Bab 10

1.1K 127 40
                                    

Bergaduh macam anjing dengan kucing. Tapi akhirnya, aku duduk makan semeja dengan Aidan juga. Terpaksa bila dia tarik lengan baju aku seperti lembu yang kena cucuk hidung. Bila aku protes, dia ugut dengan jual nama ibu.

"Kau memang suka makan nasi goreng daging?" soal dia selepas berbelas-belas minit kami sama-sama senyap. Masing-masing terlampau sibuk melayan perasaan.

Dan seperti biasa, jawapan aku datang dalam bentuk anggukan kepala. Aku takkan bercakap waktu makan. Masih berpegang utuh pada salah satu prinsip hidup seorang Adelina binti Borhan.

"Why?"

Aku pandang dia yang sedang mengunyah makanan dalam mulut. Dia nampak macam seorang lelaki yang jaga penampilan diri. Tapi sayang, adab di meja makan ke laut dalam. Suka bercakap biarpun mulut penuh dengan makanan.

"Kenapa senyap? Cat got your tongue, Adel?" Terlorek senyum sinis pada bibir dia yang berwarna merah semula jadi. Tanda empunya badan tak pernah hisap rokok.

Kadang-kadang aku rasa macam nak rendam kepala Aidan dalam air zamzam. Mood dia sangat unpredictable sekarang. Ada waktu, dia seperti seorang lelaki yang berada di bawah lindungan Kaabah. Dan adakalanya, dia ibarat kena rasuk dengan jembalang tanah.

Sangat menyakitkan hati!

"Yang pertama, saya tak suka bercakap waktu makan. Tak sopan."

Selepas selesai makan, baru aku mula bersuara. Punya lapar sampai aku boleh habis makan sepinggan nasi goreng dalam masa lima minit.

Tak sampai lima saat, aku dah dapat reaksi daripada Aidan. Tersedak teruk dia yang sedang menghirup kuah kari kepala ikan. Merah menyala raut wajah dia. Ibarat kena simbah dengan sebaldi air rebusan cili kering pun ada.

Gamaknya dia tersedak gara-gara ayat aku yang terakhir tu. Sah dia terasa tahap gaban. Kerana dia selalu sangat bercakap waktu tengah makan. Mulut tak pernah reti duduk senyap. Ada saja benda yang dia nak mengomel.

"Yang kedua, saya suka makan nasi goreng daging kerana sedap. Dan saya suka gila daging. Awak puas hati dengan jawapan saya, Aidan?" Sambil bercakap, aku tuang air kopi sendiri yang belum terusik ke dalam gelas kosong dia. Rasa kesian pula tengok dia yang masih batuk walaupun dah minum habis satu gelas air.

Bergilir ganti Aidan tengok antara muka tanpa emosi aku dan gelas dia yang penuh dengan kopi ais kosong. Boleh nampak yang dia teragak-agak nak minum. Padahal tengah berada dalam keadaan terdesak.

"Awak jangan risau. Saya belum minum lagi kopi tu. Masih bebas daripada anasir dosa besar." Suara aku berlagu tenang sebelum tersenyum kecil.

"Bukan sebab dosa." Segan-segan dia garu belakang kepala. Ibarat dia tengah rasa serba salah pun ada.

Tapi sejak bila Ahmad Aidan pandai rasa serba salah dekat orang? Bukan dia cuma pandai buat orang rasa serba salah saja ke?

Sebab itu, aku kata perangai dia sangat unpredictable sekarang. Tak boleh agak apa yang bermain dalam kepala dia. Sama ada benda positif atau sebaliknya.

"Kalau bukan sebab dosa, sebab apa pula?" Anak mata aku lurus ke hadapan. Langsung tak tengok manusia yang seperti cacing kepanasan di sebelah kanan badan.

"Kalau aku minum air kau, kau nak minum air apa pula?" soal Aidan dengan batuk yang makin berkurang. Tak seteruk beberapa minit yang lepas.

Ternaik tinggi kening aku.

Wah, perangai dia memang betul-betul luar ramalan!

Tak sangka dia prihatin dengan kebajikan aku. Sesuatu yang sangat luar jangkaan. Memang kejutan budaya sungguh untuk mental dan perasaan aku yang selalu kena seksa dengan orang sekeliling.

Pengantin Bidan TerjunWhere stories live. Discover now