juga memiliki subjek sains tulen.

          Di sekolah itu, Ellen merupakan salah seorang pelajar terbaik dan menjadi contoh kepada pelajar yang lain. Tapi tiada sesiapa yang menyangka remaja yang begitu baik diperlakukan sebegitu oleh pelajar lain yang berhasrat dengki dengannya.

         Tiga hari berlalu begitu sahaja dengan sekelip mata. Ellen didaftarkan ke sekolah lain dengan bantuan Puan Rhianne dan pengetua sekolah itu. Pembuli-pembuli yang membulinya pula sudah hilang dari pandangannya. Semua yang terlibat dikenakan tindakan gantung sekolah selama 3 bulan seperi yang Ellen harapkan.

          Dari lubuk hati, Ellen tidak mahu memaafkan setiap manusia yang pernah menganiayanya sehingga meninggalkan luka yang tidak akan sembuh dalam dirinya. Dia benci akan manusia-manusia itu. Hanya kerana dia berperwatakan baik hati dan lebih lembut berbanding pelajar yang lain, dia dipijak-pijak dan diperbodohkan selama 3 tahun dia bersekolah di situ.

           Ellen sudah berusia 17 tahun. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang membulinya. Walaupun baru di awal tahun pembelajaran, gantung sekolah selama 3 buka itu bukannya waktu yang sekejap. Sebagai calon SPM pada tahun itu, 3 bulan itu merupakan waktu yang lama, pada masa itu juga sudah berapa banyak mata pelajaran yang mereka tertinggal.

          Dengan itu, Ellen bertekad untuk memulakan hidup baharu di sekolah yang baru. Melupakan segala apa yang terjadi kepadanya di sekolah itu. Keesokan harinya, Puan Rhianne akhirnya berjumpa dengannya semula.

          "Awak dah boleh pindah ke sana bila-bila masa saja. Awak nak cikgu tolong ke macam mana?"
          Puan Rhianne bertanya untuk kepastian. Ellen berfikir buat seketika. Dia tidak mahu menyusahkan Puan Rhianne. Lagipula dia mampu mengurus dirinya tanpa masalah. Setakat pindah ke sekolah baru sekali gus berpindah ke asrama baharu hanyalah perkara yang mudah.

           "Tak apa lah cikgu. Saya boleh urus sendiri. Nanti kalau ada apa-apa, saya akan beritahu cikgu. Jadi... Kat manalah sekolah yang saya nak dipindahkan tu?"
            Puan Rhianne sekadar senyum. Kemudian  dia memberi sekeping kertas kecil yang berlipat.

           "Sekolah tu agak jauh dari sini. Sengaja cikgu pilih sekolah yang jauh sikit. Lagipun, hanya itu sekolah yang ada kekosongan untuk murid baru tingkatan 5 macam kamu. Rasanya, pasal perbelanjaan tu cikgu tak perlu risau, kan?"

            Ellen mengangguk. Betul kata Puan Rhianne. Dia tidak perlu risau akan perbelanjaan. Kerana ayahnya sentiasa mengirim duit kepadanya 2 kali sebulan. Duit yang dihantar juga sudah lebih dari mencukupi. Boleh dikatakan yang dia hidup serba mewah dan serba lengkap.

            Namun semua itu baginya tiada makna. Kerana walaupun ayahnya masih hidup, tapi ia terasa seperti ayahnya itu sudah mati. Semenjak mengurus urusan kerjanya di luar negara 5 tahun yang lalu, ayahnya tidak pernah menjenguknya ataupun menghubunginya selama 5 tahun.

            Walau berapa kali Ellen cuba untuk menghubungi dan mencari keberadaan ayahnya, dia tetap gagal dan langsung tiada petunjuk. Dia juga tidak pasti sama ada duit yang dimasukkan ke dalam akaun banknya itu dari ayahnya ataupun orang lain. Kadang-kala, Ellen terfikir jikalau ayahnya menjauh darinya kerana dialah sebab mengapa ibunya meninggal sewaktu melahirkannya. Sejak kecil lagi, ayahnya tidak pernah mengambil peduli akannya.

            "Saya dah siap packing barang-barang saya. Mungkin esok saya dah boleh mula gerak. Cikgu tak payah risau. Uncle saya pun ada juga nak tolong saya."

            Ellen berbohong. Bapa saudaranya, atau mana-mana saudara terdekatnya tidak pernah mahu menolongnya. Entah mengapa, tapi itulah hakikatnya.

            Keesokan harinya tiba dengan begitu pantas sekali lagi. Ariff, sahabat rapatnya kelihatan begitu marah dan sedih terhadapnya. Terdapat sisa air mata di birai air matanya, namun lekas ia diseka. Selama dia bersekolah di sekolah itu, hanya Ariff seorang sahaja yang setia berkawan dengannya. Ariff yang berperwatakan tegas, berani dan berkebolehan tinggi itulah yang menjadi tulang belakangnya tidak kira di waktu dia bangkit atau turun. Sudah tentu dia juga sedih untuk meninggalkan sahabatnya itu.

          "Kau jangan lupa wattsapp aku tau. Call aku ke. Kalau ada masalah, kau share dengan aku. Aku sentiasa ada untuk kau. Ok?"

           Ariff berwajah serius, cuba untuk menyembunyikan rasa sedihnya. Ellen pula sudah menangis teresak-esak. Hingusnya yang mengalir diseka dengan tisu. Dia sangka dia tidak akan menangis, tapi akhirnya dia juga yang menangis terlebih-lebih.

          Orang sekeliling sudah memandang mereka dengan aneh. Ada pula yang mentertawakan Ellen. Wajah Ellen sembab dan kemerah-merahan, Ariff yang melihatnya juga ketawa. Ada ke patut lelaki menangis macam budak tadika?

         "Aku taknak pindah.."
         Ujar Ellen buat kesekian kali. Padahal yang nak sangat pindah tu dia. Ariff menggeleng.
         "Bukannya jauh sangat kau pindah. Kat dalam bumi ni je pun. Kita boleh berjumpa balik kalau ada masa. Tak payahlah nak sedih sangat."

          Ariff mengusap kepala Ellen dengan lembut. Esakan Ellen semakin menjadi-jadi. Mereka akhirnya berpelukan untuk seketika. Ellen melepaskan tangisannya dalam pelukan sahabatnya itu. Sekejap lagi basnya akan sampai. Dia sudah menganggap Ariff itu seperti adik-beradiknya sendiri.

         Ucapan selamat tinggal menjadi ayat terakhir mereka pada masa itu. Kerana Ellen tidak tahu, apa yang sedang menantinya adalah sebuah neraka ciptaan manusia.


















..
Ig: Fuzhimaru

Chp 1 , seems boring. I suggest u to read chp 2 as well

High School KillersWhere stories live. Discover now