BAB 10

2 0 0
                                    

Kejadian tempoh hari kembali bermain di minda. Tak guna betul bila ingat balik. Walaupun buakn aku yang kena benda ni tapi rasa sakit la jugak sebab aku pun perempuan. Tak boleh banyak kalau aku dekat tempat Mely sekarang. Patut laa sebelum ni Mely asyik cakap yang dia tiba-tiba rasa pelik dengan Ikram.

Flashback...

“Damn Mely..kau kena game siot..” kataku selepas mendengar perbualan kumpulan lelaki tersebut.

“What the fuck..apasal macam anak babi sangat ni..kau sabar kejap aku rasa macam nak buat something sekarang..” balas Mely.

“Hahhh?! Benda gila apa kau nak buat..kau jangan buat benda yang pelik-pelik yang macam dalam drama sinetron TV3 tu pulak. Tapi takpe kau buat je..aku sokong dari sini. Hehe..” balasku.

“Habis laa kau Ikram..salah orang kau nak game masalahnya pun..” monologku di dalam hati. Sekarang yang aku risau is Mely ni. Aku tak tahu apa yang dia rancang dalam otak dia sekarang ni. Mely ni boleh tahan gila jugak. Tapi segila dia pun..aku gila lagi.

“Oitt..asal kau tiba-tiba bangun ni? Kau nak gi mana oitt..” kataku perlahan apabila melihat Mely bangun.

“Kau tengok je la apa aku nak buat..”

Aku melihat Mely bangun perlahan lalu berjalan menuju ke meja belakang. Dia pergi ke meja belakang. Ulang sekali M.E.J.A B.E.L.A.K.A.N.G. Ni bukan gila sikit dah ni. Ni gila banyak. Terlebih. Aku melihat keadaan sekeliling, nasib tak ramai orang. Kalau tak habislah esok mesti UWPP kecoh pasal benda ni.

Aku melihat perbuatan Mely. Mely mengambil kerusi yang didudukinya lalu dibawa pergi ke meja belakang bersamanya. Damn Mely. Lalu Mely meletakkan kerusinya bersebelahan dengan Ikram tanpa sebarang sapaan. Okay boleh nampak riak terkejut Ikram. Terkejut sangat tu.

Kesemua yang berada disitu turut terkejut dengan kehadiran Mely yang tiba-tiba. Haa kau tadi bukan main bising lagi. Sekali tuan badan datang, terdiam kau. Aku yang memerhati tindakan Mely dari tadi hanya tersenyum sinis. You’re dead meat man.

“Kenapa senyap ni..? Sambung la..” kata Mely sambil menongkat kepala dengan kedua belah tangannya.

“Ehhh?! Macam mana sayang boleh ada dekat sini..?” soal Ikram.

“Mestilah saya datang pakai grab..soalan cerdik apa yang awak tanya ni? haa yang dekat tangan tu ape pulak”

“Ouh ye ke..ouh ni..haha..ha” balas Ikram dengan tawa yang dibuat-buat. Vape ditangan dihulurkan pada rakannya . Dah macam tak tentu hala je aku tengok..

“By the way..between us is over okay. Sorry laa game kau kena habis awal pulak kalini. Boleh pergi cari perempuan lain pulak okay..” kata Mely lalu tersenyum sinis. Mely melambaikan tangannya kearah Ikram dan kembali semula meja makan yang aku duduki.

End of flashback...

Gila laa bila ingat balik apa yang jadi haritu. Sumpah aku tak sangka Ikram tu macam tu rupanya. Entah dah berapa ramai yang kena dengan dia agaknya. Tapi apa yang aku boleh cakap. Mely memang gila but serves him right. Small small not die, big big trouble people.

OUR STORY Where stories live. Discover now