chapter 3

464 26 1
                                    

syefa mundar mandir dalam biliknya itu. dia berfikir bagaimana mahu memberitahu rissa bahawa dia perlukan ruang untuk membuat presentation?

sesungguhnya dia sangat malu untuk membuat presentation dihadapan rissa. lagipun mereka tak serapat mana pun. syefa ni introvert orangnya, tiap kali bercakap pun confirm rissa yang keluarkan topic percakapan. kalau tak, memang diamlah bilik ni.

pintu dibuka dan kelihatan rissa yang masuk. syefa menggigit kukunya. dia berasa berat mulut untuk bercakap kepada rissa mengenai perkara tersebut.

rissa meletakkan pencuci mukanya didalam baldi kecil yang berisi syampoo, mandian dan sewaktu dengannya.

dia berdiri dihadapan cermin sambil mengelap wajahnya yang baru sahaja dicuci sebentar tadi. sebaik saja dia membuka matanya, dia terkedu melihat syefa yang berada di belakangnya itu.

"ish, terkejut saya", ujar rissa sambil mengusap dadanya.

dia menoleh kearah syefa. ketinggian mereka sangat jauh bezanya. macam biasa, rissa akan menjadi orang yang pendek dalam setiap perkenalannya bersama orang baharu.

"rissa", panggil syefa.

rissa sekadar mengangkat keningnya.

"sebenarnya, saya...nak buat presentation online, so... uhm, boleh ke saya nak masa bersendirian dalam bilik? kejap je", ujar syefa dengan teragak agak.

sungguhpun dia tua setahun daripada rissa, dia tetap teragak agak untuk memulakan perbualan.

rissa tersenyum lalu mengangguk.

"thank you tau, and sorry", ujar syefa sambil menundukkan badannya.

"sokayy, saya faham", balas rissa lalu menuju ke almarinya.

hoodie berwarna navy blue itu dicapai lalu dipakai. rambutnya yang belum diikat itu segera dibuat gaya messybun saja.

"nanti saya dah siap saya chat", ujar syefa.

rissa mengangguk lalu tabik kearah syefa, tanda dia menerima arahan tersebut.

"goodluck present!!", ujar rissa lalu beredar dari biliknya itu.

selipar jepun miliknya dipakai lalu dia berjalan menuju ke tangga yang tidak jauh dari biliknya itu.

setelah turun kebawah, rissa segera duduk dibangku yang disediakan. nak pergi ke bilik vallerie dan fatin, agak jauh ya. dia malas nak jalan kaki.

beam pula? lagilah tak. dia pernah accident bawak beam. so agak trauma nak naik semula.

rissa mengeluh perlahan. dia memandang kearah mini mart yang ada dihadapannya itu. ramai pelajar lalu lalang. ada juga yang baru balik kelas dan ada juga yang pergi untuk membeli barangan keperluan serta makanan.

rissa meletakkan phonenya diatas meja. notification yang masuk dibaca satu persatu.

selalunya rissa akan baca dulu semua chat dari notification bar sebelum reply kepada sang penghantar itu.

tiba tiba, dia mendengar bunyi enjin kereta mendekatinya. rissa tidak menghiraukan perkara tersebut sebab normal lah kan? kereta parking di hadapannya. sebab itu memang tempat parking staff pun.

"rissa", panggil satu suara yang membuatkan rissa segera menoleh kearah empunya suara itu.

dia memandang kearah amni yang berada dalam kereta ativa berwarna hitam itu. kelihatan amni melambai lambai kearahnya.

argh, apa yang amni buat kat sini??

tanpa berbasa basi, rissa segera datang mendekati kereta amni. cermin tingkap kereta itu diturunkan sehingga habis. amni tersenyum memandang kearah rissa yang mendekatinya itu.

Larissa Damia [gxg]✅️Where stories live. Discover now