♡
Sebaik saja panggilannya diangkat, jantungnya yang sememangnya berdegup kencang sejak tadi semakin menggila detakannya. Gila betullah kau ni Yerim. Gatal pun ya.
"Hello?"
Hampir tergolek jatuh Yerim dibuatnya dari kerusi tatkala mendengar suara garau Jungkook di atas talian, manly sungguh daripada dengar depan-depan.
"Siapa ni?"
Sekali lagi suara Jungkook menyapa gegendang telinganya, menguatkan debaran di dadanya.
"Err, maaf mengganggu. Ini nombor telefon Jungkook ke?" Walaupun Yerim cukup pasti yang dirinya sedang bercakap dengan Jungkook tika itu, tetap dirinya meminta kepastian.
"Taklah, ni nombor service Coway."
Sah, memang Jungkook!
"Siapa ni?" Sekali lagi Jungkook bertanya.
"Cubalah teka."
"Malas."
Tet.
Semudah itu, Jungkook mematikan panggilan telefon di antara mereka buatkan Yerim tercengang sendiri di meja belajarnya.
Tak berpuas hati diperlakukan sebegitu, sekali lagi nombor telefon lelaki itu didail semula. Mujurlah cepat sahaja diangkat.
"Berani awak matikan call saya!"
"Ni siapa ni? Suka hati akulah, telefon aku. Kau kalau nak scam orang malam-malam buta ni, baik pergi cari orang lain. Aku ni miskin."
Kalau tak disebabkan rasa baran, mungkin Yerim dah gelak dek lawak bodoh Jungkook itu, maklumlah dia spesis mudah terhibur. Single kan.
"Ni sayalah, Yerim!"
"Oh. Cakaplah awal-awal. Suara macam makcik, mana aku nak kenal."
Suka hati je label anak dara orang makcik!
"Ha, ada apa kau call aku malam-malam buta ni? Kalau nak sleep call ajak orang lain, telefon aku cepat overheat, meletup karang call lama-lama."
"Sorry to say, tapi saya pun tak berminat. Kenapa tak datang sekolah hari ni?" Laju Yerim menukar topik.
"Sibuk nak tahu kenapa? Baru sehari tak jumpa dah cari. Rindu eh?"
YOU ARE READING
Falling For You | jjk
Fanfiction"Kenapa awak mengelak dari saya?" "Jangan nak perasanlah. Memang dari dulu aku layan kau macam ni. Kau je yang rasa kita ni rapat."