chapter 7

695 25 2
                                    

katherine mengemas bukunya lalu dimasukkan kedalam beg galasnya. segala buku nota, buku teks dan juga fail nipis dimasukkan kedalam beg tersebut. hanya tinggal fail besar sahaja dipegang dengan tangan.

"aku masuk lewat sikit tau, aku nak makan dulu", ujar adriana lalu beredar dari kelas itu.

katherine mengangguk faham. beg galasnya digantung pada kedua belah bahunya. fail tebal yang berada diatas meja dicapai lalu dia pun beredar dari kelasnya dan menuju ke perpustakaan.

sesampai sahaja dia diperpustakaan, dia menanggalkan kasutnya sebelum masuk kedalam.

"eh lewat awak harini", ujar rissa yang sememangnya menanti ketibaan katherine sejak tadi.

katherine senyum saja. "extra class tadi".

rissa mengangguk faham dan tidak meneruskan perbualannya. hal ini kerana terdapat beberapa orang junior yang bertugas hari ini. apa pulak yang mereka kata nanti.

sebaliknya, dia hanya melihat katherine dari jauh saja. buku buku yang ada pada rak bacaan tersebut disusun mengikut ketinggian.

"eh asal terbalik eh?", soal rissa sendirian. dia mengeluarkan kamus tebal yang berada dihujung kiri rak itu. namun, amat sukar baginya kerana buku yang ada pada barisan rak itu disusun padat dan cukup cukup sahaja.

rissa mengeluarkan sepenuh tenaganya untuk menarik kamus tersebut dan akhirnya dia berjaya. namun, beberapa buah kamus ikut serta lalu terjatuh pada kepala rissa.

"ADUH!!", jerit rissa.

katherine yang sibuk mengisi tugas yang dilakukan dalam fail tugasan harian itu segera menoleh kearah rissa yang sudah terduduk diatas lantai itu.

"rissa, okay tak tu?", soal katherine. dia segera mendekati tubuh rissa yang terduduk itu.

beberapa orang pengawas junior hanya sekadar melihat kejadian itu. mereka agak kurang berkomunikasi dengan senior mereka. jikalau ada perkara yang mustahak aje baru mereka berinteraksi.

"okay tak ni?", soal katherine. dia memandang kearah rissa yang mengusap dahinya itu.

"okay, tapi sakit", balas rissa.

katherine segera mencapai minyak angin yang ada pada poket baju kurung sekolahnya. dia memegang belakang leher rissa membuatkan rissa rasa meremang seketika.

"sini, saya letakkan minyak angin", ujar katherine.

rissa hanya menatap wajah katherine yang sibuk menyapukan minyak angin pada dahinya itu. jarak antara mereka begitu dekat sehinggakan rissa dapat rasa deruan nafasnya.

"lain kali hati hati", ujar katherine sambil menatap wajah rissa. rambut rissa yang terurai dihadapan itu diselit pada telinganya.

rissa tidak berganjak pada posisinya. sebaliknya dia hanya menatap lama wajah katherine yang berada di hadapannya. sungguh dia terpegun dengan kecantikan yang ada pada katherine.

"kath", panggil rissa perlahan.

"yes?", balas katherine.

"you're so pretty", ujar rissa sambil tersenyum.

katherine hendak membuka mulutnya namun dia membatalkan niatnya sebaik saja dia mendengar pintu perpustakaan itu dibuka.

"ha buat apa tu? jangan nak bercinta eh kat sini amelia katherine", tegur adriana yang baru saja masuk.

"manade bercinta, ada ada jela kau ni", balas katherine lalu berdiri. dia membantu rissa untuk berdiri juga. dia mengatur rambut rissa yang terurai kehadapan itu.

"kalau tak dapat buat kerja, rehat dekat ruang santai okay?", pesan katherine lalu pergi kearah adriana yang sedang membelek belek file tugasan harian itu.

rissa hanya memandang gerak geri katherine dari jauh. seketika dia tersenyum. hatinya melonjak gembira apabila melihat wajah katherine.






seminggu kemudian...


