5

29 5 2
                                    

♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai saja di hospital, Jungkook menukar uniform sekolahnya ke t-shirt dan seluar sukan terlebih dahulu di tandas berdekatan sebelum dirinya masuk ke dalam wad.

Masuk saja ke dalam wad, terus dia mengatur langkah menuju ke katil pesakit berhampiran dengan kaunter jururawat. Tersenyum Jungkook saat melihat ibunya sedang tidur di atas katil itu.

Sampai saja di sisi katil, tidak mahu mengganggu lena Si Ibu, sesenyap mungkin Jungkook mengatur pergerakannya. Beg galasnya diletakkan perlahan-lahan di atas lantai.

Setelah itu kepalanya diangkat, menatap wajah syurganya itu dengan senyuman. Atas kepala ibunya yang berbalut selendang tika itu disentuh sebelum diusap lembut.

Buku nota tambahan milik Yerim itu diamati dengan penuh teliti. Sesekali jari-jemarinya bergerak menekan kalkulator.

Terhenti seketika pengiraannya saat melihat lipatan kertas set soalan yang dijawabnya semalam terselit di dalam buku nota berwarna merah jambu itu.

Lipatan kertas itu diambil lalu dibuka. Setiap jalan kerja dan jawapan yang tertulis di dalam set soalan itu sudah ditanda dengan pen merah.

Senyuman nipis terukir di bibirnya saat melihat tulisan 'well done!' di hujung kertas itu. Apa yang mencuit hatinya adalah sticker Pikachu yang tertampal di tepi tulisan itu.

"Amboi, senyum sampai ke telinga."

Terangkat kepala Jungkook tatkala suara ibunya menyapa lembut telinganya. Spontan senyuman di bibirnya melebar saat bersua mata dengan sepasang mata ibunya itu.

Buku nota milik Yerim ditutup seketika sebelum kerusinya ditarik agar merapati sisi katil ibunya lalu tangan ibunya digenggam lembut.

"Dah lama sampai?" Soal Puan Jeon seraya rambut anak tunggalnya itu diusap lembut.

"Taklah, baru je." Bohong Jungkook. Sedangkan hampir tiga jam dirinya sudah berada di situ.

"Maaf, ibu langsung tak sedar. Dah makan?"

"Dah. Ibu jangan risaulah."

Seketika anak beranak itu hanya berbalas senyuman.

"Study apa?"

"Matematik tambahan."

Terangkat sedikit kepala Puan Jeon mendengar jawapan Jungkook itu, agak terkejut sebelum dirinya tertawa perlahan.

"Ibu bangga dengan kamu.."

Perit tekaknya tatkala mendengar kata-kata ibunya itu. Walaupun senyuman masih kekal terukir di bibirnya namun sepasang matanya mula terlihat berkaca-kaca.

"Kook belum cukup banggakan ibu, ibu tunggu sampai Kook berjaya ya.."

Pinta Jungkook dengan air mata yang mula dirasakan sarat di tubir matanya. Tangan tua ibunya itu dibawa ke pipi, merasakan sendiri telapak tangan ibunya itu yang sudah tak sehangat dulu.

"Ya, ibu tunggu.. Ibu tunggu sampai kamu jadi doktor ya?"

Gurauan ibunya itu disahut dengan tawa namun pada masa yang sama laju saja air matanya mengalir. Dulu, itulah impiannya yang selalu diceritakan pada ibunya.

Sendirian Jungkook duduk di ruangan menunggu di luar wad. Jam dinding di hadapannya dikerling, sudah menginjak ke pukul dua belas malam.

Memandangkan suasana di dalam wad sudah gelap dan sunyi sepi, Jungkook membuat keputusan untuk menyambung ulangkajinya di luar.

Sambil duduk berlunjur di atas kerusi besi itu, Jungkook masih tekun meneliti setiap nota yang dicatat dalam buku nota milik Yerim itu. Sebenarnya termasuk kali ini, sudah kali ketiga dia membaca nota gadis itu tanpa jemu.

Dalam hanya masa sehari, dia sudah dapat menghadam hampir enam bab. Tiga set soalan baru yang Yerim sediakan untuknya hari itu juga sudah dia selesaikan dalam masa dua jam sahaja.

Buku nota itu ditutup buat seketika sebelum sekali lagi dibuka perlahan. Belakang kulit buku itu ditatapnya lama.

Buku ini kepunyaan Choi Yerim, kelas 4-A1. Sekiranya anda terjumpa buku ini tercicir di mana-mana, sila hubungi 01X-XXXXXXX. Terima kasih!

Sebaris nombor telefon itu ditatapnya lama, berkira-kira sama ada hendak menyimpan nombor telefon itu atau tidak. Ego lelakinya menghalang namun hati lelakinya pula berkata lain.

Falling For You | jjkWhere stories live. Discover now