PROLOG

19 2 0
                                    

Aku terus menyandarkan badan pada kerusi kerja usai menyiapkan kerja yang bertimbun di atas meja. Pen di tangan kuletakkan sekali gus merenggangkan tubuh badan yang terasa lenguh.

"Arrgh leganya..."

Setelah berjam-jam bertungkus-lumus, barulah aku bebas. Bebas dari kerja pejabat yang terkumpul selama seminggu.

Aku bermain sebentar dengan kerusiku pejabatku yang boleh berpusing 360 darjah. Siling bilik kupandang kosong seketika sebelum teralihkan oleh bingkai gambar yang terletak atas meja.

Aku tersenyum. Kerusi kuhentikan dari berpusing. Lantas aku menggapainya lalu kutatap.

"Sudah lama tapi masih terasa baru lagi." Ungkapku sekilas.

Aku menyentuh gambar itu perlahan-lahan. Meneliti figura yang tersingkap di balik bingkai nipis itu. Ia adalah aku bersama seseorang. Seseorang yang begitu aku kasihi.

Deringan dari telepon RedMagic milikku menarik aku kembali ke dunia nyata. Aku menoleh sekilas. Tertera panggilan daripada seseorang.

Setelah meletakkan kembali bingkai gambar, panggilan itu terus kuangkat. Butang hijau ku swipe ke atas.

"Assalamualaikum." Ucapku ceria sebelum diam seketika mendengar respon si pemanggil.

"Sudah sampai dari semenanjung? Sejak bila lagi? " Tanyaku pantas sambil melihat sekejap waktu dari teleponku.

"Tunggu abang. Kejap lagi abang datang." Sambungku sambil sebelah tanganku mula mengemas kertas dokumen yang berselerak atas meja.

"Okay-okay. Tunggu situ. Waalaikumussalam." Balasku lalu menyimpan teleponku ke dalam kocek sebaik sahaja panggilan tamat.

Aku menyegerakan tanganku mengemas mejaku. Dokumen dan kertas semuanya kusumbatkan sahaja ke dalam fail. Fail itu kemudiannya ku simpan atas rak di belakangku.

Tanpa berlama, beg bagasi kerja terus kugapai bersama kunci kereta.

••𝓢𝓲 𝓖𝓪𝓭𝓲𝓼 𝓤𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓢𝓲 𝓔𝓶𝓾𝓵𝓸𝓴 ••

Aku setia duduk menunggu atas kerusi kayu yang tersedia di ruang arrival penumpang kapal terbang. Kedua belah tangan kusatukan satu sama lain. Mata pula meliar memandang satu persatu penumpang kapal terbang yang baru sahaja mendarat.

Salah seorang antara mereka adalah orang yang perlu kusambut kedatangannya.

Kesibukan diruang ketibaan itu sesekali mengalihkan perhatianku. Ada yang fokus meneliti beg bagasi di dropping zone. Ada juga yang gembira tak terkata apabila bertemu dengan keluarga.

Aku pula? Semakin berdebar.

Tiba-tiba, bahuku dicuit lembut dari belakang oleh seseorang. Aku lekas menoleh.

"Tengah menunggu ke, Muhammad Arzan?"

Aku serta-merta terasa disambar beribu reaksi. Terdiam. Terpaku. Terkedu.

"Sera?"

SI GADIS UNTUK SI EMULOKWhere stories live. Discover now