3

26 7 0
                                    

♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa buku nota yang penuh dengan tulisan tangannya sendiri diletakkan di hadapan Jungkook.

Hari ini merupakan hari pertama sekali gus sesi tutor yang pertama buat mereka. Diadakan selepas waktu persekolahan di perpustakaan sekolah.

Setengah jam jugalah Yerim harus menunggu Jungkook dari waktu yang ditetapkan.

Tanpa segan silu, Jungkook mengambil salah satu buku nota matematik tambahan milik Yerim itu sebelum setiap helaian buku itu dibelek satu per satu.

"Buruknya tulisan."

Itulah komen pertama yang keluar dari mulut Jungkook, buatkan Yerim pantas menyambar semula buku itu dari tangan Jungkook.

"Saya di sini cuma untuk bantu awak belajar, bukan mengajar awak. Faham?" Yerim memberi amaran.

Memandangkan Jungkook sendiri sudah mengikuti kelas matapelajaran Fizik dan Matematik Tambahan, tak adalah Yerim pening-pening lalat hendak mengajar lelaki itu dari A sampai Z.

Memandangkan hanya Jungkook sahaja yang mengambil kedua-dua subjek itu di dalam kelasnya, dirinya perlu berpindah ke kelas lain buat sementara waktu mengikut jadual pembelajaran kelas tersebut untuk subjek Fizik dan Matematik tambahan sahaja.

"Baik, Cikgu."

"Berhenti panggil saya Cikgu."

"Baik, kakak."

Malas hendak melayan, Yerim hanya menjeling tajam ke arah Jungkook.

Beberapa helaian kertas yang terdiri daripada set soalan matematik tambahan dihulurkan kepada Jungkook.

"Buat ni, saya bagi masa sejam dari sekarang."

"Sejam? Ada lima belas soalan kut?" Soal Jungkook tak puas hati usai menyemak set soalan di tangannya untuk sekali imbas.

"Kata genius."

"Kau pandang rendah dekat aku?"

Terdiam Yerim tatkala mendengar soalan Jungkook itu. Tak semena-mena dirinya rasa bersalah.

Lelaki itu sedari awal langsung tak buat apa-apa salah dengannya tapi entah kenapa, hanya dengan mendengar persepsi orang tentang lelaki di hadapannya itu tanpa sebarang bukti sahih, sudah mampu memanipulasi otaknya untuk melayan lelaki itu dengan cukup dingin.

Untuk seketika mereka saling bertentangan mata sebelum Jungkook sendiri meleraikan pautan mata di antara mereka.

Yerim hanya memerhati tika lelaki itu yang tanpa bicara, mula menjawab set soalan pemberiannya tadi. Hujung pena di tangan lelaki itu laju melakar jalan kerja di atas muka kertas, hanya sesekali jari-jemari lelaki itu bermain di atas kalkulator.

Tak sampai setengah jam, kertas yang sudah lengkap dengan jalan kerja dan jawapan diletakkan di hadapan Yerim.

"Aku tak pernah cakap yang aku genius. Aku tak pernah rasa yang aku ni genius. Jadi kau tak perlu susah-susah nak ingatkan aku dekat mana tahap aku. Sebab aku tahu dekat mana tahap akulah, aku ada dekat depan kau sekarang ni."

Terkelu. Tak semena-mena hatinya dirasakan sebu diasak dengan rasa bersalah.

"Terima kasih untuk hari ni." Tutur Jungkook seraya berdiri, beg galasnya turut dibawa sekali.

Ego menahannya dari memohon maaf. Akhirnya Yerim hanya diam, membiarkan Jungkook berlalu pergi.

Perlahan-lahan Yerim menunduk, melihat set soalan yang sudah terisi jawapannya, kesemuanya.

Set soalan yang sudah siap ditanda itu direnung lama. Sudah setengah jam dirinnya selesai menanda set soalan itu, sudah setengah jam jugalah Yerim kekal termenung di posisi itu.

Semua jawapannya betul, hanya ada beberapa jawapan yang tidak mencapai markah penuh namun dapat menjawab dengan betul kesemua lima belas soalan dalam masa tak kurang 30 minit, sememangnya genius. Hendak pula lelaki itu baru saja belajar subjek itu tak kurang seminggu tempohnya.

Dia akui, lelaki itu jauh lebih pintar darinya. Bahkan sejak dulu lagi, dia akui kenyataan itu.

Yerim mengeluh berat seraya menunduk, rambutnya diramas kuat melepaskan tekanan. Sungguh, dia rasa bersalah.

"Aku nak pergi kelas dia."

"Kau gila? Hari tu tak apalah, kau pergi sana sekali dengan Cikgu Kim."

"Sebab tu aku minta kau teman aku."

"Kau ingat aku dah gila ke? Memang taklah! Masuk kawasan kelas dia tu dah ibarat masuk kandang buaya tau. Bukan setakat kandang buaya, dah tahap masuk mulut buaya, tunggu kena ngap je!"

"Lantak kaulah, aku nak pergi!"

Tanpa mempedulikan metafora melampau dari Yoonji itu, Yerim sudah mengatur langkah laju keluar dari kelas. Laju saja Yerim menuruni tangga, membawa dirinya ke aras koridor tingkat dua, di mana beradanya deretan kelas belakang.

Bermakna, no turning back.

Buku nota matematik tambahan tahun lepas digenggam kuat, mengumpul kekuatan. Belum apa-apa dia sudah mendengar suara-suara nakal yang cuba mengusiknya.



Malam ni saya update lagi yaaaa, hehe. Makasih atas support nya yaaa! :') ♡

Falling For You | jjkWhere stories live. Discover now