♡
Beberapa tahun duduk di kelas hadapan, jarang sekali Yerim turun ke aras bawah yang menempatkan 'kelas belakang' di mana pelajar-pelajar dengan tahap akademik yang kurang memuaskan ditempatkan di situ.
Mujurlah Cikgu Kim turut ada sekali dengannya kalau tidak sudah lama dia cabut lari.
Hendak pula beberapa kali dirinya terdengar siulan dan panggilan nakal dari pelajar-pelajar lelaki sepanjang dia melintasi koridor aras itu. Sudah pasti dia menjadi target cat calling mereka, tak kan Cikgu Kim pula.
Akhirnya Yerim buat-buat tuli. Cikgu Kim pun tampaknya dah tak kuasa hendak menegur perangai budak-budak itu.
Sehinggalah mereka sampai di hadapan muka pintu kelas paling hujung di koridor itu. Suara hingar-bingar dari dalam kelas itu tampaknya begitu sinonim dengan suasana di dalam 'kelas belakang'.
Dari luar Yerim sudah dapat melihat betapa hiruk-pikuknya suasana di dalam bilik darjah itu.
Ada sekumpulan pelajar sedang sibuk menconteng papan putih, ada juga yang sedang nyenyak tidur tak padan dengan bingitnya suasana dan tak kalah juga yang menyembang tak ingat dunia.
"Diamlah, bodoh!"
Kata-kata carutan silih berganti bergema dari dalam kelas itu, sungguh menggerunkan buat seseorang yang tak biasa mendengar kata-kata kasar lagikan kesat.
Membulat mata Yerim saat melihat sebuah kasut sedang melayang tepat ke arahnya dan Cikgu Kim. Tidak sempat untuk mereka mengelak namun mujur ada satu tangan yang cukup tangkas menangkap kasut itu dari hinggap ke muka Cikgu Kim.
Cikgu Kim menarik nafas lega sementara Yerim masih diam tak berkutik sebelum lambat-lambat Yerim mengangkatkan kepala, melihat ke arah lelaki tinggi lampai yang sedang berdiri di sisi Cikgu Kim. Kasut tadi masih berada di dalam genggaman tangan lelaki itu.
"Kau orang ni kan, main je kerjanya. Tak padan dah nak habis sekolah. Kalau berlubang muka orang tua ni tadi macam mana?"
Selamba badak lelaki itu memanggil Cikgu Kim 'orang tua' seraya membaling semula kasut tadi ke arah si empunya kasut.
"Sorry, bos!" Si empunya kasut bukannya meminta maaf pada Cikgu Kim, sebaliknya kepada lelaki tadi.
"Kamu dari mana, Jungkook?"
Dengar saja sebaris nama itu, barulah Yerim tersedar yang lelaki di hadapannya bersama Cikgu Kim itu adalah Jungkook.
"Hisap rokok sekejap dekat tandas."
Berderau darah Yerim dengar jawapan selamba mati dari Jungkook itu tapi sebaliknya, Cikgu Kim ketawa pula.
Riak terkejut yang terpampang jelas di wajah Yerim tika itu cepat-cepat dirinya kawal tika Jungkook mengalihkan pandangan ke arahnya.
"Ni cikgu bawa budak nerd mana pula ni?" Soal Jungkook sambil pandang Yerim atas bawah.
Riak tak puas hati cuba Yerim kawal.
"Kenalkan tutor kamu, Choi Yerim."
Krik krik.
Terkebil-kebil Jungkook memandang Yerim yang tak berkelip memandangnya. Untuk seketika panahan mata antara mereka saling bertaut.
"Saya tak nak." Tiba-tiba saja Jungkook mengeluarkan kata putus seraya meleraikan pautan mata antara mereka.
Lalu dengan begitu saja, lelaki itu berlalu masuk ke dalam kelas meninggalkan Yerim dan Cikgu Kim yang terkial-kial sendiri.
♡
"Yerim, Cikgu Kim panggil kau dekat bilik guru."
Yerim pejamkan mata sebelum keluhan berat terlepas dari belahan bibirnya.
Tak habis lagi ke?
Hati Yerim berbisik geram.
Dah Si Empunya Badan tak mahu ditolong, buat apa sibuk-sibuk nak hulurkan bantuan?
Walaupun hatinya merungut, tetap juga jasadnya membawa diri ke bilik guru. Sampai saja di dalam bilik guru, dirinya dikejutkan dengan kehadiran lelaki itu di meja Cikgu Kim. Jungkook.
Lambat-lambat kakinya melangkah menghampiri meja Cikgu Kim. Sempat dirinya berbalas senyuman dan menunduk hormat kepada Cikgu Kim.
Pandangannya ditalakan pula pada Jungkook yang cepat-cepat mengalihkan panahan matanya tatkala mereka hampir bertemu mata. Seperti biasa, muka berlagak samseng ditayang.
Pemakaiannya saja sudah tidak mengikuti etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Dengan rambutnya yang sedikit panjang, kolar baju dibiarkan tidak terlipat, blazer dan tali leher pula entah ke mana. Stokin pun tak pakai.
Tiba-tiba lelaki itu bangun dari terus duduk di kerusi berhadapan dengan meja Cikgu Kim itu sebelum tangannya dihulurkan kepada Yerim. Terkebil-kebil Yerim dibuatnya.
Bila huluran tangannya tak disambut, dia menunduk hormat 90 darjah kepada Yerim pula buatkan Yerim makin keliru. Mabuk ketum agaknya lelaki ni?
"Minta tunjuk ajar, Cikgu." Tutur Jungkook sebelum dirinya kembali berdiri tegak. Muka serius ditayang.
Yerim yang naik hairan. Lelaki ni sedang memerli dia atau apa?
YOU ARE READING
Falling For You | jjk
Fanfiction"Kenapa awak mengelak dari saya?" "Jangan nak perasanlah. Memang dari dulu aku layan kau macam ni. Kau je yang rasa kita ni rapat."