ARZAN

9 1 0
                                    

15 tahun lepas...

"Lumrah anak muda. Naik usia baru, pergi merantau itu menjadi satu perkara yang pasti."

Nasihat atuk Ki usai aku bersalam tangan dengannya. Kepalaku diusap lembut dengan riak wajah yang redup.

Aku tersenyum kelat. Terpaksa kerana aku tak ingin kesedihan yang terpendam menambahkan lagi rasa berat hati dalam diri atuk Ki. Aku tau dia tak ingin sebenarnya aku pergi.

"Baik Ki. Aku dengar nasihatmu bila sampai di sana nanti."

Tiba-tiba, ayahku datang berdiri di belakangku. Bahuku ditepuk lembut.

"Belajar betul-betul. Ada cuti, balik kalau boleh."

Aku menangguk sebelum dia juga aku salami. Beg bagasi sederhana besar aku gapai.

"Aku pergi dulu. Jumpa lagi Pak, Ki." Kataku mengucapkan kata perpisahan.

Mereka berdua menganggukkan kepala.

"Sampaikan salam pada nenek dan mama" Tambahku lagi sebelum berlalu pergi bersama penumpang lain yang mungkin pergi ke tujuan yang sama denganku.

"Ke Semenanjung..."

•• 𝓢𝓲 𝓖𝓪𝓭𝓲𝓼 𝓤𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓢𝓲 𝓔𝓶𝓾𝓵𝓸𝓴 ••

Merantau ke semenanjung bukanlah mudah bagiku yang baru pertama kali. Namun, lama kelamaan, perkara asing dan baru bertukar menjadi biasa. Hari ini, sudah genap satu semester aku di Tanah Semenanjung yang jauh terpisah oleh laut dari tanah Borneo.

Bahasa, budaya, bangsa dan cara hidup memang berbeza dari apa yang aku ketahui sedia ada dari tanah kelahiranku. Namun, itu tidak dijadikan penghalang untuk aku membiasakan diri dan berdikari di tempat orang.

Bak kata pepatah,

"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."

Pemuda yang duduk di sebelahku laju menoleh. Dahinya berkerut memandang aku.

Reaksinya kubalas dengan kening terangkat. "Itulah jawapan untuk soalan itu. Tulislah."

"Kau biar betul?" Soalnya tidak percaya.

Aku tersenyum kecil. "Aii, betul. Tidak kau percaya? Manalah."

Agak lama kami berdebat kecil, akhirnya dia mengalah. Jawapanku ditulis pada tempat kosong.

"Kalau salah, kau aku ketuk."

Aku menepuk bahunya untuk menyakinkan.

"Nda akan salah tu. Percayalah. Orang Borneo ni bos."

Seperti yang aku katakan, jawapan itu betul sebaik sahaja juri pertandingan memberikan satu mata untuk kumpulan kami. Dia gembira bukan main.

"Kau betul doh! Gila la! "

"Aku sudah cakap. Jawapan tu betul. Kau nda percaya. Aku bab peribahasa ni. Celah gigi ja."

Dia tersengih besar. Usai menyertai pertandingan sukaneka rawak yang diadakan dalam Mall I-City Central, kami berdua pun berlalu pergi.

"Kau nak makan ke Zan? Aku lapar ni." Tanya kawanku sebaik sahaja melalui restoran KFC.

Aku melihat ke dalam restoran yang agak lenggang itu sebelum memandang dirinya bersilih ganti. Tak percaya.

"Kau mau makan?" Tanyaku.

Dia mengangguk.

"Restoran ni?" Restoran KFC itu aku tunjuk dengan jari.

SI GADIS UNTUK SI EMULOKWhere stories live. Discover now