BAB 4

18 1 0
                                    

      Malas aku nak bangun sebab selesa betul tidur dekat rumah kampung ni... Sejuk lepas tu aku tak ada lah pasang aircon.

     Jimat tak payah bazir kan duit tok aku nak bayo.

      Aku bangun dari katil dan mengambil tuala untuk mandi. Baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik air terdengar yang pintu bilik dibuka oleh seseorang dari luar.

      Aikk si Elya tak kunci pintu ke.

      Aku menutup kepala aku dengan menggunakan tuala. Kut lah sepupu aku yang lelaki ke tetiba masuk.

     Pintu itu dibuka, dan ada seorang lelaki yang masuk ke dalam bilik aku.

     "WOII KAU NAK APA HAH" Jerit aku bila lelaki tu masuk ke dalam.

     "Kau dah kenapa nak jerit dekat aku pulak"

     "Kau la tiba je masuk pahal"

     "Aku nak panggil kau turun bawah je la... hak alah"

     "Kut ye pun ketuk ah pintu dulu ini tak main masuk je"

     "Dah la kau aku turun dulu nanti kau siap lah atok ajak keluar"

     "Hah ye dah kau pergi sana"

     Lelaki yang tadi masuk bilik aku sudah pun keluar. Terkejut aku bila dia masuk macam itu je.

     Tanjat sis.

     Aku terus mengunci pintu bilik aku dan pergi membersih kan diri.

      Selesai mandi aku terus bersiap dan memakai baju yang sesuai untuk keluar dengan atok nanti.

     Aku hanya mengenakan baju sweatshirt warna nude, seluar jeans hitam dan tudung warna coklat cair gitu.

      Selepas itu aku makeup sedikit supaya ternampak lebih cantik.

     Ceyh tiber.

      Aku terus mengambil handbag aku dan turun ke bawah untuk sarapan terlebih dahulu sebelum aku mengikut atok keluar.

      Aku pergi ke meja makan. Aku nampak yang atok aku sedang berborak dengan papa aku.

      Aku mengambil tempat duduk di sebelah papa aku. Mama tolong mengambil kan nasi goreng untuk aku dan meletakkan nya di pinggan aku.

      Aku menghirup air teh tarik yang opah aku buatkan. Perhh tak kisah la air ke makanan ke dah kalau opah aku yang buat memang aku seorang je boleh habiskan semua, sedap dooh.

      "Eryna nanti ikut tok ye kita pergi bersihkan homestay sebab ada orang nak duduk nanti"

     "Ooo ok atok... Eryna seorang je ke yang ikut atok"

      "Tak nanti Elyna ada sekali dengan Hanif"

      "Ooo ok" Aku sambung semula makan nasi goreng opah aku tadi.

     Siapa Hanif? Itu la suami akak Airin.

      "Emir pun ikut" Papa aku pula yang menyampuk.

       Hah cakap pasal Emir mana hah dia dah lah terjah bilik aku macam itu je pastu lari. Dah la tak minta maaf. Kau tunggu aku dapat memang aku belasah cukup - cukup.

      Selesai makan aku terus masuk kereta atok dan mengambil tempat di belakang atok aku.

      Abang Hanif sudah lama berada di dalam kereta dia duduk di hadapan sebelah atok aku. Dekat sebelah aku adalah Elya dan belah belakang sekali adalah Emir.

Hanya Aku Di Hatimu Where stories live. Discover now