Beberapa hari telah berlalu. Perkara yang sama dilakukan setiap hari terus diulang dan ulang. Tidur. Pergi studio. Makan. Balik bilik. Apa lagi. Takde benda yang menarik rupanya dalam hidup aku ni. Bosan. Tiba-tiba rasa nak ada boyfriend pulak. Lonely ni. Member sorang tu dah bahagia dengan boyfriend baru. Jealous kejap.
Mana Mely? Of course la dia dating. Dia dah terlebih bahagia tu. Crush idaman tu. Kena pulak dengan taste dia yang minat lelaki sports ni. Lagi-lagi lelaki yang main bola sepak enn. Haa kau bukan calang-calang taste dia nyah. Kena pulak dedua jenis suka bergaya ni. Memang chef kiss.
Bosan. Otak tak berfungsi pulak. Memang double kill. Apa aku nak buat sorang-sorang ni. Sakit badan asyik baring dari tadi. Nak berjalan. Panas la pulak. Petang kejap lagi laa baru keluar pergi padang. Alang-alang cuci mata sikit. Cuci mata jer. Tak ngurat pun.
Meniarap. Pusing golek-golek. Baring. Ulang lagi benda sama. I is peanut laa. Masa pun tak reti nak cepat-cepat sikit ke. Time aku tengah bosan bukan main lambat lagi dia punya masa berjalan. Lambat nau masa. Masa aku tengah happy cepat pulak masa. Geramss.
“Rasanya Mely macam balik lambat harini..” monologku
Setelah puas mengscroll TikTok, Instagram dan Youtube melalui phone. Aku bangkit dari baring untuk bersiap-siap untuk berjalan di sekitar UWPP. Jangan lupa misi utama kita. Hehe. Takdelah gurau je.
30 minit kemudian...
Lama ke 30 minit tu? Kejap je rasanya. Puas hati dengan pilihan baju pada petang ini apabila melihat pantulan di cermin. Sebelum pergi ke padang, aku pergi ke gerai Cik Non. Alang-alang dah lama tak beli makanan dekat situ. Jadi aku membuat keputusan untuk pergi ke gerai tersebut pada petang ini.
Di padang...
Setibanya di padang, aku melihat ramai jugak ye yang turun padang petang ni. Impressive. Aku duduk di salah satu kerusi batu yang telah sedia ada disini. Aku melihat persekitaranku, ramai yang datang dengan kawan-kawan, datang seorang macam aku pun ada. Yang datang nak tengok buah hati main pun ada. Untung lerr. Takpe hidup mesti diteruskan.
Puas menghabiskan masa di padang tadi. Aku putuskan untuk pulang ke bilik. Perut pun dah kenyang makan makanan dari gerai Cik Non. Apalagi balik je la. Dah takde benda nak buat. Daripada jauh aku dapat melihat lampu bilik terbuka.
“Ehh takkan Mely dah balik kot..” kataku perlahan.
Buka sahaja pintu, aku melihat Mely sedang duduk bersandar di tepi katil sambil melihat phone. “Ada apa-apa yang jadi ke ni..?” monologku di dalam hati. Kenapa aku rasa macam ada something happen ni. Nantilah aku tanya si Mely ni. Bagi dia cooldown kejap. Nampak macam tengah tahan ngamuk je ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/375035466-288-k668118.jpg)
YOU ARE READING
OUR STORY
RomanceSINOPSIS Mengenali seseorang yang diminati secara senyap-senyap langsung tidak dijangkau dek akal oleh seorang Nur Damia Inara. Dan siapa kata nak berkenalan dengan orang baru itu mudah? Tapi siapa yang boleh sangkal dengan perkara yang berlaku pada...