Kalau dibandingkan aku, rasa perit yang dialami oleh Nawy, rasanya tak mampu aku tandingi. Aku mungkin kecewa kerana aku tak berpeluang untuk dekat dengan Sera dan dipilih untuk rapat dengan crush aku sendiri.
Namun, setidaknya aku masih kosong effort terhadap apa yang aku rasa untuk Sera. Tak seperti Nawy. Dia dah buat macam-macam untuk Sera.
Bagaimana aku tahu? Sudah tentu aku nampak dengan mata sendiri.
Ya. Walau aku dengan Nawy dah tak rapat seperti kami mula kenal dulu, kami tetap bersahabat. Sahabat sejati? Mungkin.
Biarpun kami mungkin bersaing kerana seorang perempuan, kami tetap menjaga hati masing-masing. Akrab semampu boleh demi menjaga persahabatan walau kata orang spark nya dah tak ada.
Oleh kerana itu, aku masih tahu se-effort apa Nawy untuk Sera yang sanggup buat apa saja untuk Sera.
Pernah sekali, Nawy belikan makanan dekat Foodfest untuk Sera walaupun gadis itu hanya beritahu dia nak kan makanan tu dan bukan minta tolong belikan.
"Dua kau beli? Untuk siapa?" Tanyaku.
"Untuk member. Dia minta aku belikan. Tunggu sini tau. Aku nak bagi kawan aku kejap dekat Dataran Cendekia." Balasnya.
Aku tahu dia bohong sebab pada malamnya, heboh di kediaman komuniti lelaki, Nawy belikan Sera makanan.
Kecewa jugalah waktu itu tapi sekarang, aku rasa kasihan pula. Walaupun antara aku dengan Nawy, adanya persaingan hebat untuk dapatkan Sera, bila tahu Sera sebenarnya sejak awal sudah ada boyfriend, aku lebih kasihankan sahabat aku Nawy.
Bayangkan, dah effort macam-macam. Kemudian, dah ada yang punya. Menjadi rumah singgah pula. Pergh sakitnya bukan main.
Aku pun terfikir membuat keputusan untuk lupakan rasa yang ada dalam diri ini. Sedar diri bahawa Sera itu sukar untuk aku miliki.
Andai dia tak berpunya, pasti Nawy yang padan dengannya, sahabat aku sendiri yang aku akui, Perfect 10 dan sesuai untuk Sera.
Aku? Seorang lelaki introvert biasa yang ada rupa kebanyakan dan asal dari Borneo. Masuk senarai taste Sera pun tak tersenarai rasanya.
Sejak itu, aku cuba kurang mengambil tahu hal berkaitan Nawera ship. Namun, keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.
Sejak tahu Sera sudah berpunya, keakraban Nawy dan Sera perlahan-lahan pudar. Tak rapat seperti dulu dan bertukar dingin antara satu dengan yang lain.
Aku sedar keadaan itu tetapi aku abaikan. Pertama kerana aku tak nak masuk campur. Kedua bukankah situasi ini yang aku suka? Peluang? Tapi sekadar rasa, tapi aku tak maksudkan sangat.
Nawy mengisi kesedihannya dengan akrabkan diri dengan gadis komuniti yang lain. Aku tahu dia berusaha untuk hormat pasangan Sera. Aku pasti walaupun Nawy tak pernah luahkan perasaan terpendam
Berkali-kali aku ingatkan, aku ada untuknya. Namun tak pernah dia mengutarakan isi hati melainkan aku bertanya.
Sejahat aku, aku tak pernah lagi cuba khianat sahabat ku sendiri terutamanya yang paling aku hargai.
Tapi, seperti itulah keperibadian Nawy. Lebih selesa memendam masalah berbanding luahkan kepada orang. Syukur, Allah anugerahkan aku, sifat yang boleh mengetahui apa sahabat aku rasakan.
"Kau layak dapatkan yang lain Nawy. Carilah perempuan yang suka kan kau seperti kau suka kan dia. Kalau kau mau meluah, ada masalah, cerita ja dekat aku. Aku ada untuk kau." Kataku setiap kali perbualan kami mengarah ke topik yang berkaitan dengan Sera.
YOU ARE READING
SI GADIS UNTUK SI EMULOK
RomanceArzan, pemuda dari kaum Sungai yang merantau ke Semenanjung Malaysia demi pelajaran, diam-diam menyimpan perasaan terhadap seorang gadis bernama Sera. Namun, dia bukanlah satu-satunya yang jatuh hati - Sera menjadi dambaan ramai, termasuk sahabatnya...