Bab 14

1K 125 55
                                    

Pagi ini buat kali pertama, babah datang cari aku di rumah sewa. Dan, ini bukan satu kunjungan yang mampu menyenangkan hati aku. Kerana bila babah sanggup mencemar duli di hadapan si anak buangan, maksudnya aku dah buat salah paling besar dalam hidup.

Tapi, apa salah aku kali ini?

Sejak tadi, aku cuma tundukkan kepala seperti seorang tahanan musuh. Tak mampu nak pandang muka bengis babah. Hati rasa gerun sangat sampai badan dah mula menggigil ketakutan.

Sesungguhnya, aku mampu berdepan dengan 10 orang Ahmad Aidan. Tapi, bukan dengan seorang lelaki yang bernama Encik Borhan. Segala keberanian dan keyakinan yang aku kutip sedikit demi sedikit selama 10 tahun ini, terus hancur lebur dalam sekelip mata. Yang tinggal cuma perasaan takut seorang anak pada babah sendiri.

"Jemput minum, pak cik."

Itu suara Nani yang sedang menghidang teh panas dan karipap di atas meja kopi. Kemudian, dia pandang aku sekilas sebelum bergerak masuk ke bahagian dapur. Ibarat tengah memberi ruang untuk aku bercakap secara privasi dengan babah walaupun sebenarnya dia risau. Boleh nampak melalui renungan mata dia tadi.

"Ba... bah mi... num." Tergaguk-gaguk suara aku dan ini perkara biasa. Setiap kali nak mula bercakap dengan babah, percakapan aku memang takkan lancar. Tersangkut-sangkut dek perasaan gemuruh.

Anak mata babah merenung tajam muka aku. Lalu, tangan babah menepis habis segala makanan dan minuman yang terhidang di atas meja ke arah aku. Hasilnya, teh yang masih panas tertumpah di atas kaki aku.

Pedih, tetapi aku cuma mampu mendesis kesakitan di dalam hati. Kalau terlepas perkataan 'sakit' dari celah bibir, babah akan mengamuk lebih teruk. Seolah-olah setiap kesakitan aku menjadi sumber utama pada api kemarahan babah.

Mungkin kerana terdengar bunyi benda jatuh di atas lantai, tak sampai seminit Nani muncul bersama muka pucat. Silih ganti dia pandang antara wajah aku dan sisi tubuh babah. Sebelum lambat-lambat, dia kutip cawan plastik dan karipap yang bertaburan di atas lantai.

"Kau, okey?" bisik dia ketika mata kami bertembung antara satu sama lain.

Aku sekadar anggukan kepala sebagai jawapan.

"Saya masuk dulu, pak cik. Saya nak bancuh air sejuk pula. Biar hati semua orang rasa sejuk je."

Nani bercakap dengan nada biasa. Siap tersenyum manis lagi. Tapi untuk orang yang berkawan dengan dia selama berbelas-belas tahun, aku tahu dia tengah menyindir babah secara halus.

"Sementara tunggu saya bancuh air sejuk, pak cik sembang dulu dengan anak kandung pak cik elok-elok. Saya masuk dulu, ya..." sambung dia sopan, namun tetap terasa sinis pada pendengaran.

Dan, babah sambut ayat Nani bersama ketawa yang terbahak-bahak.

Terpinga-pinga terus Nani jadinya. Mungkin pelik dengan gelak ketawa babah yang tiba-tiba.

Sementara aku pula?

Dah kecut perut. Kerana gelak besar babah itu sebenarnya permulaan untuk setiap penderitaan aku sebagai anak.

Tak semena-mena, babah tarik kasar lengan Nani dan mengunci pintu masuk. Membiarkan dia keseorangan di luar rumah. Sekarang yang ada dalam rumah, hanya aku dan babah yang sedang tersenyum jahat.

"Buka pintu ni, pak cik!" tempik Nani sambil mengetuk pintu rumah berulang-ulang kali.

Namun, tiada sebarang tindak balas babah untuk jeritan Nani. Malah, babah mengatur langkah ke arah aku yang masih statik di atas sofa. Tak mampu bergerak biarpun seinci.

"Kau nak bercerai dengan Aidan?" soal abah menyinga.

Dan belum sempat aku jawab, penampar babah dah melayang pada pipi aku. Bukan sekali, tetapi dua kali berturut-turut. Terasa ada darah panas yang mula mengalir di hujung bibir sebelah kanan.

Pengantin Bidan TerjunWhere stories live. Discover now