BAB 11

0 0 0
                                    

Hampir sebulan lebih kami berada di UWPP. For the first time, kitorang akan buat jamuan hari raya dekat universiti hari jumaat malam which is esok. Yeay!! Dah lama rasanya tak sambut raya macam ni. Semua salah covid. Tak pasal-pasal hari raya jadi sendu. Nasib baik covid ni keep on slowdown lepas masuk uni.

Cuba teka apa warna tema baju aku? Merah? Tett. Salah. Jawapan yang betul is sage green. Sapa geng angkat lutut. Mely pulak tema dia tahun ni ada dua warna. Satu, merah. Uuu merah buat abang marah. Satu lagi kuning. Cuba teka dia pakai yang mana satu?. Kuning? Haa betul la tu. Sapa teka merah, pergi mandi sekarang.

Bila dah kata ada jamuan raya..of course laa yang girly girl akan bersiap lebih sikit enn. And here we are, tengah tengok Mely pakai dia punya pario. Terbelit sana, terbelit sini. Tapi kena admit baju tu cantik. Betul la orang kata, nak lawa kena struggle. Aku yang tengok dia belit, aku yang pening.

Keesokkannya...

Sapa kata bila kita planning something..benda tu will be smoothly je nanti. Tidak sama sekali.

“Weii Mely kau dah nak siap ke belum ni? Lama lagi ke?” tanyaku apabila Mely masih lagi didepan cermin. Buat apa? Makeup of course.

“Belum..kejap je sikit lagi..” balas Mely.

“WEIIII..” jerit Mely tiba-tiba.

“Hahh?!..asal ni..kenapa kau..?” ujarku terkejut.

“Aku lupa gosok tudung weii..” kata Mely.

Terdiam. Tersenyap. Ter- apa lagi ni. Aku melihat Mely yang berada di mejanya dengan muka selenga. Riak muka yang aku pamerkan ‘for real la kau ni’.

“Takpe laa takyah gosok. Dah biasa dah..” kata Mely.

“Meh la aku tolong gosokkan. Mana tudungnye..?” tanyaku.

“Betul ke weii kau nak tolong gosokkan..tu tudung dekat atas bantal aku. Hehe maseh..” balas Mely.

Aku hanya menggelengkan kepalaku. Haihh laa..Nasib baik sayang. Kalau tak dah lama aku tinggal. Tudungnya aku ambil lalu digosok.

Semasa jamuan...

“Kejap wei aku nak jumpa dengan Danish. Dia ajak jumpa pulak..” kata Mely.

Aku hanya mengangguk kepalaku. Tengah best makan lemang ni. Maklumlah dah lama tak makan lemang. Masa raya dekat rumah haritu sempat bedal ketupat je.

Two years later...

Boleh tahan lama si Mely ni jumpa dengan Danish Aku dari makan lemang sampai sempat tangkap gambar lagi ni. Tak lama kemudian muncul kelibat Mely yang membawa bouquet bunga di tangan.

“Walaweii..sapa bagi..?” tanyaku.

“Hehe. Danish yang bagi..” balas Mely sambil tersengih.

“Sumpah la Danish bagi ni..? Muhammad Danish Ilham yang bagi..?” sekali lagi aku bertanya.

Melihat Mely yang menganggukkan kepalanya membuatkan aku melongo. Damn you girl. Dah dapat bunga ni mesti la nanti together ni. Aku dah agak dah mesti ada something. Dari awal masuk UWPP lagi. Bukan main lagi dia tolong. Sah lagi disahkan akan ada kapal baru nanti.

OUR STORY Where stories live. Discover now