8

28 6 2
                                    

♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lepas kes semalam, tiada lagi yang berani mengusik Yerim namun perang dingin yang dilancarkan oleh rakan-rakan sekelasnya masih berlanjutan.

Sebaik saja Yerim keluar dari tandas, kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat. Yerim mengeluh berat, malas rasanya hendak ke kelas semula.

Seorang diri, Yerim ke kelasnya yang terletak di tingkat tiga.

"Yerim!"

Serta-merta langkah Yerim terhenti. Sebaik saja dia menoleh, terlihat seorang lelaki sedang berlari-lari anak menghampirinya.

Sampai saja di hadapannya, lelaki itu tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Yerim kan?" Soal lelaki itu buatkan Yerim mengangguk perlahan.

"Saya Sungjae, kawan Jungkook." Lelaki di hadapannya itu memperkenalkan diri.

"Jungkook ada minta tolong saya untuk sampaikan ini pada awak."

Sekeping kertas yang sudah dilipat dua dihulurkan kepada Yerim. Seketika kertas itu bertukar tangan.

"Jungkook minta saya bagitahu awak yang dia tak dapat datang tutor petang ni sebab hal peribadi. Lagi pun dia memang tak datang sekolah hari ni."

Tidak tahu reaksi apa yang sepatutnya diberi, Yerim hanya mengangguk faham. Seketika suasana canggung menguasai mereka.

"Okay. Terima kasih."

"Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu."

Sempat mereka berdua berbalas senyuman dan menundukkan kepala sedikit sebagai tanda hormat sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Tanpa menunggu lama, Yerim membuka lipatan kertas itu sebelum isinya dibaca.

Mulai esok, aku tak nak kita buat tutor dekat dalam kawasan sekolah.
Ini peta untuk ke tempat baru kita.

Tercengang Yerim membaca isi surat itu. Peta yang dilukis dengan tangan itu ditenung tak percaya.

Bersungguh-sungguh betul lelaki itu sampaikan sanggup melukiskan peta untuknya di era Google Maps dan Waze kini. 

Penulisan lelaki itu pun, serupa ketua kongsi gelap yang sedang memaklumkan rakan niaganya tentang pertukaran tempat untuk seludup dadah.

Buku rujukan Kimia yang sejak tadi terbuka luas di atas meja belajarnya itu direnung tanpa minat. Entah kenapa Yerim merasakan mood nya hilang untuk study malam itu.

Yerim duduk menompang dagu, termenung seketika. Peta yang dilukis oleh Jungkook itu ditenung lama. Dibiarkan peta itu tertampal pada papan kenyataan mini yang tergantung di hadapan meja belajarnya itu.

Hotline sekiranya sesat:
911
01X-XXXXXXX

Nombor telefon yang tertulis di hujung peta itu ditatap lama.

Yerim cukup pasti nombor telefon yang kedua itu adalah nombor telefon milik Jungkook. Tiba-tiba terasa gatal pula tangannya hendak mencapai telefon pintarnya yang sejak tadi sedang dicas di sisi meja.

Cardiac table dibawa ke sisi katil ibunya, digunakan sebagai meja belajar.

Sambil-sambil membuat ulangkaji, matanya sesekali mengerling ke arah Puan Jeon yang sudah melelapkan mata.

Berkerut-kerut dahi Jungkook tatkala melihat persamaan Kimia yang tertulis di dalam buku teksnya itu.

Bagi Jungkook, setakat ini subjek Kimia paling mencabar buatnya. Ditambah pula dengan rasa kurang minatnya terhadap subjek itu. Dia lebih sukakan nombor dan pengiraan.

Drrt. Drrt.

Hampir dia tak sedar telefon pintarnya yang sejak tadi ditetapkan dalam mod senyap itu, sudah bergetar untuk beberapa ketika.

Pen di tangan diletakkan seketika di atas buku lalu telefon pintarnya dicapai.

Choi Yerim🐒

Senyumannya tak dapat ditahan saat melihat sebaris nama pemanggil itu tertera di skrin telefonnya.

Ternyata rancangannya berjaya tapi tak sangka pula secepat ini.

Falling For You | jjkWhere stories live. Discover now