BAB 8

4 0 0
                                    

   Zayn menunggu di lapangan terbang bersama adik perempuannya, Zayyin. Beliau dari tadi asyik memandang telefon sambil ketawa kecil.

"Eh, angah , aku nak pergi beli kopi sekejap, boleh?" tanya Zayyin sambil menghulurkan tangan, meminta duit.

Lalu Zayn mengeluarkan dompetnya untuk memberikan duit kepada adiknya. Zayyin terpegun seketika apabila melihat apa yang diberikan oleh Angah nya itu.

Uish serious ah abang aku ni.

"Ambil je, guna black card aku," jawab Zayn sambil menyerahkan kad kreditnya.

Zayyin terkejut, tetapi terus mengambil kad itu tanpa banyak soal. "Eh, terima kasih abang!" katanya sambil berlalu ke arah kedai kopi.

Zayn mengangguk dan memandang jam, menunggu kedatangan Datuk nya , yang akan tiba tidak lama lagi. Sementara itu, Zayyin tidak lama kemudian kembali dengan secawan kopi di tangan, tersenyum lebar.

"Atok dah sampai!" kata Zayyin, menoleh ke arah Zayn yang sedang menunggu.

Zayn berdiri dan segera berjalan menuju ke arah pintu ketibaan. Datuk Zahid kelihatan keluar dari pintu ketibaan, mengenakan jas yang kemas dan berjalan dengan langkah penuh keyakinan.

Zayn melangkah menghampiri Datuk Zahid dan memberi hormat. "Datuk, selamat datang ke Malaysia," kata Zayn dengan penuh hormat.

"Aii lain macam ya cara kamu sambut atuk balik ini" jawab Datuk Zahid sambil tersenyum.

" HEHEH tak adalah tok... Assalamualaikum Tok"

Setelah berbual sebentar, Zayn dan Zayyin menemani Datuk Zahid ke luar, menuju ke kereta. Dalam perjalanan keluar, Zayyin terlihat seorang lelaki yang sedang berjalan laju ke arah mereka.

Tanpa sengaja, lelaki itu terlanggar Zayyin, menyebabkan air kopi yang dipegang Zayyin tumpah. Zayyin, yang agak marah, segera memarahi lelaki itu.

"Hei, kau ni tak nampak ke?!" Zayyin membentak, muka merah kerana marah.

Zayn, yang melihat kejadian itu, segera tenangkan adiknya. "Zayyin, biar dia. Biar aku yang uruskan," kata Zayn dengan nada lembut, tapi tegas.

Zayn berpaling kepada lelaki yang terlanggar Zayyin. "Maafkan dia, tapi kalau boleh, pergi minta maaf pada adik saya. Jangan buat perkara macam ni lagi," ujar Zayn, memandang lelaki itu dengan pandangan serius.

Lelaki itu kelihatan terkejut, tetapi segera meminta maaf. "Maafkan saya," katanya, sebelum beredar.

Setelah semuanya kembali tenang, Zayyin mendengus kecil. "Tapi tak pe lah, abg. Datuk Zahid pun dah datang," kata Zayyin, cuba meredakan perasaan marahnya.

Datuk Zahid, yang mendengar kekecohan itu, hanya tersenyum. "Tak apa, Zayyin. Nanti kita beli kopi yang baru," katanya sambil memberikan wang yang not lima puluh , lima keping kepada Zayyin.

"Dah jom, nanti kita pergi beli yang baru" kata Zayn kepada adik nya itu sebelum masuk ke dalam kereta.





   Sementara itu, Eryna sedang menikmati sarapan bersama keluarganya di rumah. Dia duduk di meja makan bersama mama dan adik lelakinya, Emir. Ayahnya, sudah keluar bekerja. Elya, pula sedang berada di universiti. Mama Eryna, mengajukan satu soalan yang mengejutkan.

Ryna, bila nak kahwin?” tanya mama nya sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.

Eryna terkejut mendengar soalan itu. Dia hampir tersedak. “Mama, lama lagi lah. Lagipun, Ryna tak ready lagi lah, dengan sekarang makin busy dengan kerja lagi” jawab Eryna, cuba mengelak daripada perbualan tersebut.

Mama nya tersenyum. “Tapi, kalau mama kenalkan anak lelaki kawan mama, macam mana, nak tak? ” tanya mama nya, mengharapkan jawapan yang lebih positif.

Eryna segera memberikan alasan. “Alah, mama, Ryna dah lambat. Banyak kerja lagi,” jawabnya sambil mengelak daripada terus berbincang tentang hal itu.


   Sementara itu, Zayn dan Zhareef dalam perjalanan ke pejabat. Zayyin sudah pulang ke rumah gara - gara kejadian tadi. Zayn bertanya kepada datuknya, “Tuk , nak balik rumah dulu ke, atau terus ke pejabat?”

Datuk Zahid hanya menjawab, “Terus ke pejabat je lah. Atuk nak tengok keadaan kat office sana macam mana” jawabnya sambil membelek telefon pintarnya.

Di tengah perjalanan, Zayn menerima panggilan daripada Ammar, rakan sekerjanya. “Zayn, bila nak sampai?” tanya Ammar.

Zayn menjawab dengan tenang, “Aku on the way dah ini.”

Zayn bertanya kepada Ammar sama ada walid nya sudah sampai ke belum.

Dah lama sampai, tunggu kau dengan Datuk Zahid je,” jawab Ammar di hujung talian.

Zayn menamatkan panggilan itu dan terus ke pejabat dengan penuh fokus.



     Di kafe, Eryna bersama Isma dan Alya sedang menikmati sarapan mereka. Tiba-tiba, Alya bertanya kepada Eryna, “Kenapa nampak macam tak ada mood je?”

Eryna hanya mengeluh, menceritakan situasi sarapannya pagi tadi. “Mama tanya bila nak kahwin, tiba-tiba aje. Malas aku nak layan.”

Isma yang mendengar hanya tersenyum. “Ala, kalau Zayn tu datang, sure okay je,” katanya sambil mengusik Eryna.

Eryna segera menjawab dengan agak geram, “Ee, tak nak lah! Tak suka aku dengan mamat kerek tu. Tengok muka pun dah nyampah,” jawabnya.

Mereka berborak lagi, dan Alya yang mendengar bertanya, “Zayn tu siapa sebenarnya? Kenapa Ryna tak suka sangat?”

Isma menjawab dengan nada bergurau, “Dia lah yang dulu tumpangkan Ryna balik, itu hari kat kampung dia itu hari .”

Alya mengangkat kening. “Oh, dia yang itu ke” tanyanya, semakin tertarik.

Isma kemudian menjelaskan, "Ye ah... Aku tak tau kenapa tapi aku boleh dapatkan rasa yang Zayn tu lah jodoh dia.”

Eryna hanya mendiamkan diri. “EEEE mengarut lah kau” katanya sambil terus fokus pada makanannya.













 “EEEE mengarut lah kau” katanya sambil terus fokus pada makanannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 12 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya Aku Di Hatimu Where stories live. Discover now