"mak siah, mana bahan bahan nya tadi?", soal rissa sambil menghidupkan api di dapurnya itu. dia memasukkan mentega lalu dicairkan sebelum meletakkan bawang putih kedalamnya.

"ada ni, kejap ya nak", ujar mak siah, yang merupakan orang gaji dirumahnya itu.

mak siah mengambil udang yang telah digoreng sebentar tadi lalu diletakkan pada meja masak yang disediakan itu. daun kari, cili, susu sejat serta serbuk perasa turut diletakkan diatas meja.

"rajinnya rissa memasak harini, bangun awal pulak tu", ujar mak siah.

rissa tersenyum.

"rissa nak masak untuk kawan rissa, rissa nak dia rasa masakan rissa ", ujarnya sambil memasukkan bahan bahan yang ada kedalam kuali tersebut.

"ooo kawan tu, laki ke perempuan?", soal mak siah yang ingin tahu. dia tersengih sengih.

tak pernah lagi dia lihat rissa rajin masak untuk rakan rakannya. dan inilah kali pertama dia melihat gadis tersebut giat memasak.

"ish mak siah ni, mak siah lupa ke sekolah rissa tu semua perempuan?", soal rissa.

"eh haah juga, lupa pulak mak siah", balas mak siah sambil menepuk dahinya yang sudah berkerut itu.

rissa tertawa. ada ada je mak siah ni.

"dia tu special sikit mak siah, dia baik dekat rissa, dia layan rissa dengan bagus, sebabtu dia dapat rasa masakan rissa", ujar rissa.

"ooo siapa nama dia?", soal mak siah yang ingin tahu gadis itu dengan lebih dalam.

"nama dia katherine, cantik orangnya mak siah. dahla pandai, bersukan pula tu. semua lengkap lah", jelas rissa.

mak siah mengangguk faham. sejak dua menjak ni, dia nampak rissa berubah menjadi lebih gembira. mungkin, kedatangan katherine telah mengubah anak kecil yang dulunya bersedih sepanjang masa menjadi sehappy ini.

"baguslah rissa, mak siah suka tengok rissa happy macamni, makin ramai lah kan kawan rissa", ujar mak siah.

rissa tersenyum lagi. tak henti tersenum apabila dia memikirkan pasal katherine.

"memang ramai kawan rissa, tapi dia the one and only. too special for me", ujar rissa.

mak siah sekadar mengiyakan kata kata daripada rissa. rissa kelihatan gembira dengan dunia kecilnya itu.

sungguh dia pun turut bahagia melihat anak jagaannya itu gembira seperti mana dia gembira sewaktu kecil dahulu.

mak siah sudah bekerja selama 20 tahun sebagai orang gaji di rumah ini. dia lah orang yang menjaga, memberikan kasih sayang kepada rissa.

ibu bapanya tidak pernah memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada gadis kecil itu. oleh sebab itulah, dia gembira melihat keadaan rissa yang sudah happy semula itu.

"mak siah, boleh tak tolong rissa pack makanan ni lepasni? rissa nak mandi. risau lambat hehe", ujar rissa sambil tersengih.

"boleh je, rissa mandi lah eh. ni biar mak siah tolong", ujar mak siah lalu mengambil alih tempat rissa.

rissa tersenyum. "thank you mak siahh, sayang mak siah".

tubuh mak siah dipeluk erat. rissa sudah menganggap mak siah sebagai ibu kedua dalam hidupnya. apa apa yang berlaku dalam harinya disekolah, pasti mak siah tahu.

kerana gadis kecil itu tidak pernah meluahkan segala perasaan terpendamnya pada parentsnya. sebaliknya, mak siah merupakan tempat luahannya dan safe place baginya untuk meluahkan segala galanya yang terbuku dihati.

"mak siah sayang rissa juga"..









bersambung...







Larissa Damia [gxg]✅️Where stories live. Discover now