SARA

8 1 0
                                    

Entah kali ke berapa aku melihat mesej yang telah aku hantar tiga minggu yang lalu untuk melihat sama ada sudah bertanda biru ataupun tidak, sayangnya sampai sekarang ia masih bertanda kelabu. Bermakna sudah sampai hanya saja belum dibaca.

"Arzan masih marahkan aku ke?" Soalku dalam hati.

Aku menghela nafas berat. Sudah tentulah dia masih marahkan aku. Aku kenal perangai Arzan. Dia seorang yang fast reply. Apa yang aku lihat sekarang, ini bukan sifat dia yang sebenar.

Mengenang mesejku membawa berita kecewa, telepon itu aku letak atas meja sebelum menghirup Avocado Milk kegemaranku. Perbuatanku menarik perhatian Suha.

"Masih tidak ada balasan ke?"

Aku menoleh dan menggeleng kepala. Air dalam mulut aku teguk.

"Haah."

Suha tersenyum kecil.

"Kau rasa dia marahkan aku ke?"

"Siapa?"

"Arzan."

Suha kedengaran menghela nafas panjang. Dia memandang aku semula.

"Tak tahu lah Sera. Mungkin."

Aku dilanda serba salah mendengar pendapat Suha.

"Aku tak patut buat dia macam tu." Luahku rasa bersalah.

"Tahu pun kau. Kau dah tahu Arzan tu suka kan kau, kau bagi harapan lagi apa pasal? Kan dah kecewa member tu." Marah Suha tiba-tiba.

Dia aku pandang.

"Aku nak berkawan dengan dia je."

Suha tersenyum sinis.

"Kawan? Kawan sampai buat dia letak perasaan? Menunggu kau? Itu bukan nak berkawanlah Sera. Itu lebih daripada kawan, tau tak."

Aku memuncung mulut. Terasa hati bila disindir sedemikian rupa. Aku bukannya sengaja.

Suha yang berniat hendak menyuap makanan, kembali meletak sudu dan garfu atas pinggan. Aku kembali dipandang.

"Tapi, semuanya terpulang dekat kau Sera. Pilihan kau. Soal Arzan, usahlah kau fikirkan. Kau dah pilih Nawy bukan? Minggu depan majlisnya pun."

Aku melempar pandangan ke arah luar. Melihat kenderaan lalu lalang atas jalan raya.

"Tapi aku takut lah Suha." Balasku jujur.

"Takut sebab?"

"Salah memilih."

Suha terdiam sebaik sahaja aku menoleh. Aku dipandangnya lama.

"Baik kau jujur Sera. Kau sedia tak nak kahwin ni?"

"Sedia."

"Dah tu?"

"Aku rasa kesian dekat Arzan."

"Dah kenapa pula?"

"Sebab dah bagi dia harapan."

"Yaaa Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah kejernihan akal kepada kawan aku ini. Aku dah pening membantu dia ni Ya Allah." Suha berdoa. Berserah dengan keraguanku yang memeningkan kepalanya.

Suha memandang aku. Dia menarik nafas lalu menghembuskan ya semula. Dia tersenyum.

"Okay macam ni la Sera. Antara Nawy dan Arzan, mana satu yang kau rasa selesa?"

Aku menarik nafas dalam.

"Dua-dua buat aku selesa."

Suha terus menepuk dahi.

SI GADIS UNTUK SI EMULOKWhere stories live. Discover now