Bab 13

976 112 65
                                    

Sebulan aku hidup dalam bayangan Aidan. Ke mana saja kaki melangkah, aku akan terserempak dengan dia. Dia mengekor setiap langkah aku seperti seorang stalker yang psiko. Dan jujur, aku memang rasa stres sampai tahap nak gila.

Kerana tak tahan, aku ajak dia berjumpa malam ini di anjung rumah sewa. Tempat gelanggang WWE dia dengan Nani bulan lepas. Kami kena juga cakap secara berdepan. Kalau tak, hidup aku yang bertambah porak-peranda.

"Stop bagi saya makanan. Saya takkan makan, Aidan." Belum apa-apa, aku dah masuk ke topik utama. Tiada mukadimah atau sebarang small talk terlebih dahulu.

"Kenapa kau tak makan? Sebab aku yang bagi?" soal dia tenang sambil tersenyum sayu. Ibarat dia pasrah dengan situasi hubungan kami berdua.

"Yup, sebab awak yang bagi. Saya tak percaya awak. Dan... saya memang takkan makan makanan yang orang bagi." Walaupun makanan itu, orang masjid yang sedekah. Kerana aku trauma. Takut pisang berbuah dua kali dalam hidup.

Dan semua makanan yang Aidan bagi dalam sebulan ini, aku terpaksa buang dalam tong sampah. Aku rasa bersalah sangat kerana buang makanan. Tetapi, aku tak sanggup tanggung rasa serba salah pada diri sendiri.

"Kenapa?"

"Awak tanya kerana awak curious? Atau awak tengah buat persediaan untuk masuk dalam hidup saya, Encik Aidan?" Suara aku tak ada rentak dan muka bersih tanpa sebarang emosi. Malah, aku pandang dia sambil berpeluk tubuh. Gaya orang sombong.

"Aku nak jadi sebahagiaan daripada hidup kau, Adel."

"Sebab tu, awak asyik bagi bunga dekat saya? Nak beli hati saya dengan bunga?" Terjongket tinggi kening aku.

Dia sekadar angguk sebagai jawapan.

Tergelak sarkastik aku.

Lelaki yang bermati-matian maki aku beberapa bulan lepas, tiba-tiba nak jadi suami gentleman? Siap bagi bunga ros merah bagai.

So, funny!

Aku tahu perangai manusia boleh berubah. Dari yang putih menjadi hitam dan vice versa. Tapi, aku tak boleh terima perubahan Aidan. Kerana hati aku dah penuh dengan parut duka. Tiada tempat kosong untuk dia mencuba nasib.

"Aku nak kita cuba lagi sekali. Cuma sekali. Please..."

Aku sambut rayuan dia dengan senyum sinis tersungging di bibir. Lalu, aku teguk kopi panas perlahan-lahan bersama perasaan yang bercampur baur. Dalam rasa menyampah, terselit juga perasaan sayu.

Kenapa Ahmad Aidan boleh muncul dalam hidup aku yang sememangnya kacau-bilau? Apa hikmah-Mu yang tersembunyi, ya Allah?

"Aku cuma nak minta satu peluang je dari kau. Just one chance." Dia angkat jari telunjuk sebelah kanan. Mungkin sebagai gambaran pada perkataan 'one chance' yang menjadi sebutan di bibir dia tadi.

"Atas sebab?"

Aidan menghela nafas panjang sebelum bersuara.

"Kerana kau isteri aku, Adelina binti Borhan."

Selepas sekian lama, akhirnya ayat itu menyapa juga pada pendengaran aku. Sayangnya, ayat itu muncul selepas hati hancur luluh dan banyak air mata aku yang dah tumpah dek lidah tak bertulang dia.

Mahal sungguh bayaran untuk jadi isteri seorang lelaki yang bernama Ahmad Aidan bin Ahmad Attar. Maruah diri kena pijak lumat dulu baru dia pandang aku sebagai isteri.

"Saya isteri awak?" Aku tunjuk muka sendiri yang sedang tersenyum tipis.

Dia angguk.

"Tapi, kenapa saya tak pernah rasa awak suami saya pun?"

Pengantin Bidan TerjunWhere stories live. Discover now