BAB 12

0 0 0
                                    

Petang ni aku dan Mely decide nak makan goreng-goreng dekat Uptown. Tapi aku kena tunggu Mely habis meeting kejap. Mely dah jadi seorang pelajar yang bertanggungjawab sekarang. Sejuk perut aku mengandungkan dia dulu. Ehh?! Macam lain je. Hehe. Takdelah gurau je.

Dia ada program yang nak kena handle untuk bulan depan. Tapi tu laa tengok dia meeting untuk program pun dah penat semacam. Banyak sangat masalah katanya. Nak tolong tapi aku takde laa pandai mana bab-bab gini. Mampu beri kata-kata semangat je sekarang.

Tapi boleh dikatakan lama jugak la aku tunggu. Dari pukul 3 petang tadi. Sekarang dah nak pukul 6. Nasib baik ada lagi classmate yang tak balik lagi. Ada jugak la kawan nak buat sembang-sembang sementara nak tunggu Mely habiskan meeting dia.

Tiba-tiba rasa nak something. Nature calling laa pulak. Siapa yang faham tu pandai. English awak mesti A+ dulu masa tadika. “Aduh kenapa kena time gini jugak kau nak terkencing ni Mia..” monologku perlahan. Sekarang la time paling crucial.

“Takde lagi kut..tak dengar bunyi pun..” kataku perlahan.

Aku beranikan diri melihat keluar tingkap studio. YES!! Takde. Nafas lega dihembus keluar. Cepat-cepat aku melangkah pergi ke tandas untuk menyambut nature calling. Selesai membuang apa yang patut, aku berjalan keluar dari tandas hendak pulang ke studio semula.

Tungg..

“Haaa sudah..” tersentak aku didepan pintu masuk tandas apabila mendengar bunyi tong sampah jatuh. Malang nampaknya nasib kau petang ni Mia. Dari hujung mata kelihatan ekor panjang di hujung koridor.

“Eeee apa pasal pulak kau datang lambat petang ni nyett..” keluhku apabila melihat banyak monyet yang berkeliaran di hujung koridor.

Yup ini laa..benda yang aku takutkan dari tadi. Monyet. Musuh utama semenjak aku berada dekat UWPP. Tak cukup nak kira dengan jari berapa kali dah aku elak dari situation macamni. Tak sangka akhirnya, harini aku kena lagi.

Boleh kira dah berapa kali aku cuba nak pergi studio tapi asyik ulang alik masuk tandas. Setiap kali keluar nampak seekor melintas kat depan. Terkejut mak. Tak cukup yang besar..yang kecil pun ada. Tiba-tiba..aku lihat Danish memberi isyarat dari jauh.

Yes..apa yang korang fikir tu. Dah tepat dah. Sekarang Mely dengan Danish dah official. Tapi benda tu kita letak tepi dulu, aku lagi penting sekarang. “Gila dia nak aku jalan sekarang. Ada monyet oitt..” jeritku didalam hati. Aku gelengkan kepalaku tanda tidak mahu.

Daripada jauh aku dapat melihat salah sorang kenalan dari batchku sendiri. Dan sorang lagi disebelahnya. ‘Dia’. Crush sendiri. Damn. Hiraukan kejap. Nyawa aku lagi penting. Cehh! padahal monyet je pun.

“Lalu belah sana Mia..situ dah takde monyet..”. Kedengaran suara Danish dari jauh menyedarkan aku kembali.

Aku pusingkan kepala untuk melihat jalan yang dimaksudkan. Kosong. Apalagi langkah seribu diambil. Nasib baik ada Danish. Tenang hati. And yes sekarang aku dah berkawan dengan Danish. Ni semua sebab Mely suruh. Dipaksanya aku. Huhu.

Apabila dah hampir dekat dengan kedudukan dimana ‘dia’ berdiri terus aku perlahan langkah. “Dekat sini jugak kau nak duduk. Banyak-banyak tempat, dekat dengan studio aku jugak kau nak menyembang..” getusku perlahan.

Muka si ‘dia’ aku lihat melalui ekor mata. Shit...‘Dia’ gelak. ‘Dia’ gelak sebab nampak aku takut dengan monyet ke. Ke ‘dia’ gelak sebab budak satu batch dengan aku tu buat lawak. Tapi asal ‘dia’ gelak tapi tengok-tengok aku ni. Aku nampak macam badut ke..?

Pintu studio terusku buka. Dihempas pintu studio. Kuat. Ter.. okay. Takde niat. Classmate yang masih lagi berada di studio terkejut melihat aku. Aku hanya tersengih kecil lalu menundukkan kepala tanda memohon maaf. Scene dimana aku terlihat ‘dia’ gelak terimbas kembali. Damn. Setelah lama kelibatnya tidak kelihatan. Tiba-tiba harini muncul. And dalam banyak-banyak hari. Hari yang memalukan jugak ‘dia’ nampak aku.

Kedua-dua belah tangan menekup mukaku. Malu. Teramat malu. Mesti ‘dia’ gelak sebab nampak aku takut dengan monyet tadi. Hmphh! Bukan nak tolong. Dasar crush. “Arghhhhh.. Dia gelak..” jeritku didalam hati.

OUR STORY Where stories live. Discover now