Selepas dua hari demam teruk, baru hari ini badan aku pulih sepenuhnya. Kesan libasan tali pinggang masih terasa di batang tubuh, cuma tak seteruk dua hari lepas. Aku dah boleh bergerak bebas dan tidur pun makin nyenyak semalam. Tiada lagi mimpi ngeri yang menghantui tidur malam aku.
"Kau sure tak nak buat repot polis, Adel?" Untuk kali ke-100 mungkin, Nani ulang tanya soalan yang sama.
Dan, jawapan aku masih sama. Aku cuma gelengkan kepala sebagai respons.
"Kau sure? Babah kau dah pukul sampai kau demam kut!" Suara lembut dia berlagu garang bersama mata yang mencerlung. Nampak sangat dia tak puas hati dengan aku, tetapi terpaksa reda atas sebuah hubungan persahabatan.
"Babah aku bekas polis. So, apa function dia?"
Sejak 10 tahun lepas, aku dah hilang perasaan percaya pada anggota polis. Tapi aku tahu, bukan semua anggota polis salah guna kuasa macam babah. Cuma rasa waswas aku takkan hilang biarpun berpuluh-puluh tahun berlalu.
Terangguk-angguk kepala Nani, tanda faham.
"Satu je soalan aku dekat kau? Macam mana Aidan boleh muncul dekat rumah kita dua hari lepas?" Aku simpan lama soalan ni. Tak sempat nak tanya kerana terhalang dek kesihatan tubuh badan.
"Aku yang telefon Aidan. Aku tak tahu nak minta tolong dekat siapa lagi. Sorry, Adel..." Nani pegang tangan aku lalu dia usap manja. Konon-konon tengah pujuk aku.
Masalahnya, tukang tolong tu yang jadi penyebab utama pada kemarahan babah. Confirm babah tahu penceraian aku melalui Aidan. Mana ada orang lain tahu yang kami nak bercerai melainkan kami berdua dan Nani saja.
Dan Nani pula, tak mungkin dia akan telefon babah. Kerana dia sangat arif tentang masalah aku dengan babah. Jadi memang sah 100%, Aidan yang beritahu babah kami berdua nak bercerai.
"Kau tahu tak, Adel. Bila aku tengok dua orang manusia yang berperangai hanat, bergaduh depan mata dua hari lepas. Aku jadi bengong. Tak tahu nak sokong yang mana satu. Sebab dua-dua lelaki sama je perangai."
"Maksud kau? Aku tak faham." Kening aku berkerut sedikit.
"Waktu kau pengsan, Aidan bergaduh besar dengan babah. Babah kau tampar muka Aidan. Dua kali."
Nani bercerita siap dengan lakonan semula lagi. Dia tampar muka sendiri sebanyak dua kali, tetapi hanya tepukan manja. Tak sekuat macam penampar babah pada aku atau Aidan.
Dan, sedikit pun aku tak rasa terkejut dengan perbuatan babah. Kerana perangai babah memang semula jadi macam tu. Jenis cepat tangan dan cepat juga menghukum orang.
"Tapi, kau tahu apa balasan Aidan dekat babah kau yang perasan bagus tu?" soal dia teruja.
Aku boleh agak yang tindak balas Aidan tu sesuatu yang luar biasa berdasarkan ekspresi Nani. Kerana muka dia gembira semacam waktu bercerita. Iris dia bercahaya seperti mata kartun dalam rancangan televisyen.
Aku menyoal balik denganm bahu yang terjongket. Malas nak terus bercakap tentang lelaki yang bernama Ahmad Aidan. Kerana gara-gara perangai jujur dia, aku yang jadi mangsa tali pingggang babah. Patut aku kena saman Aidan. Dia pencetus segalanya.
"Dia tumbuk babah kau. Tersungkur terus Pak Cik Borhan. Puas hati aku tengok!" Nani tepuk tangan sambil tersenyum lebar. Seolah-olah dia tengah terbayang aksi tumbuk-menumbuk dua hari lepas dalam kepala.
Wow, luar biasa!
Jadi, Aidan ni pun jenis cepat tangan juga dan hanya dengan orang lelaki. Tak macam babah yang tak mengira jantina, pangkat atau umur.
![](https://img.wattpad.com/cover/371971302-288-k589435.jpg)