Aku melipat baju - baju aku dan memasukkan ke dalam luggage milik aku. Aku dan juga family aku yang sedang bersiap untuk pulang ke kampung yang sudah lama tidak balik.
Aku seorang je lah yang dah lama tak balik.
Aku tak bawak banyak baju kerana aku balik sekejap je hanya empat hari. Ikut kan hati aku taknak balik langsung sebab aku malas nak dengar soalan yang bakal akan ditanya oleh geng makcik bawang rangers.
Soalan apa... soalan pasal bila aku nak kahwin lah apa lagi. Maklum lah umur pun dah berapa but stay tak kahwin lagi.
Kita orang akan bergerak awal mungkin selepas zohor. Aku tunggu papa aku balik kerjanya dulu baru lah kita orang gerak ke kampung aku.
Settle packing baju, aku terus mandi dan solat zohor dahulu sebelum papa sampai.
Aku kini berada di dalam bilik meeting ada mesyuarat sedikit dan sekejap lagi aku akan pergi hotel pula untuk berjumpa dengan client.
Hari ini aku agak busy sedikit kerana esok aku dan kawan aku yang lain akan pergi bercuti di Sekinchan.
Selesai meeting aku terus pergi ke bilik aku. Sebelum aku masuk ke dalam sempat aku meminta Lily untuk buat kan aku air coffee.
Aku merasa sangat mengantuk dan penat hari ni. Sebab hari ni je aku kena settle kan semua kerja aku supaya tidak tertangguh di sebabkan aku pergi bercuti nanti.
Aku menanggalkan coat biru tua aku dan menggantungkan nya di tempat penyangkut baju.
Aku duduk di kerusi dan tersandar kepenatan.
Tiga jam perjalanan nak ke Sekinchan . Aku menaik kereta aku sendiri je dengan adik perempuan aku iaitu Elya. Mama dengan adik aku yang lelaki pulak naik dengan papa aku. Jadi kita orang hanya pergi dua kereta sahaja.
Kita orang telah pun sampai di rumah atok kami. Aku memarkir kereta aku di sebelah kereta atok aku.
Aku mengeluarkan semua barang yang berada di bonet kereta dan meletakkan nya di tangga rumah.
"Assalamualaikum ayah" papa aku memberi salam dan mengetuk pintu rumah atok aku.
"Waalaikumussalam, hah sampai juga kau orang ye" papa dan mama bersalam dengan atok.
Aku menarik bag luggage aku naik ke atas.
Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan atok. "Assalamualaikum atok. Sihat ke"
"Sihat je... makin cantik cucu tok seorang ni"
"Tak ada lah"
"Hah mari masuk beg tu nanti biar tok yang bawak kamu masuk dulu bilik rehat kan diri"
"Ye la tok"
Aku melangkah masuk ke dalam rumah atok. Aku melihat ke sekelilingnya.
Cantik nya rumah kampung
Aku pergi ke almari bersebelahan dengan tv itu. Aku membelek gambar yang ada di situ dan melihat segala piala yang atok pernah dapat dulu.
Hah jangan pandang rendah dengan atok aku dia dulu atlet sepak takraw negara tau kau ado.
Puas aku melihat semuanya aku terus melangkah ke bilik yang aku akan duduk di rumah atok aku. Semasa berjalan aku terpandang mama aku yang ada di dapur mungkin bersalam dengan opah aku dengan mak ngah aku.
YOU ARE READING
Hanya Aku Di Hatimu
RomanceBila berdua datang ketiga. Bergitula dengan kisah percintaan antara Eryna Nadiah dan Zayn Heidi . Mereka sentiasa bahagia , dan berjanji akan setia bersama. "promises me yang awak tak akan sesekali mencari yang lain" - Eryna Nadiah "yeahh I'm promi...