BAB 5

0 0 0
                                    

Harini semua batch 0X akan berkumpul dekat studio A. Sebab? Kitorang akan dapat briefing about new project. Project assignment kalini boleh dikatakan agak tough. It’s a group assignment. Nasib baik aku dengan Mely memang selalu satu kumpulan kalau ada project assignment macam ni.

Macam mana kitorang boleh selalu sekali kalau group project? Aku puncanya. HAHAHA. Aku dah janji dengan Mely, tak kira apapun yang jadi. Between me and her, aku akan selalu masukkan dia dalam groupmate aku. Aku takkan tinggal dia gitu-gitu jer. And Mely also said the same thing towards me.

Tak selalu gaduh ke? Duhh?! Of course la selalu. Nama pun perempuan. Siapa selalu start gaduh? Aku. Siapa approach dulu kalau nak bersembang balik? Mely. Selalunya Mely tapi kalau aku rindu nak cakap dengan Mely..ego kena turun sikit. Please jangan tiru perangai tak guna ni. It’s a bad habits.

Di Studio

“Weii Mely..” panggilku perlahan. Mely melihat ke arahku.

“Kau jumpa sapa haritu..?” tanyaku ingin tahu.

“Bila ni..?” tanya Mely semula. Aku melihat kearahnya tidak percaya. Like seriously..?!. Mely tersengih kecil.

“Nanti aku story dekat bilik. Studio ramai sangat orang.” ujar Mely kepadaku.

“Janji ekk..kau jangan buat-buat lupa pulak nanti.” kataku. Mely hanya mengangguk kepalanya perlahan.

“Iyaa aku janji.” kata Mely.

Kami berdua kembali fokus melihat brief yang dibentangkan oleh para lecturer. Brief yang dibentangkan hanyalah sekadar ringkas dan santai sahaja kepada semua pelajar selama satu jam. Manakala satu jam lagi para pelajar akan mendapat maklumat dengan lebih terperinci oleh lecturer masing-masing.

Kelihatan semua pelajar fokus dengan apa dibentangkan. Tapi anda pasti semua fokus? Teng jawapan yang salah untuh siapa yang jawab semua fokus. Dekat belakang tu siap ada yang main game lagi. Yang dekat depan tu pun ada je yang tidur. Cuma lecturer tak perasan je.

Di Bilik...

Tamat sahaja sesi pembelajaran harini aku dan Mely terus bergerak balik ke bilik. Aku ni tengah menunggu masa je nak tanya. Tapi takpe kita biar dulu. Mandi kejap kemas apa patut kejap. Nanti dah siap semua aku tanya balik. Ni kalau tak tanya ni mau sampai kesudah aku tak tahu.

“Mely...” panggilku.

“Haaa ni... jap ekk mana charger aku..? Bagi aku cas phone kejap..” kata Mely.

“Okay. Macam ni..haritu aku pergi jumpa ora...”

“Ye tahu kau pergi jumpa orang..Siapa dia masalahnya..?” kataku tidak sabar.

“Kau kalau aku lepuk baru kau tahu. Sabar boleh sabar. Aku tak habis cakap kau dah potong.” kata Mely geram. Aku tersengih kecil melihat Mely menahan geram.

“Aku jumpa dengan moch..”

“WHAT..?! Kau biar betul weiii.” belum sempat Mely meneruskan ayatnya, aku terus memotong. Terkejut dengar walaupun dia tak habis cakap lagi.

Pakk

OUR STORY Where stories live. Discover now