❄️🐧H A P P Y R E A D I N G🐧❄️
MEREKA masih dalam perjalanan pulang kerumah Puan Jasmien, mummy Mikael. Dalam perjalanan pulang kerumah tiada satu perbualan pun dari dua orang manusia didalam kereta, Mikael dan Hanis. Suasana didalam kereta sunyi, sepi dan ditemani dengan suara radio.
Sepanjang perjalanan Mikael dan Hanis hanya diam dan membisukan diri. Hanis sedang mengelamun dan berlawan dengan fikirannya. Mikael pula sedang merenung jalan raya dan meredakan api kemarahannya.
Dia ingin pulihkan suasana hatinya yang kian hancur dan terbakar.
"Huh" keluhan kecil keluar dari bibir Hanis Nazira.
Hanis hanya membuang pandangan ke luar tingkap. Perasaan marah dan geram masih menguasai hati dan dirinya. Kalau bukan disebabkan Mikael halang dia dari ditampar Qinara mungkin dia sudah belasah muka tepung Qinara. Biar berjerebu satu Malaysia.
Hanis mengerling Mikael disampingnya. Sisi wajah tegang Mikael direnung Hanis. Mikael dari tadi diam, sejak masuk dalam kereta lelaki itu sudah diam sampai lah sekarang. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut Mikael. Mungkin Mikael nak tenangkan diri dari terus marah. Entah apa yang ada dalam fikiran lelaki itu sampai sekarang diam membisu lebih 20 minit.
Hanis menghela nafas kasar wajah Mikael dijeling sekilas. "Eiii... sakitnya hati aku" jerit Hanis dengan memukul anak patung penguinnya bertubi-tubi
Mikael yang terkejut dengan jeritkan Hanis terus memusingkan kepalanya menghadap Hanis. Hilang fokusnya merenung jalan raya. Semua tumpuannya milik Hanis.
"Why?" soal Mikael hairan dan berhentikan kereta saat lampu merah menyala. Kini semua tumpuannya betul-betul untuk Hanis
Aku menjeling sekilas wajah Mikael. "Tak payah tanyalah. Makin sakit hati aje" ujar aku kegeraman
Mikael mengerutkan kening tanda tidak faham. Wajah Hanis direnung lama oleh Mikael. Dia cuba ingat apa yang terjadi semasa mereka berada disekolah Hanis.
Tapi hampa dia tidak mengingat apa-apa pun selain bergaduh dengan perempuan itu tadi.
"Kenapa ni bagitahu aku" kata Mikael dengan memegang bahu Hanis
Hanis menoleh dan menepis kasar tangan Mikael dari bahunya. "Kau suruh aku bagitahu benda yang buat aku sakit hati" tanya Hanis tidak percaya
"Ye aku nak tahu apa dia?"
Mikael melajukan keretanya saat lampu hijau menyala.
"Cakap dengan aku Hanis kenapa kau diam" ujar Mikael dengan nada tidak puas hati
Hanis memandang wajah Mikael dengan perasaan sakit hati. Kenapa Mikael masih bertanya? kenapa Mikael tak peka lagi apa yang buat dia sakit hati.
"Are kidding me, Muhammad Mikael? kau masih bertanya lagi?" bidas Hanis kasar. Dada Hanis naik turun menahan amarahnya yang tak lama lagi akan keluar.
"Kau tak peka langsung apa yang buat aku sakit hati Mikael" kata Hanis perlahan seperti kecewa dengan Mikael
Mikael menghela nafas panjang. Wajah Hanis dipandang tajam. Dia kena bersabar dengan perangai tak betul Hanis.
"Jadi bagitahu aku apa benda yang buat kau sakit hati Hanis! tak susah mana pun kau bagitahu aku je!" herdik Mikael dengan kuat, dia sudah hilang sabar
Tergamam Hanis mendengar nada suara Mikael meninggi. Dia menelan air liurnya berkali-kali sehingga terasa perit ditekak. Matanya bergetar sehingga mengeluarkan air mata.
Dia tidak pernah dengar nada suara Mikael meninggi. Ini pertama kali Mikael meninggi suara kearahnya. Hatinya tertalu lemah untuk tetap tunjuk kuat dihadapan orang bila dimarah dengan suara meninggi.
"Kau marah aku Mikael" tanya Hanis dengan nada bergetar
"Hanis aku tak marah kau, ak─
Air mata yang bertakung ditubik mata Hanis mengalir perlahan. "Kau marahkan aku sebab ni Mikael? kau nak tahu apa yang buat aku sakit hati?"
