"Yahooo!! Bukit Kanching!!"
Terjun beberapa komuniti lelaki diikuti Nawy ke dalam air terjun yang dingin. Riuh rendah suara mereka mengisi suasana sekitar. Mereka berseronok sepuasnya selagi pengunjung belum ramai yang datang untuk melakukan aktiviti yang sama.
Sementara mereka mandi, aku mengambil masa untuk mengambil gambar serta beberapa footage video untuk vlog sendiri.
Aku tidak seorang. Ada Sera serta rakan komunitinya.
"Cantik kan Arzan pemandangan dekat sini?" Puji Sera sebaik sahaja kami berjaya naik ke aras 4.
Aku mengangguk tanda setuju sambil mengambil gambar yang aku rasakan okay. Pada masa yang sama, Sera meminta kawannya untuk mengambil gambar dirinya.
Aku yang baru saja selesai mengambil gambar memandang dia. Tanpa sedar, aku memandang tingkah lakunya yang lucu dengan penuh minat hingga tak sedar aku mengambil gambar secara diam-diam.
Sialnya. Aku lupa tutup flash lampu teleponku membuatkan Sera tersedar. Dia ketawa.
"Arzan kalau iya pun nak gambar curi, tutuplah flash tu. Hahahaha."
Aku menunduk dan tersenyum malu. Bikin malu siakkk.
Tidak lama kemudian, Sera mendekatiku. Tanganku diheret oleh tangannya yang berlapik lengan baju.
"Jom bergambar." Ajaknya.
Aku dibawa berdiri di sebelahnya membelakangi air terjun yang mengalir dari aras 5. Kedudukan kami agak rapat lalu aku menjauh sedikit.
"Janganlah jauh-jauh. Tak cantik gambar." Tegur Sera apabila dia sedar perbuatanku.
Aku pun akur dengan kehendaknya. Kami berdua memandang ke arah kawan Sera yang menjadi jurugambar tak berbayar kami.
"Kalau korang dua buat big love cantik ni." Cadang kawannya.
"Yeke? Jom buat Arzan!"
Aku memandang Sera yang sama tinggi dengan aku.
"Macam mana tu?"
Dia memandang aku. Mata kami bertembung. Seketika sebelum Sera beralih memandang tanganku dan menyuruh aku meniru gayanya.
Aku hanya menurut kerana waktu itu, kurasakan dunia sekarang berjalan lambat. Suasana bertukar sunyi. Seolah hanya ada aku dengan Sera di depan mataku.
"Macam tu Arzan. Mantap."
Sera memandang ke hadapan. Aku juga sama.
"Okay ready...."
"1"
"2"
"3"
"Chesse!" Sebut Sera diikuti bunyi kamera.
Dari situ, sekeping gambar lahir. Keping gambar itulah aku pegang sampai kami balik ke universiti.
YOU ARE READING
SI GADIS UNTUK SI EMULOK
RomansaArzan, pemuda dari kaum Sungai yang merantau ke Semenanjung Malaysia demi pelajaran, diam-diam menyimpan perasaan terhadap seorang gadis bernama Sera. Namun, dia bukanlah satu-satunya yang jatuh hati - Sera menjadi dambaan ramai, termasuk sahabatnya...