6

20 6 2
                                    

♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mungkin juga disebabkan faktor usia yang semakin meningkat, Cikgu Kim dapat merasakan yang dirinya kini lebih mudah merasa lelah jika dibandingkan dulu.

Sampai saja di bilik guru, Cikgu Kim mengambil peluang untuk mengisi masa lapangnya yang hanya berbaki setengah jam itu dengan berehat di mejanya. Matanya dipejamkan.

"Selamat tengah hari, Cikgu."

Lantas Cikgu Kim mencelikkan mata. Sebaik saja membuka mata, bagaikan tidak percaya dengan siapa yang dilihat di depan mata, terlihat pelajar bernama Jungkook sedang berdiri di hadapannya.

"Oh, Jungkook! Ada apa kamu ke sini?" Soal Cikgu Kim seraya duduk tegak, senyuman ikhlas terukir di bibir tuanya, jelas gembira dengan kehadiran Jungkook di situ.

"Maaf mengganggu, Cikgu."

"Eh, tak adalah. Duduklah."

Jungkook hanya menurut. Seketika dirinya hanya diam, cuba menyusun kata.

"Saya nak minta tolong dari Cikgu."

Setelah berjumpa dengan Cikgu Kim di bilik guru tadi, terus Jungkook ke kelas 5-A1 untuk menghadiri kelas matapelajaran Fizik. Seperti biasa, untuk subjek itu dan Matematik tambahan, dirinya seorang diri perlu menumpang belajar di kelas itu.

"Tunggu boyfriend dialah tu."

"Apa kau orang merepek ni?"

"Eleh, bukan kita orang tak tahu. Tiap kali habis waktu sekolah, kau dating berdua dengan budak Jungkook tu."

Perlahan-lahan langkah Jungkook terhenti saat terdengar namanya dipetik. Sampai saja di tepi ambang pintu belakang kelas 5-A1 itu, Jungkook menyembunyikan diri di situ.

"Kita orang study sama-sama. Itu je." Jungkook cukup kenal suara itu. Suara Yerim.

"Kau tak takut ke dengan budak samseng macam Jungkook tu?"

Jungkook menunduk, terasa kosong saat dilabel samseng. Namun dalam diam dia turut menantikan jawapan bagi soalan itu.

"Selama aku kenal dia, belum pernah pulalah dia try nak makan aku ke apa. Elok je dia makan nasi."

Tersenyum nipis Jungkook saat mendengar jawapan dari Yerim itu.

"Hati-hati, risau karang dia ajak kau revision subjek biologi bab pembiakan dalam semak. Budak kelas belakang macam dia bukan boleh percaya."

Terdengar pula suara salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu selamba membuat lawak lucah, diikuti gelak tawa beberapa orang pelajar, tak kira lelaki dan perempuan.

Siapa sangka pelajar kelas hadapan yang sering dianggap bijak dibandingkan pelajar-pelajar yang lain boleh berbicara seperti itu?

Jungkook mengetap rahangnya kuat. Bukannya dia tak tahu, tak semua pelajar di dalam kelas 5-A1 senang dengan kehadirannya di dalam kelas itu.

"Kelakar ke? Lepas dengar lawak bodoh kau ni, aku rasa aku lagi selamat duduk dalam semak dengan dia daripada duduk dalam kelas yang sama dengan lelaki gila seks macam kau. Sekurang-kurangnya dia lagi bijak dari kau. Kau satu tambah satu pun tekan kalkulator."

Sekali lagi Jungkook tersenyum, menahan tawa. Mereda rasa amarahnya tadi. Dengan senyuman yang kian memudar, langkahnya diatur perlahan menjauhi kelas itu.

"Kenapa tak masuk kelas Fizik tadi?" Soal Yerim sebaik saja dirinya mengambil tempat duduk di hadapan Jungkook. Berkerut-kerut dahinya tanda tak puas hati.

"Malas." Selamba Jungkook memberi jawapan seraya menunduk, sibuk melukis di atas kertas yang dikoyakkan dari buku latihannya tadi.

Yerim mengeluh berat. Stress melihat perangai acuh tak acuh lelaki di hadapannya tika itu.

"Set soalan yang saya bagi semalam dah buat?"

"Dah."

"Mana?"

Jungkook berhenti melukis. Set soalan yang sudah siap berjawab dan buku nota milik Yerim diserahkan sekali kepada Yerim.

"Nanti saya tanda. Sekarang ni kita fokus dekat subjek Fizik."

Tergelak Jungkook bila Yerim keluarkan buku nota berwarna pink hot. Kalau sebelum ni buku nota matematik tambahan miliknya berwarna pink pastel.

Sekarang tahulah Jungkook yang gadis di hadapannya itu cukup sukakan warna pink.

"Apa gelak-gelak?!" Soal Yerim geram namun tetap juga dia serahkan buku nota tingkatan empat miliknya itu kepada Jungkook.

"Tak ada apa-apa." Balas Jungkook tanpa memandang Yerim, kedua-dua bahunya dijongketkan tanda tak peduli. Pada masa yang sama, tangannya sudah mula menyelak setiap helaian buku nota milik Yerim itu.

Seperti biasa, dengan sekali imbas dirinya cuba memahami setiap perkiraan dan maklumat yang ada di dalam buku nota itu.

Dan tanpa Jungkook sedari, Yerim asyik memerhatikannya. Pada masa yang sama, berdebar-debar menunggu sebarang komen darinya.

Berdebar-debar kerana menunggu reaksi lelaki itu atau mengagumi rupa paras lelaki itu, Yerim sendiri tidak pasti.

Falling For You | jjkWhere stories live. Discover now