PROLOG

8 1 0
                                    

"Sera...?"

Sera tersenyum manis melihat diriku.

"Lama tak jumpa. Apa khabar?"

Aku pantas kembali ke alam sedar sebaik sahaja ditanya soalan. Kedua belah pipi terus aku tepuk.

Sedar Arzan! Sedar!

Sera ketawa kelucuan dengan tingkah laku aku. Dia mendekati kerusi yang aku duduk sambil mengheret bagasi sebelum dibiarkan di tepi. Sera menghenyak punggung di sebelahku.

Aku terus dilanda rasa berdebar dengan kedudukan antara aku dengan Sera yang begitu dekat.

"Soalan aku kau masih tak jawab lagi." Kata Sera lalu memandang ke arahku.

Aku juga memandangnya. Dengan keberanian yang ada, aku menjawab.

"Aku sihat. Alhamdulillah."

Eiii aku nervous bongok jumpa crush!!

Sera tersenyum. "Alhamdulillah."

Suasana kembali sunyi. Kami berdua terus duduk dalam keadaan sedemikian untuk beberapa ketika sebelum Sera bersuara lagi.

"Dah lama kan kita tidak berdua macam ni?"

Aku mengangguk. "Iya."

"Tak rindu kenangan lama?"

Aku tersenyum segan dengan soalan tak terjangka itu.

"Arzan rindu tak?" Tanya Sera lagi sengaja mengusik.

"Rindu."

Kami berdua ketawa. Tiba-tiba, seorang budak lelaki usia 5 tahun berlari ke arah kami berdua.

"Ayah!!"

Budak itu terus memeluk aku dengan erat. Aku teruja. Dia adalah anakku. Muhammad Azraii Nuqman.

"Anak ayah!!" Sebutku dengan gembira sebelum mengangkatnya lalu membawa ke dalam pelukan. Azraii kupeluk erat sekali. Rindu yang terpendam kulepaskan terus.

Tanpa kusedari seorang wanita mendekati sambil membawa dua bagasi beg.

"Azraii ni! Tak sabar nak jumpa babah dia. Nak kene cubit ni!" Marah wanita itu.

Aku hanya tersenyum. Pelukan ku kepada Azraii aku leraikan.

"Biarlah dia. Dia rindu babah dia juga." Belaku sambil menghulurkan tangan kepadanya.

Wanita itu mencebik. Salamku disambut.

"Bela lagi la budak tu. Sesuailah dengan perangai abang. Bapa borek anak rintik." Sindirnya lembut. Aku ketawa kecil sambil memandang Sera di sebelahku. Sera juga ikut ketawa.

Wanita itu kemudian mengalihkan pandangan ke arah Sera yang masih duduk di sebelahku.

"Aih kak! Laju jumpa suami bukan kata nak ke tandas semula ke sebab ada barang tertinggal?" Tegur wanita itu sambil bersilang lengan. Kening diangkat ingin tahu.

Sera ketawa kekok. "Hahaha, betul. Akak nak ke tandas tadi. Tapi, belum sempat patah balik, barang yang dicari dah jumpa. Cari kamu berdua, dah tak ada, tu yang akak terus je ke sini."

Wanita itu menggeleng. Keluhan berat terhela.

"Ingatkan anak je yang tak sabar. Mak dia pun sama juga."

Aku memandang Sera.

"Boleh tahan juga sayang ni."

Sera hanya mengangkat bahu. Aku menggeleng kepala lalu bangkit dari kerusi.

"Kamu dah sampai kan? Jom balik. Bapa menunggu tu di rumah."

Sera juga ikut berdiri. Bagasi di tepi dicapai. Wanita itu juga sama tetapi aku tahan.

"Satu lagi biar abang bawa. Adik bawa bagasi Azraii je." Arahku.

Adikku menurut. Tiba-tiba Azraii merayu ingin ikut makcik dia jalan sekali. Aku pun biarkan sahaja. Kami pun beredar pergi ke kereta didahului oleh adikku dan anakku meninggalkan aku dengan Sera.

"Barang apa yang hilang tu isteriku?"

Sera mencapai sesuatu dari handbagnya. Keychain anjing putih ditunjukkan kepadaku.

"Yang ini. Nasiblah tak hilang. Huhu."

Aku tersenyum. Poket seluar aku seluk. Keychain anjing coklat aku keluarkan. Kemudian kudekatkan kedua-duanya. Melekat.

"Akhirnya, jumpa pun dia dengan isterinya. Sara Nafira. Crushnya."

Sara tersenyum senang. Kami dua berpegangan tangan. Aku bahagia tak terkata dengan apa yang ada sekarang.

Hingga sekarang, aku masih tak sangka Sera telah menjadi isteri aku selama 5 tahun.

Seperti inikah yang dinamakan jodoh dalam sabar? Semudah itu?

Tidak kawan. Masih banyak lagi yang perlu aku lalui untuk dapatkan gadis aku, Sera.

SI GADIS UNTUK SI EMULOKWhere stories live. Discover now