EPILOG

8 1 0
                                    

Telepon ku berbunyi sesaat tanda notifikasi aplikasi WhatsApp masuk ke dalam mesej perbualan aku. Aku yang tadinya asyik membuntuti Suha, berhenti sekejap di laluan kedai sederet dalam pusat beli-belah di IOI City.

Telepon aku keluarkan dan mesej aku periksa. Satu mesej daripada Izar, rakan senegeri Arzan. Aku rasa pelik.

Tak pernah-pernah Izar ni mesej aku, getusku dalam hati.

Mungkin sedar aku tidak mengejarnya, Suha datang mendekati aku. Dia berdiri di belakang.

"Kenapa tu?" Tanyanya sambil mencuri pandang.

"Izar ni ha. Dia hantar aku mesej tiba-tiba."

"Aik? Tak pernah-pernah dia hantar."

"Tu ah tu."

"Dia hantar apa?"

Aku menekan mesej perbualan. Ianya sebuah video.

"Dia hantar video."

Suha kelihatan berminat. Dia mendekatkan kepala agar dapat melihat jelas.

"Cer buka."

Aku menekan. Video itu berputar sekejap sebelum mula dimainkan. Aku terkejut.

"Eh? Tu video Arzan la..." Komen Suha.

Aku hanya diam. Fokus melihat video yang dihantar oleh Izar.

"Lihatlah kawan-kawan, ciri-ciri orang yang kecewa sebab cinta, dengan kucing pun dia bawa bercakap." Kedengaran suara Izar mengusik dalam video.

Kucing? Aku memerhati video ber-POV kan Izar. Kulihat Arzan dengan bermain-main dengan kucing berbulu Garfield.

"Iiii ada Si Belang la!" Suha kelihatan teruja.

Aku tersenyum. Dalam hati aku memuji sikap Arzan yang masih menjaga Si Belang dengan baik.

"Kau diamlah Izar. Kau sudah kahwin bolehlah kau cakap begituu. Aku ni? Siapa yang mahu? Kan, Belang?"

Arzan kelihatan mengusap-usap leher Si Belang dengan penuh kasih sayang. Kedengaran Izar ketawa.

"Hahahaha! Teruk betul single kau. Siapa gadis yang buat kau jatuh hati seangau ini?"

Azran kelihatan tersenyum, lama sebelum menjawab.

"Sara Nafira."

"Cieee.." Izar heboh kedengaran dari corong radio telepon. Suha juga sama. Dia menjerit kecil di sebelahku.

Aku menjeling. Suha tersengih.

"Ngamlah aku teraakam video ni, aku hantarlah sama Sera." Beritahu Izar lalu ketawa kecil.

Arzan menoleh ke arah kamera.

"Oiiii! Kau rakam aku ka?" Azran menyoal.

Izar tidak menjawab dan hanya ketawa. Dia terus berlari meninggalkan Azran, dapat dilihat dari gegaran yang berlaku dalam videonya.

Azran bangun dan berlari mengejar!

"Woii! Padam video itu bongok!!"

Video berhenti setakat itu. Durasi kembali ke angka kosong. Aku tersenyum, Suha pula ketawa.

"Ada-ada saja mereka berdua ni." Ulas Suha sebelum bergerak mendahului aku di hadapan.

Aku pula diam seketika. Senyum yang terukir berubah. Perlahan aku menyimpan telepon.

"Dia rindu aku..." Gumamku. Aku melangkah dan mengejar Suha yang agak jauh di depan.

"...tapi mesej aku sampai sekarang masih tidak dibalas."

SI GADIS UNTUK SI EMULOKWhere stories live. Discover now