Hari ni. Kitorang berempat akan keluar for the first time. Berempat? Macam mana boleh berempat? Aku dipaksa sekali lagi. YES!! Dengan Mely. Kena paksa ke ekk? Aku pun taktahu perkataan yang tepat. Siapa yang berempat tu? Aku. Mely. Danish. And ‘dia’.
Muhammad Zayden Iman.
My crush.
Agak kekok masa aku jumpa dia depan-depan haritu dekat Uptown. Aku tak sangka Zayd rapat dengan Danish. Tup-tup siap planning keluar sekali sekarang. Dah macam double date pulak. But for sure aku masih lagi dalam era shy. Shy shyton. Boleh kira berapa kali je aku cakap dengan Zayden.
Bukan main yer harini aku bersiap. Semalam pulak birthday aku. Boleh laa kita sambut lambat sehari. Mely cakap bukan aku. Anggap harini keluar as a birthday present katanya. Nak keluar dengan crush kena la cantik lebih sikit. Walaupun aku tahu dia takkan nampak seketul Nur Damia Inara.
First destination kitorang is makan. Yup makan..Siapa yang drive? Zayden. Sebenarnya agak merisaukan bila dia bawak kereta. Tapi kita kena acah cool. Kalau kita gelabah dia pun ikut gelabah jugak nanti. Kitorang makan dekat Mumpkin Cafe. Makanan dia A+.
Next destination, kitorang singgah satu dua kedai bundle dekat dengan area kitorang makan tadi. Well nama pun student. Bundle je mampu. Branded tu memang boleh tapi puasa 3 bulan laa jawapannya.
“Mana Mely dengan Danish..?” tanya Zayden apabila melihat aku berjalan menghampirinya.
“Diorang dekat floor atas..” balasku.
“Cuba kau tengok ni..okay enn dengan aku..?” tanya Zayden secara tiba-tiba. Baju yang dipilih, dipakai lalu digayakan di hadapanku.
“Okay..kena dengan style kau..” jawabku sambil menganggukkan kepala. Ya Allah, handsome.
“Enn..kena enn..” katanya sambil tersenyum.
Damn..that smile..
Oxygen..i need oxygen..
Damn it. Dia tak tahu ke betapa susahnya aku nak elak daripada salting depan dia ni..
Next destination, kitorang decide untuk pergi pantai nak tengok sunset katanya. Siapa drive pergi pantai? Mely. Conclusion dekat sini, sebelah aku siapa? Zayden..Bruhh. Hati aku dah tak tenang sebenarnya. Gila kau crush dekat sebelah kot. Dah nak roboh jantung aku.
Tapi takpe kita kena acah cool. Crush dekat je ni. Sebelum sampai ke pantai, kitorang singgah dekat stesen minyak. Sebab apa? Sebab aku tak tahan nak terkencing. Maaf la yer pundi kencing problem. Alang dah sampai dekat stesen minyak ni, singgah kejap beli chocolate favourite. Kinder bueno. Siapa sama kita geng.
Baru saja aku nak keluar dari kereta lepas ambil dompet. Tiba-tiba aku ternampak seekor monyet. Betul-betul jarak 200 meter dari aku sekarang. Pecut la apalagi. Kelihatan Zayden keluar dari mart stesen minyak. Ditangannya kelihatan bungkusan chocolate yang aku suka. Maybe dia pun suka jugak.
“Nak pergi mana..” tanya Zayden.
“Nak pergi beli kejap..” balasku mudah.
Pintu mart dibuka. Bahagian pertama yang aku tuju ialah bahagian air. Air 100plus dicapai. Pusing saja badan aku lihat kelibat Zayden berada di dalam mart. Aikk bukan dah keluar ke? Apa-apa je la. White chocolate kinder bueno aku capai.
“Ehh..aku baru ingat nak kongsi dengan kau..” kata Zayden sambil menunjuk chocolate yang dibelinya sebentar tadi.
“Ehhlaa..kenapa tak bagitahu awal-awal..takpe kita kongsi yang ni jugak..” kataku sambil menunjuk kearah chocolate yang aku beli.
Melihat Zayden menganggukkan kepalanya, aku turut menganggukkan kepala. Keluar sahaja dari mart. Monyet tadi masih lagi berada di situ yerr. Hati dah tak tenang. Kelihatan monyet tersebut bergerak menghampiri aku. Damn ni mesti nak balas dendam sebab aku acah-acah gempak depan dia tadi.
Lihat saja monyet tersebut semakin dekat. Terus aku mengundur kebelakang. Tak tahu nak buat apa secara tiba-tiba.
“Kenapa..?” tanya Zayden pelik apabila melihat aku yang semakin mengundur kebelakang sehingga terlanggar tubuhnya.
“Monyet..” kataku perlahan.
Melihat aku yang semakin mengundur terus Zayden ke hadapan bagi menghalau monyet tersebut. Terus aku berlari masuk ke dalam kereta apabila Zayden menghalau monyet tersebut. Fuhh nasib baik.
YOU ARE READING
OUR STORY
RomanceSINOPSIS Mengenali seseorang yang diminati secara senyap-senyap langsung tidak dijangkau dek akal oleh seorang Nur Damia Inara. Dan siapa kata nak berkenalan dengan orang baru itu mudah? Tapi siapa yang boleh sangkal dengan perkara yang berlaku pada...