BAB 3

7 0 0
                                    

Hari ni hari first class. Secara bersemuka. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab sebulan yang lepas kitorang online class. Sangat tak ramah yer bila budak studio base kena belajar online ni. Susah ya ampun nak buat kerja. Paling malas bila nak critique. Fuh rasa macam ketinggalan tapi takpun sebenarnya. Kihkihkih.

One more thing masa kitorang online class bulan lepas, ada satu assignment yang kitorang kena buat untuk main subject for our course. Senang? Tidak sama sekali. Susah sangat ke? Tak juga. Cuma kalau faham apa yang nak kena buat tu kacang je. Depends on someone juga la course ni sebenarnya.

Apa yang aku tahu, aku dengan Mely tak siap lagi kerja. Haa kitorang memang gini. Kerja tu kalau boleh last minute buat, 30 minit sebelum nak kena submit baru nak siapkan. Tapi takpe kitorang buat kerja laju rasanya. Nasib masa class tadi Dr. minta submit hari jumaat ni. Sempat lagi nak siapkan.

“Kau banyak lagi ke tak siap weii..?” tanyaku kepada Mely.

“Kau tanya aku ke weii..?” tanya Mely.

“HAHAHA memang tak laa aku nak siap lagi..” kata Mely kepadaku. Ya ampun minah sorang ni lagi relax. Dia punya tenang tak boleh bawa bincang.

“Sumpah la kau ni..?” kataku tidak percaya.

“Betul laa weii..aku baru siapkan layout aku tau” kata Mely.

“Kau dah buat sampai mana dah Mia..? tanya Mely.

“Aku dah sampai RCP. On the way masuk section. Lepastu nak tambah detail sikit lagi.” balasku.

“Kira banyak jugak la kau dah buat ni. Okay aa tu sempat ni nak siap before jumaat. Kalau tak sempat sebelum Dr. masuk boleh sambung sikit lagi enn.” kata Mely.

“Jom weii makan. Lapar laa pulak asyik menghadap drawings je. Nak muntah dah aku ni.” kataku kepada Mely. Otak ni kalau lama-lama hadap drawings boleh bagi mual. Serupa orang pregnant dah padahal tak pun.

“Jap bagi aku siapkan outline ni kejap lepastu kita pergi makan.” kata Mely.

15 minit kemudian...

“Okay jom..” ajak Mely.

Aku terus bangkit dari katilku. Boleh tahan sabar jugak tunggu minah ni. Nasib perut tak buat hal. Sikit lagi dia nak buat concert rock kapak tadi. Paling penting nasib baik tak keluar angin belah bawah. Perut aku ni kalau kosong mula la semua angin berebut nak keluar.

Di Uptown...

“Weii Mia..” panggil Mely perlahan. Aku melihat Mely lalu mengangkat kedua-dua belah keningku memberi maksud ‘apa’.

“Kau nampak tak apa yang aku nampak sekarang ni..?” tanya Mely.

“Nampak apa..?” soalku kembali.

“Tu dekat meja hujung tu. Kau nampak tak..?” tanya Mely.Aku melihat setiap meja yang berada di hujung. Tapi tak nampak apa pun. Nampak orang makan tu ye laa.

“Nampak apa weii, cuba kau cakap. Aku ni dah la tengah lembap sekarang ni..” kataku.

“Ishh kau ni. Tu lelaki yang pakai topi tu. Mocha haa..” kata Mely geram. Aku melihat kearah lelaki tersebut.

“Ehhh haah la. Mocha kau..macam mana kau nampak ?” tanyaku. Nampak macam bodoh sikit tapi ini real tak fake. Sebab apa? Jauh weii tempat kitorang dengan tempat mocha tu tengah duduk.

“Hehe..aku kalau bab-bab gini memang laju sikit..” kata Mely sambil tersengih kecil. Amboii nampak crush bukan main dia sengih-sengih ye.

Tapi betulkan..? Semua yang ada crush semua macam gini je. Kalau crush tu baru keluar billik pun dah boleh nampak agaknya. Nasib lelaki dengan perempuan tak boleh sama kolej. Kalau tidak tiap-tiap hari acah lalu depan bilik crush sebab nak meng-usha. Tapi tidak dinafikan sebab aku pun macam ni jugak.

“Kau tahu mocha buat story ig tadi. Comel.”  suara Mely memecahkan suasana hening. Fokus sangat makan.

“Story..? mana tengok sikit..” kataku. Aku melihat Mely membuka apps ig.

“Nii..comel enn weii..” kata Mely semangat. Semangat fangirling orang kata.

“Hmm..” kataku mudah. Crush orang tak boleh nak puji lebih-lebih.Kang ada yang terbalik meja dekat uptown ni nanti.

Sesi makan diteruskan selepas melihat ig story mocha. Ouhh lupa pula, nama mocha. Haaa korang nak letak nama apa untuk mocha? Hehe. Takdelah gurau je. Nama mocha is Ikram. Nama full? Muhammad Ikram Daniel. Tepuk tangan sikit nama crush Mely kita dah kantoikan. Kihkihkih. Jangan bagitau Mely tau, kita-kita je yang tahu.

OUR STORY Where stories live. Discover now