Beliau sibuk merawat pesakit nya yang baru masuk malam tadi akibat kemalangan. Di sebabkan itu dia terpaksa untuk balik lewat sedikit malam tadi demi menyelamatkan tiga nyawa iaitu sepasang suami isteri dan seorang anak mereka yang baru sahaja berumur enam bulan.
Tetapi apakah daya sudah menjadi ketentuan Allah nyawa suaminya dan juga anaknya tidak dapat diselamatkan. Anak nya mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya dan mengakibatkan darahnya tidak berhenti mengalir. Manakala suaminya pula telah meninggal di tempat kejadian kerana tercampak semasa keretanya itu terbalik.
Aku masuk ke dalam bilik wad yang di mana mangsa wanita tersebut ditempatkan. Aku menghampiri wanita itu, aku melihat wanita tersebut sedang melihat apa yang ada di luar tingkap bilik itu. Jelas wanita tersebut melihat ade sepasang suami isteri dan seorang bayi kecil mungkin baru berusia empat bulan.
Dia melihat dengan pandangan yang kosong dengan tiada perasaan, tetapi mungkin dalam hatinya sedang bersedih sekarang ini. Yelah kan baru sahaja semalam suami dan anaknya meninggal. Apapun yang aku tengok dekat wanita itu dia sangat lah kuat dan mungkin jarang menunjukkan yang dia tengah bersedih.
Aku menyentuh lembut bahunya. Dia memusing kan badannya menghadap aku. Dia tersenyum apabila nampak aku tetapi hanya sekejap dan dia mula pandang semula ke arah keluarga yang bahagia itu.
"Puan dah makan ke hari ni"
Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja manakala matanya masih ke luar tingkap dan tidak pandang ke arah aku.
"Puan, puan tetap kena makan kalau tak makin teruk sakit nanti"
"Nah makan ni nanti saya bagi ubat dan kejap lagi akan ada seorang nurse yang akan bersihkan puan"
Aku meletakkan pinggan yang berisi nasi, sup ayam, sedikit sayur dan juga buah oren di atas meja itu.
"Puan makan ya saya nak pergi tengok pesakit yang lain pulak"
Aku mula melangkah ke luar sebaik sahaja aku membuka pintu bilik itu langkahku terhenti apabila aku mendengar wanita tersebut menangis. Aku kembali ke wanita itu untuk menenangkan dia.
"Puan kenapa ni "
Dia memandangku lalu terus memeluk aku dan menangis dalam pelukan itu. Aku menolaknya sedikit supaya ada ruang antara aku dengan dia, bukan aku tak suka cuma aku mahu dia luahkan apa dia pendam.
"Puan cuba luahkan apa yang puan rasa"
Aku nampak yang dia mula tenang sekarang. Dan dia mula ingin ceritakan apa yang dia rasa.
"Jahat sangat ke saya ni sampai semua orang yang saya sayang pergi tinggalkan saya ni doktor "
"Kenapa awak cakap macam tu awak baik la.... siapa cakap hah"
Dia memandang aku dengan senyuman manisnya .
"Adik... adik saya yang cakap doktor sebab saya adik bongsu saya meninggal sebab saya ayah saya meninggal dan sebab saya juga suami dan anak saya meninggal doktor saya dah tak ada sesapa lagi lepasni selain mak saya dan juga adik nombor dua saya."
"No, awak stay ada saya untuk luahkan apa yang awak rasa"
"Sudah jangan fikirkan lagi emosi awak tidak stabil sekarang ini tambah pula dengan kesihatan awak sekarang ni"
Aku meminta diri dahulu sebelum keluar dari bilik itu, aku membuka dan menutupnya kembali sempat aku melihat ke arah wanita itu aku melihat dia sedang mengambil sudu dan juga garfu untuk makan makanan yang aku bawakkan tadi. Aku tersenyum saat dia meyuapkan makanan tersebut ke dalam mulutnya.
Aku kini berada di dalam bilik aku kerana ingin mengemaskan apa yang patut di bilik aku terutama sekali ialah meja yang aku selalu gunakan untuk buat kerja sedikit.
Banyak jugalah fail pesakit yang aku kena cek satu persatu sejak kebelakangan ini.
Sedang aku sibuk mengemas fail tersebut aku mendengar pintu bilik aku diketuk dari luar oleh seseorang.
"Masuk je lah"
Pintu bilik aku dibuka apabila mendengar arahan aku tadi. Aku melihat seorang doktor perempuan yang tidak asing dalam hidupku ataupun tak lain tak bukan kawanku sendiri iaitu Isma Trisha atau pun aku panggil dia Is sahaja.
Dia datang ke arah meja aku sambil tersenyum dan duduk di kerusi dimana pesakit akan duduk di situ jika mereka ada masalah untuk meluahkan. Yep aku bukan sahaja menjaga mereka punya kesihatan malah emosi diorang juga aku kena jaga supaya diorang dapat meluahkan apa yang dipendam lagipun hospital ni bukan sahaja pesakit yang normal sahaja ada malah yang ada sakit mental pun ada sekali di dalam hospital ini tapi diorang tak ada lah teruk sangat boleh la kawal lagi sakit mental diorang.
"Kau tak balik ke?"
"Kejap lagi aku balik la ni aku nak kena kemas dulu fail - fail ni semua"
"Ooo"
"Yang kau buat apa dekat sini pergi la buat kerja sana sibuk je"
"Eh kau suka hati aku la nak tengok kan kau ye la kan kau tu dah la single tak ada siapa yang nak temankan kau jadi biarkan sahaja lah sahabat kamu ni Eryna untuk terus menyokong perjuangan kamu"
Aku menjeling Isma sekejap sebelum aku memasukkan telefon aku ke dalam handbag Valentino Garavani aku yang berwarna pink itu.
Aku mengambil beg itu lalu menggalas kan nya ke bahu kanan aku."Sejak bila pula la si minah ni pandai buat ayat gitu"
"Minah kau panggil aku ish ish sampai kau Ryn huk hukk sayuu~~"
"Ye lah Is kuk mung" HAHAH ye aku orang Kelantan cuma di besarkan dekat Cyberjaya ni sahaja.
"Dah la kau keluar la aku nak balik dah ni aku nak tutup pintu apa semua"
"Eh tapi kan kejap awalnya kau balik hari ni"
"Entah mama aku yang suruh katanya ada yang nak bincang sikit"
"Ooo okey balik ah kau tak pe nanti aku tolong lah tutup kan lampu apa semua"
"Hah ye la jangan tolong buat sepah pulak kau"
"Eheheh tahu je kau ni kan"
"Sudah lah kau bye aku balik dulu.... jangan lupa cakap kat Encik Ridhwan aku balik sekejap"
"Boek boss"
YOU ARE READING
Hanya Aku Di Hatimu
RomanceBila berdua datang ketiga. Bergitula dengan kisah percintaan antara Eryna Nadiah dan Zayn Heidi . Mereka sentiasa bahagia , dan berjanji akan setia bersama. "promises me yang awak tak akan sesekali mencari yang lain" - Eryna Nadiah "yeahh I'm promi...