❄️🐧H A P P Y R E A D I N G🐧❄️
AKU adalah gadis yang sangat ceria. Namun senyuman di wajahku hilang tiba-tiba saat aku baru saja balik dari sekolah. Aku harus menerima kenyataan yang membuat aku merasa sedih dan merasa seperti hari terakhir aku hidup di dunia ini.
Aku melangkah turun dari perut kereta, Alza. Aku baru saja pulang dari sekolah. Seperti biasa aku balik dari sekolah dengan senyum manis dari bibir.
Saat aku berjalan masuk ke dalam rumah agam dua tingkat, aku merasa terkejut melihat tetamu yang ada di dalam rumah."Mama papa" jerit aku yang baru saja balik ke rumah. Aku tersenyum manis dengan tangan memegang hujung tali beg sekolah
"Hanis jangan jerit malu dengan tetamu sayang" tegur Puan Mariam, mama aku.
Aku pun melihat ke arah tetamu yang duduk di hadapan kedua orang tua aku. Ada sepasang suami isteri dan lelaki berwajah dingin. Namun yang membuat aku hairan, siapa mereka semua.
"Hehehe maaf mama, Hanis tak tahu ada tetamu" Ujar aku dengan mengarukan kepala, aku tersenyum bagi menutup rasa malu di hadapan tetamu.Sementara mama dan papa mendengar balasan aku hanya menggelengkan kepala.
"Hanis salam dulu dengan uncle Ikram dan aunt jasmien." pinta Encik Husien, papa aku
Aku pun menurut perintah dari papa. Dan aku pun langsung menghampiri tetamu papa aku.
"Hanis Nazira, uncle aunt" kata aku dengan perkenalkan diri dan secara bergantian aku salam dan cium tangan Encik Ikram dan Puan Jasmien
"Ya Allah cantiknya hanis" Puan Jasmien memegang pipi aku, dia terpukau dengan kecantikan asli aku walaupun aku tidak memakai makeup
"Terima kasih aunt" Balas aku malu-malu kerana dipuji cantik oleh Puan Jasmien
"No no. Jangan panggil aunt. Panggil mummy" suruh Puan Jasmien membuat aku merasa terkejut kerana tak ada angin tak ada ribut, aku kena panggil orang lain mummy.
Firasat aku saat ini sangat lah tidak tenang. Aku menatap mama. mama memberi kod untuk aku menuruti ucapan Puan Jasmien.
"Mu...mummy" kata aku dengan lidah yang masih kelu untuk memanggil orang lain dengan sebutan mummy
"Good girl" Puan Jasmien tersenyum senang mendengar aku memanggil dirinya mummy.
"Ohh... ye mummy lupa nak kenalkan hanis dengan anak mummy. Mikael" Puan Jasmien perkenalkan anak terunanya, Muhammad Mikael.
Aku laju memandang lelaki yang duduk dengan wajah datar. Aku tersenyum ke arah Mikael namun Mikael tidak memberi sebarang riaksi. itu membuat aku geram.
"Mikael" panggil Puan Jasmien dengan nada lembut
Mikael pun menatap ke arah Puan Jasmien saat mendengar namanya di panggil.
"Iye mummy" jawab Mikael dengan malas
"Kenal lah dengan hanis"
"Tak perlu mummy, lagi pun tadi dia dah cakap nama dia" Ujar Mikael dengan nada dingin
Aku merasa geram dengan sikap dingin Mikael. sombong
Dan lah sombong. perangai dingin dengan muka beku dan dasar tak ada perasaan pula tu tapi handsome juga lah Mikael ni. Gumam aku di dalam hati sambil melirik ke arah Mikael.
"Hanis maafkan anak mummy. Mikael memang macam tu perangai dia tapi Mikael baik orangnya" ujar Puan Jasmien merasa tidak senang dengan sikap kurang ajar Mikael.
"Ye tak apa mummy" aku tersenyum ramah
"Hanis duduk sini dengan mama" Puan Mariam memerintah aku duduk di sampingnya
YOU ARE READING
Budak Ketot Itu Isteri Aku | OG
RomanceMUHAMMAD MIKAEL | HANIS NAZIRA Bagaimana perasaan aku ketika baru saja pulang dari sekolah harus menerima bahwa tetamu yang datang itu, ternyata bakal mak mertua dan bakal suami aku. Aku Hanis Nazira, budak sekolah yang dijodohkan dengan ceo muda, M...