"Aku cemburu Mikael" kataku perlahan
"Aku cemburu bila ada orang lain dekat dengan kau. Aku cemburu bila kau bercakap dengan orang lain. Aku cemburu bila orang lain mengorat kau. Aku cemburu bila tengok suami aku jadi pusat perhatian orang lain" jerit Hanis kuat, air mata laju membasahi pipinya.
"Kau takkan pernah rasa apa yang aku rasa Mikael sebab kau tak duduk dekat tempat aku"
"Kau tak duduk dekat tempat aku" bisik Hanis perlahan dan mula menangis teresak- esak
Mikael mengenggam kuat streng kereta. Wajah Hanis basah dengan air mata direnung lama. Dia benci melihat air mata yang mengalir dipipi Hanis tapi dia yang buat Hanis menangis. Dia lupa Hanis benci ketika orang lain dekat dengan dia.
Mikael berhentikan keretanya secara tiba-tiba dipinggir jalan. Mikael mengusap wajahnya kasar dan mengeluh berat. Dia melihat kearah Hanis yang memandang ke luar tingkap.
Hanis masih menangis teresak-esak sambil menatap ke luar tingkap. Hingus yang mengalir itu disedut kembali.
Mikael menarik badan Hanis keatas ribanya. Belakang badan Hanis diusap berkali-kali. Dahi berpeluh Hanis dicium perlahan. Air mata Hanis dilap perlahan menggunakan ibu jari Mikael.
Mengeras badan Hanis saat berada diatas riba Mikael. Dia menahan nafasnya yang tersekat-sekat. Dia masih menangis didalam pelukan Mikael.
"Aku minta maaf Hanis. Aku tak sengaja marah kau, Aku teremosi dekat kau. Aku betul-betul minta maaf" kata Mikael dengan berbisik dihadapan wajah Hanis
"Jangan nangis dah ye, tak cantik dah isteri ketot aku ni. Aku minta maaf ye" pujuk Mikael dengan mengeratkan lagi tangannya dipinggang Hanis.
Tercebik bibir Hanis. Air matanya masih mengalir dipipi. Dia merenung mata helang Mikael. Hingusnya disedut berkali-kali.
"Hm" Hanis melingkar tangannya dileher Mikael dan menyorokkan mukanya dileher Mikael. Wangian dari leher Mikael dihidu Hanis.
Mikael menarik lagi badan Hanis mendekat kearahnya. Belakang badan Hanis diusap berkali-kali.
"Manjanya isteri ketot aku ni. Habis basah leher aku dengan air mata dan hingus kau"
"Kena samak nanti leher aku" kata Mikael dengan mengusik Hanis
Hanis yang mendengar itu terus mengigit kuat leher Mikael. Mikael mengaduh kesakitan. Hanis melongarkan pelukan dari leher Mikael.
"Sakit leher aku Hanis... kalau kau buat tanda cinta kita tak apa, jangan gigit sakit tau" ujar Mikael dengan senyuman gatal
Pipi Hanis membahang. Wajahnya terasa panas bila Mikael berkata begitu. Bahu Mikael ditepuk kuat. Malu oii.
"Diam!"
"Ye, tak mengusik dah. Dudak diam-diam aku nak bawak kereta ni." kata Mikael
Hanis mengerutkan kening tanda tidak faham. Apa kena mengena dengan dia kena duduk diam-diam dengan Mikael bawak kereta.
"Kalau macam tu aku duduk sana lah nanti aku ganggu kau bawak kereta." Hanis ingin bangun dari duduk atas riba Mikael tapi dihalang oleh Mikael.
"Tak payah duduk je atas riba aku diam-diam. Kau tak ganggu aku bawak kereta tapi kau ganggu benda lain kalau kau banyak gerak. Faham?" tanya Mikael dan membetulkan cara kedudukkan Hanis diatasnya.
Hanis menggigit bibirnya lalu menganggukkan kepalanya berkali-kali. Dia faham maksud ayat Mikael.
"Kau fikir apa budak ketot? gatal juga kau ketot" sergah Mikael dengan menganggu Hanis dari terus mengelamun
"Mana ada, merepeklah kau" balas Hanis malu lalu memeluk leher dan menyorok mukanya dileher Mikael.
Mikael hanya tersenyum gatal dan menghidupkan enjin kereta.
TBC
YOU ARE READING
Budak Ketot Itu Isteri Aku | OG
RomanceMUHAMMAD MIKAEL | HANIS NAZIRA Bagaimana perasaan aku ketika baru saja pulang dari sekolah harus menerima bahwa tetamu yang datang itu, ternyata bakal mak mertua dan bakal suami aku. Aku Hanis Nazira, budak sekolah yang dijodohkan dengan ceo muda, M...