❄️🐧H A P P Y R E A D I N G🐧❄️
PAGI yang indah ini membuat hari aku merasa tenang. Aku bersemangat untuk bangun pada hari ini. Kerana hari ini aku berjanji dengan sahabat aku Nina untuk keluar pergi shopping.
"Morning mama." sapa aku apabila menjejaki ruang dapur. Mama nampaknya sangat lah sibuk menyiapkan sarapan pagi.
"Morning sayangku. Awal bangun hari ini. Hanis nak ke mana cantik-cantik ni?" soal Puan Mariam mengundang kerutan pada dahi aku. mama lupa ke
"Mamakan Hanis dah cakap hari ni Hanis dengan Nina nak keluar pergi shopping. Mama lupa eh, anak kesayangan mama nak keluar?" aku melihat mama menepuk dahi mungkin terlupa.
"Eh yelah Hanis. Mama lupa." Puan Mariam menayangkan wajah bersalah pada Aku
"Takpelah mama, lagi pun mama memang lupakan bukan mama sengaja lupakan. Ni mana papa kesayangan Hanis?" soal aku sambil mengambil roti yang berada diatas meja makan
"Papa Hanis macam biasa lah, hari cuti jumpa kawan dia lah. Mesti banyak sangat orang tua tu nak membawang. Kerja nak membawang tak ingat neraka tengah tunggu dia." ternganga aku bila mama kata begitu. Ya Allah pedih savage juga mulut mama aku ni sama macam mamat beku tu.
"Mama cakap macam ni papa dengar kang macam mana?" risau pula aku kalau tiba-tiba papa dengar mama Kutuk dia
"Biar dia dengar, kalau boleh mama nak cakap depan-depan. Dah ada isteri pun sibuk keluar dengan kawan-kawan. Luang masa dengan isteri tak nak."
"Mama rasa nak cari abang duda hot lah. Biar padan muka papa kamu tu Hanis." kata Puan Mariam dengan tersenyum miang
"Kalau macam ni Hanis sokong. Hanis sanggup ada papa baru. Hanis pun rasa nak cari duda hot dan seksi jugalah" kepala aku mendapat pukulan dari mama
Pak!
"Aduh! apa mama ni. Pukul Hanis pula." marah aku sambil mengusap tempat yang dipukul oleh mama.
"Jangan nak mengada! kecik-kecik dah gatal. Mikael kalau dengar ni habis mulut tu kena cili. Nak?" ujar Puan Mariam dengan merenung tajam kedalam anak mata aku
"Tak nak."
'Sikit-sikit Mikael. sayang sangat dengan menantu perangai setan tu. kalau macam tu baik mama kahwin je dengan Mikael.' bisik aku perlahan
"Apa dia Hanis?" tegas nada Puan Mariam menyoal.
"Eh, hehehe tak ada apa-apa mama." Aku tersengih kearah mama. Garang juga mama ni ingatkan muka ayu macam ahli syurga baik rupa-rupanya singa lapar daging.
Puan Mariam hanya menjeling kearah aku. Mama marah tiba-tiba mesti lapar kasih sayang papa ni. Papa pun satu bagi lah dulu kasih sayang ke layanan manja dekat mama ini tidak. Ishh orang tua- orang tua. ni mesti ikut perangai mamat beku tu.
"Hm. Mama Hanis gerak dulu lah. Dah lambat ni." kata aku
"Hah, yel-
Phone milik Puan Mariam berdering itu dipandang aku dan mama. Mama mengangkat panggilan dari seseorang. Berkerut wajah mama. Riak risau di wajah mama terpancar diseluruh muka. Apa dah jadi? siapa call mama? apa yang orang tu cakap dekat mama?
"Ya Allah. Betul ke? nanti saya datang sana ye." ujar mama sebelum meletak panggilan itu. wajah aku ditenung mama.
"Why mama?"
YOU ARE READING
Budak Ketot Itu Isteri Aku | OG
RomanceMUHAMMAD MIKAEL | HANIS NAZIRA Bagaimana perasaan aku ketika baru saja pulang dari sekolah harus menerima bahwa tetamu yang datang itu, ternyata bakal mak mertua dan bakal suami aku. Aku Hanis Nazira, budak sekolah yang dijodohkan dengan ceo muda, M...