7

30 5 7
                                    

♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gara-gara pertikaman lidah antaranya dengan Sungjae semalam, Yerim dapat merasakan dirinya dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya.

Mujurlah ada Yoonji yang setia disisi walaupun al-hasilnya dia turut sama dipulaukan di dalam kelas itu.

Berlanjutan di dalam makmal, mereka dibiarkan duduk hanya berdua di meja makmal Biologi itu.

"Kau tengoklah muka Sungjae tu, bangga betul dapat buat satu kelas pulaukan kita. Muka dahlah macam tenuk."

Tergelak Yerim melihat Yoonji yang sudah menggenggam penumbuk, ditenungnya lelaki bernama Sungjae itu macam nak tembus.

"Perangai macam budak tadika, nak buat macam mana kan?" Tutur Yerim cukup tenang seraya menyelak helaian buku teksnya di atas meja.

"Kau okay?" Soal Yoonji. Memandangkan guru subjek Biologi mereka, Cikgu Min tak masuk lagi, apa salahnya mereka menyambung sembang. Jarang-jarang cikgu Biologi mereka itu masuk lambat.

"Okay jelah."

"Lepas apa yang dia orang buat dekat kita hari ni, kau masih nak jadi tutor Jungkook?"

Terhenti tangan Yerim dari terus menyelak helaian buku teks di hadapannya. Tumpuannya teralih sepenuhnya pada Yoonji.

"Aku ikhlas nak tolong Jungkook. Aku percaya dia boleh pergi jauh. Aku tahu dia akan berjaya."

Seketika Yerim dan Yoonji hanya berbalas pandangan.

"Selamat petang semua, maaf atas kelewatan. Ada beberapa hal yang perlu saya uruskan tadi."

Sekelip mata suasana di dalam makmal yang tadinya riuh serupa pasar malam menjadi sunyi sepi.

Terlihat Cikgu Min sudah berdiri di hadapan kelas, diikuti langkah seorang pelajar lelaki memasuki makmal Biologi itu, mengejutkan semua pelajar 5-A1.

Semua sudah memandang satu sama lain. Lalu beberapa mata mula tertumpu pada Yerim yang masih tak lepas dari terus merenung pelajar lelaki yang sedang berdiri di hadapan makmal itu.

Jungkook.

Lelaki itu tampak tenang sahaja, langsung tak peduli muka-muka yang terkejut dan kurang senang dengan kehadirannya saat itu.

Semua mata mampu dia tatap melainkan sepasang mata milik Yerim. Dibiarkan sepasang mata gadis itu menjadi tautan matanya yang terakhir di dalam kelas itu.

"Perkenalkan, Jeon Jungkook. Mulai hari ini Jungkook akan sertai kelas Biologi kita. Jungkook, kamu boleh ambil tempat kamu."

Tergamam seketika Yerim dibuatnya. Dia sendiri tak tahu yang Jungkook akan ambil subjek Biologi juga untuk subjek tambahan.

Terkebil-kebil Yerim melihat Jungkook yang sudah mengatur langkah menghampirinya sebelum lelaki itu selamba mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Tak cukup untuk kelas addmath dengan Fizik, dia masuk kelas Biologi kita pula? Tak sedar diri betul. Alang-alang nak tunjuk bagus, kenapa tak mohon tukar ke kelas kita terus? Perasan pandai."

"Kan. Tak selesa betullah nak belajar bila tiba-tiba je ada orang asing sibuk nak belajar sekali dalam kelas kita."

"Aku dengar dia akan masuk kelas Kimia kita juga nanti. Aku dengar cerita dekat bilik guru tadi, patutnya dah alang-alang budak tu ambil empat subjek tambahan dalam kelas kita, pengetua ada cadangkan untuk dia tukar terus ke kelas kita tapi budak tu tak nak."

"Baguslah, memang patut pun dia sedar diri. Confident betul ambil empat subjek tambahan terus, gagal semua padan muka."

Yerim cuma diam. Sengaja dia buat-buat sibuk membuat nota sedangkan dadanya dirasakan sebu menahan sabar.

"Hai, boyfriend kena kutuk, tak kan diam je?"

Seperti biasa, ada saja suara sumbang yang cuba memprovokasinya. Hati berbisik untuk sabar namun tahap kesabarannya terus melepasi hadnya tika terdengar tawa halus rakan-rakan sekelasnya.

"Aku yang suruh dia tak payah cakap apa-apa."

Terdiam semua tatkala suara itu bergema dari pintu belakang kelas itu. Terlihat Jungkook selamba mengatur langkah memasuki kelas itu.

Meja Yerim dihampiri lalu buku nota merah jambu milik Yerim diletakkan di atas meja gadis itu.

Lalu kepalanya diangkat, melihat seorang demi seorang wajah pelajar-pelajar yang sejak tadi berkumpul tidak jauh dari meja Yerim itu.

Beberapa orang menikus pergi sementelah ada yang saling bertentang mata dengan muka cuak.

Sepasang mata Jungkook terhenti lama pada Sungjae yang takut-takut membalas renungan matanya. Tanpa diduga Jungkook mengatur langkah menghampiri lelaki bercermin mata itu.

Lemah lutut Sungjae rasakan saat itu tatkala Jungkook berhenti betul-betul di hadapannya.

"Ada apa-apa yang kau nak bagitahu aku pasal aku? Gaya kau cerita tadi macam banyak betul yang kau tahu pasal aku. Ke kau suka aku?" Selamba Jungkook menyoal buatkan ada yang mengetap bibir menahan tawa, termasuk Yerim.

"Macam nilah.." Dengan kepala yang menunduk, tenang Jungkook bersuara. Pada masa yang sama jari kelengkengnya menggaru perlahan kening kanannya.

"Kalau kau tak puas hati dengan aku, cakap depan-depan. Tak perlu nak libatkan perempuan. Jadi lelakilah, ada telur kan?" Selamba Jungkook bertanya seraya kembali bertentang mata dengan Sungjae.

Bahu kiri lelaki itu ditepuk-tepuknya perlahan. Lembut saja tapi naik senget bahu Sungjae dibuatnya.

Setelah itu, Jungkook melihat sekeliling.

"Ada sesiapa lagi yang tak puas hati dengan aku?"

Sunyi sepi.

"Yerim tak ada apa-apa kaitan dengan aku tapi kalau aku dapat tahu apa yang jadi tadi berulang lagi, aku tak kan teragak-agak untuk cari siapa orangnya. Lelaki, perempuan, aku layan sama. Faham?"

Tiada yang berani menjawab, yang tadinya paling lantang berbunyi kini yang paling senyap bersembunyi.

Setelah itu, Jungkook mengatur langkah pergi, buatkan bulu roma masing-masing berdiri tegak.

Falling For You | jjkWhere stories live. Discover now