Aku menolong mama aku di dapur untuk menyiapkan makan malam. Aku menolong mama untuk memotong sayur di meja makan. Sepanjang hari ini aku hanya berdiam sahaja tidak bercakap, kerana tak ada mood aku lepas mama tanya bila aku nak kahwin.
Umur aku sudah hampir tiga puluh tahun tapi masih tidak jumpa jodoh yang tepat. Ada je yang nak aku ni tapi aku sendiri yang anggap diorang macam kawan sahaja tidak lebih dari itu.
Lagi pun aku malas nak fikir sangat soal jodoh ini lagi pun aku sibuk dengan kerja aku sekarang ini.
Entah apa silap aku, aku boleh terpotong isi jari aku sendiri. Darah banyak yang mengalir, aku kena ambik tisu untuk hentikan darah ini supaya mama tak nampak nanti tak pasal - pasal aku kene membebel sebab buat kerja sambil lewa.
Aku mencapai tisu yang berada di tepi aku, aku mengambil sehelai dan balut di jari telunjuk aku itu.
"Kenapa jari tu" tanya mama bila dia nampak aku pegang sehelai tisu yang ada kesan darah.
"Mana ada tak apa lah ok je."
"Tak payah la nak menipu meh mama tengok" mama menarik pergelangan tangan aku dan melihat jari aku yang terhiris pisau itu tadi.
"Ya Allah banyaknya darah keluar.... Engkau ni buat kerja macam mana.... Itu la lain kali jangan buat kerja tu sambil lewa... kan dah terhiris jari sendiri"
"Ye la ma sikit je ni dah la gi tengok lauk sana tu kang hangus tak makan apa malam ni kita karang.
"Ye la tu jari tu jangan lupa letak minyak gamat yang ada kat atas almari tv depan tu"
"We kau free minggu depan" Ammar tanya kepada aku. Kita orang berada di sebuah kafe favourite aku. Kita orang singgah makan di sini kerana baru sahaja jumpa dengan client tadi di sebuah restoran yang tidak terlalu jauh sangat dari kafe ini.
"Tengok lah macam mana... kenapa?"
"Jom kita pergi bercuti... Kita kan dah lama tak pergi bercuti bersama so jom lah"
"Dekat mana, kalau dekat Indonesia aku cakap awal - awal eh aku tak nak trauma aku pergi sana"
Mana tak nya aku trauma pergi Indonesia sebab aku pernah kena kacau dengan seorang perempuan ini dekat sebuah lorong. Masa itu aku berjalan seorang nak balik ke hotel yang aku dengan kawan aku duduk sementara menunggu rumah yang kita orang sewa dah siap bersihkan untuk kitorang tidur nanti.
Aku kena kacau dengan perempuan itu dan menarik tangan aku ke untuk pergi ke dinding aku ingatkan dia mahu meminta tolong tapi rupanya nak raba aku. Mahu aku tak terkejut dengan tindakan dia itu aku terus menjauh kan jarak aku dengan dia dan memarahi nya kerana telah mengambil kesempatan ke atas badan aku.
"HAHAHAH tak ada lah aku ingat kita pergi tengok kapal terbang nak tak" .
"Kau dah kenapa nak tengok kapal terbang baik pergi KLIA je"
"Alaa kau ni aku nak pergi Sekinchan la ambik gamba kat kapal terbang sana tu"
"Ooo ye eh... Kau ajak aku seorang je ke"
"Tak aku ajak dia orang sekali lah kenapa?"
"Yela dia orang tu pergi ke kau tanya aku seorang je karang yang seorang sibuk sorang lagi ada misi seorang lagi ada tak dapat cuti macam mana"
"Aku dah tanya diorang dulu dan diorang semua ikut. Cuma Khayr seorang je lah yang aku tak pasti dia pergi ke tidak"
"Tengok lah macam mana kalau aku dapat pergi"
YOU ARE READING
Hanya Aku Di Hatimu
RomanceBila berdua datang ketiga. Bergitula dengan kisah percintaan antara Eryna Nadiah dan Zayn Heidi . Mereka sentiasa bahagia , dan berjanji akan setia bersama. "promises me yang awak tak akan sesekali mencari yang lain" - Eryna Nadiah "yeahh I'm promi...