Bab 11

1.8K 178 60
                                    

Aku baru sudah goreng nuget untuk minum petang ketika Nani tempik nama aku dari arah depan rumah. Pada awalnya, aku hanya buat bodoh dan sambung mengelap dapur. Ingat dia cuma nak perhatian si teman rumah semata-mata. Kerana dia memang suka jerit nama aku tanpa sebab.

Namun bila ada selingan suara garau lelaki, terus dahi aku berkerut seribu dan kaki ibarat kena pasung di lantai. Tak mampu bergerak biarpun seinci. Sejarah lama kembali menjengah pada kotak memori.

Tanpa sedar, aku mula mencapai pisau yang berada di atas kabinet dapur. Aku genggam kemas pisau bersama tangan yang menggigil. Sebelum lambat-lambat, kaki mengatur langkah ke arah anjung rumah.

Aku sekarang seolah-olah kena pukau dan terperangkap dalam ruang waktu 10 tahun lepas. Tak boleh beza antara realiti dan kenangan lama bila perasaan takut sudah merajai minda dan hati.

Bila suara garang Nani menyapa ke telinga, baru pisau terlepas dari genggaman dan aku kembali berpijak pada realiti. Aku bukan setakat dengar amarah Nani, tetapi termasuk keluh-kesah si lelaki yang turut berada di hadapan rumah.

"I tak boleh terima you suami kawan I, Aidan."

Aidan?

Ahmad Aidan bin Ahmad Attar?

Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia tahu rumah sewa aku? Takkan dia sanggup datang sini kerana aku?

Memang cari nahas sungguh Aidan ni!

"You kena terima, Nani. Dah memang jodoh kami berdua."

Aku rasa geli-geleman gara-gara jawapan sepantas kilat Aidan. Sejak balik dari umrah, dia dah pandai cakap tentang jodoh. Padahal sebelum ini, dia cuma anggap aku seorang pendosa yang bodoh.

"Adel... Lebih baik kau datang sini cepat. Sebelum pembuli bangang kau mati dekat tangan aku!"

Bagai baru dapat roh, tergesa-gesa aku berlari sampai ke pintu depan. Dan sebaik saja tengok muka Aidan yang sememeh dengan palitan tanah, serta-merta bibir aku tersenyum nipis. Hilang terus segala gundah-gulana yang menghuni di hati.

Bila si jembalang tanah bertembung dengan penggemar Muay Thai, secara automatik anjung rumah bertukar jadi gelanggang wrestling. Yang seorang terus menyerang bertubi-tubi dan tanpa henti. Manakala seorang lagi, terpaksa jadi punching bag pada si penyerang.

"Adel, pakai tudung! Jangan tunjuk rambut cantik kau dekat hanat. Dia tak layak tengok mahkota kau." Lurus jari telunjuk Nani menghala ke arah kepala aku yang tak bertudung. Sementara tangan kanan dia, tengah pegang telinga Aidan.

Bila Aidan ada ura-ura nak pusing pandang ke arah aku, laju saja Nani cubit lengan si jembalang tanah. Lalu, satu tumbukan pula mendarat pada tengah belakang Aidan.

"You jangan gatal sangat! Tak padan baru balik umrah!" cemuh Nani, garang.

"Mana ada I gatal... I nak tengok isteri sendiri kut."

"Ooo... bila nak menggatal, baru ingat Adel tu isteri? Sebelum ni, you layan dia macam sampah. Dasar lahanat!"

Dan aku pula?

Bergerak macam lipas kudung untuk capai tudung sarung yang tersangkut di belakang pintu pintu. Terlampau tenggelam dalam tempikan Nani tadi sampai terlupa nak pakai tudung. Nasib baik Aidan tak sempat lagi nampak rambut aku. Kalau tak, habis dia nampak parut panjang yang ada di pangkal leher aku.

Selepas pakai tudung, baru aku tunjuk muka semula dekat Nani dan Aidan. Situasi mereka berdua masih sama dan tak berubah langsung. Aidan tetap juga jadi mangsa amukan Nani.

"Adel..." seru Nani tegang bersama tangan yang sedang menarik telinga Aidan.

"Ya," sahut aku seraya tergelak kecil. Rasa lawak bila tengok muka Aidan yang sedang menahan rasa sakit di telinga.

Pengantin Bidan TerjunWhere stories live. Discover now