Memori keluar bersama minggu lepas kian kuat menerjah di dalam minda. Ya Allah betapa teruja dapat keluar dengan crush sendiri time tu. Korang mesti akan rasa benda yang sama. Lagi-lagi kalau benda tu melibatkan orang yang korang suka, admire. The another level of hapiness bila dapat luangkan masa dengan crush.
Flashback...
Sampai saja di pantai, benda pertama yang aku dengan Mely is tangkap gambar langit. The view, sumpah lawa gila. Selesai tangkap gambar, kitorang berjalan pergi ke pantai. Kelihatan ramai orang turut berada di pantai tersebut.
Cuba teka aku jalan sebelah siapa? Yeahh..Zayden gaiss..Mely dan jalan ke depan dulu dengan Danish. Nasib dah tak kekok sangat. Boleh laa kalau nak diikutkan purata perkataan yang digunakan bila bersembang dengan Zayden. It’s good.
“Danish ada bagitau kau apa-apa ke..?” tanyaku memecahkan suasana pantai sambil melihat pemandang di hadapan. Too bad sunset dah kurang but it’s okay.
“Takde la pulak..Mely ada cakap apa-apa dengan kau..?” tanya Zayden kembali. Aku menggelengkan kepalaku.
“Takpe la biarlaa diorang settle sendiri..” kata Zayden.
Well sebelum sampai ke pantai..there a little bit problem yang tak boleh nak dikenalpasti between Mely dengan Danish. Sebabtu aku tanya Zayden..and Zayden ask me back. Malangnya nahh..kitaorang biar diaorang settle sendiri.
Lebih kurang sejam lebih kitorang berada dipantai. Kitorang putuskan untuk balik semula ke UWPP. Actually, kitorang tak balik UWPP, kitorang singgah tempat lain. Kitrorang pergi Grennlake. Walaupun peluang nak kena marah and kena tulis nama tu tinggi. Tapi takpe.
Sampai sahaja di Grennlake, apa yang kitorang buat mesti la berjalan. View waktu malam sumpah cantik gila. Ada banyak benda boleh buat dekat sini. But kitorang sampai pun lambat dalam pukul 9 nak dekat 10 malam. So, kitorang just berjalan tengok view.
The most important part is..there’s a brigde. Dia like sambungkan Land 1 & land 2. Cantik. Mely dengan Danish memang dah kedepan dulu dah. And waktu aku dengan Zayden nak patah balik ke Land 1..
“Weii..lelaki kalau handsome dia ada apa..?”
Kedengaran jelas soalan yang disoal oleh seorang perempuan daripada kumpulan perempuan yang bertembung dengan aku dan Zayden. Terus aku pusingkan kepalaku sedikit untuk melihat mereka. Zayden dekat sebelah aku tengok dah tersenyum bangga.
“Lelaki kalau handsome dia ada apa..?” soal Zayden kepadaku. Lagi sekali soalan yang sama.
“Hahh..?” aku mengangkat kedua belah keningku.
“Lelaki kalau handsome dia ada apa..?” soal Zayden sekali lagi.
“Asal kau tanya aku..?”
“Entah..mana aku tahu..” kataku lalu menjongket kedua dua bahuku.
“Kau kan perempuan..takkan aku nak tanya lelaki kot..” sindir Zayden sambil melihat kearahku.
“Hmphh kau ni..entah sebab ade grilfriend la kott..?” kataku kurang pasti.
“Yeke..?” soalnya sekali. Ya Allah dia ni..
“Ishh..aku dah kata aku tak tahu..tolak kau masuk tasik kang..” kataku geram. Zayden hanya ketawa mendengar balasanku.
Lupakan topik dekat atas jambatan tadi. Sekarang kitorang dekat foodcourt nak makan malam. Pukul 11 lebih. Bagus betul. Nasib baik ada lagi kedai yang buka. Aku dan Danish memesan char kuey toew manakala Mely dengan Zayden memesan nasi goreng.
“Nak sikit..?” soal Zayden sambil menolak minumannya kearahku. Aku menganggukkan kepala.
Makanan yang sampai terus dijamah. Zayden yang berada disebelah dilihat. Makanannya kulihat.
“Kenapa tak sedap ke..?” tanyaku perlahan.
“Dia macam entah..kau nak rasa ..?” soalnya. Terus aku buka mulut meminta untuk disuap. Spontaneous reaction. Zayden tak cakap banyak terus menyuap. Mely yang berada didepanku dah melompong tengok.
Damnn..mampus aku..
Kepalaku geleng beberapa kali. Menghapus memori tersebut. Huishh..menggila aku kalau lama-lama macam ni. Asal gedik sangat mulut ni pergi buka pulak. Lebih dari orang yang ada relay.
YOU ARE READING
OUR STORY
RomanceSINOPSIS Mengenali seseorang yang diminati secara senyap-senyap langsung tidak dijangkau dek akal oleh seorang Nur Damia Inara. Dan siapa kata nak berkenalan dengan orang baru itu mudah? Tapi siapa yang boleh sangkal dengan perkara yang berlaku pada...