Satu semester. Iya satu semester. Satu jangka masa yang panjang bagi aku untuk bertahan memendam perasaan aku terhadap Sera demi menjaga persahabatan antara aku dengan Nawy.
Sejak tersebarnya gosip tentang Nawy sukakan Sera, mereka berdua menjadi rapat antara satu dengan lain. Untungnya, keakraban mereka direstui oleh komuniti kami kerana Nawy dan Sera dianggap serasi. Pasangan yang wajib.
"Nawy dengan Sera serasi cok!"
"Sera cantik, Nawy handsome. Sepadan!"
Tak hanya komuniti, jurulatih kami juga merestui keterdekatan mereka apabila setiap kali ada kerja berkumpulan, mereka berdua pasti akan bersama-sama.
Di mana ada Mawy, situ ada Sera. Hal itu terbukti apabila Nawy dan Sera terpilih dalam jawatan yang sama sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pentadbiran Komuniti.
"Okay anggota. Nawy secara rasminya akan menjadi Timbalan Pengerusi untuk Ahli Jawatan Kuasa Pentadbiran Komuniti." Ucap Tuan Jurulatih diiringi tepukan gemuruh dari anggota komuniti.
"Bagi jawatan Penolong Timbalan Pengerusi pula pihak Pentadbiran bersetuju memilih Sera sebagai penjawatnya."
Serta-merta tepukan lebih gemuruh bergema dalam dewan mini itu meraihkan Sera yang terpilih atau lebih tepatnya, meraihkan gandingan Nawy dan Sera.
Aku yang hanya terpilih sebagai jawatankuasa rendah dan tidak digandingkan dengan orang yang aku suka hanya mampu tersenyum dalam keadaan hati ini diserbu pelbagai rasa.
Cemburu? Ada tapi aku pendamkan. Aku tak layak untuk cemburu dan dengkikan rezeki mereka berdua.
Aku akui. Nawy seorang yang bertanggungjawab. Beradab dan memiliki ciri-ciri kepimpinan yang layak untuk jawatan itu. Ada rupa yang kacak dan handsem. Sesuai menjadi ketua yang dibantu oleh Sera yang jadi rebutan ramai.
Bagaimanapun, itu belum cukup untuk menguji aku yang sedaya upaya bertahan demi dua kepentingan. Menghargai persahabatan dan merelakan asalkan dia bahagia.
Persahabatan aku dengan Nawy diuji apabila Nawy dan Sera mula akrab. Ke mana-mana mesti bersama-sama.
Rapatnya Nawy dan Sera menarik minat anggota lain untuk berteman. Siapa saja yang tak nak berkawan dengan pasangan idaman ramai? Bagai pinang dibelah dua.
"Kau keluar ke tadi?" Tanyaku sebaik sahaja Nawy keluar seharian.
"Haah"
"Dengan siapa?" Tanyaku inginkan kepastian walaupun aku sudah tahu dengan siapa.
"Dengan member kelas aku."
Sejak itu aku tahu, Nawy mula menipu aku. Nawy dan Sera tidak sekelas. Aku tak tahu apa niatnya. Sama ada dia tak nak aku tahu yang dia semakin rapat dengan Sera atau dia tak nak aku kecewa kalau dia bercakap jujur.
Berat. Iya sangat berat.
•• 𝓢𝓲 𝓖𝓪𝓭𝓲𝓼 𝓤𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓢𝓲 𝓔𝓶𝓾𝓵𝓸𝓴 ••
"Arzan."
"Hmmm?"
Sahutku sambil berjalan beriringan dengannya.
"Aku nak tanya ni."
Aku tersenyum dengan pernyataannya. "Tanya ja Nawy. Kau bukan kenal aku sehari dua."
"Kalau perempuan tu selalu tanya macam-macam dekat kita, itu tanda dia suka dekat kita ek?"
Senyumanku mati sepantas kilat tetapi cepat-cepat aku sembunyikan.
"Sera banyak tanya kat kau ke?"
"Haah"
Aku menghela nafas berat. Dengan berat hati aku mengangguk. Namun, sedaya upaya aku membuat reaksi seakan tidak ada apa-apa yang berlaku.
YOU ARE READING
SI GADIS UNTUK SI EMULOK
عاطفيةArzan, pemuda dari kaum Sungai yang merantau ke Semenanjung Malaysia demi pelajaran, diam-diam menyimpan perasaan terhadap seorang gadis bernama Sera. Namun, dia bukanlah satu-satunya yang jatuh hati - Sera menjadi dambaan ramai, termasuk sahabatnya...