chapter 6

819 29 1
                                    

4 tahun lalu...




rissa menguap di dalam perpustakaan tersebut. minggu ini merupakan gilirannya untuk bertugas. dia mencapai beberapa buku yang diletakkan diatas kaunter perpustakaan itu lalu menyusun buku tersebut pada rak yang berkenaan.

sempat juga dia usya usya kath yang berada di ruang santai perpustakaan itu. hari ini, sikit saja yang datang betugas kerana ada yang training untuk hari sukan dan sebagainya.

jadi, hanya ada rissa, katherine, adriana dan sorang lagi junior. aira pula cuti harini, so diasorang je takde kawan dekat perpustakaan itu.

setelah siap menyusun buku, rissa segera duduk di meja kerana tiada apa yang harus dia lakukan lagi.

badannya terasa penat. mana taknya, dua tiga hari ni tak berhenti study bagai nak rak. tidur tak cukup, rehat tak cukup. ni pulak terpaksa stay back dekat sekolah semata mata untuk bertugas dan juga melihat katherine.

rissa mengeluh perlahan. dia meletakkan kepalanya pada meja. perlahan lahan dia menutup matanya. belum lama rasanya rissa memejam matanya, dia merasakan ada seseorang memerhatikan dirinya.

perlahan lahan rissa membuka matanya lalu terkejut. tubuhnya merefleks mengundur ke belakang.

"awak okay tak ni larissa?", soal katherine. bahu rissa dipegang perlahan.

"o-oh, uh saya o-okay je", balas rissa dengan gagap sekali. mana taknya, crushnya berada didepan matanya kot.

gadis berkaca mata itu tersenyum comel. senyumannya sudah tentu memberikan effect yang besar kepada rissa. rasa nak pengsan pun ada tengok muka dia ni.

"penat eh? before bertugas dah makan ke belum?", soal katherine.

rissa sekadar menggelengkan kepalanya.

"kenapa tak makan dulu? nanti awak sakit", ujar katherine sambil mengerling kearah jam tangannya.

rissa enggan menjawab soalan daripada katherine itu kerana walletnya tertinggal di rumah. maka, seharian ini lah dia tak makan apa apa kecuali minum air kosong. memang takde energy dah dalam badannya.

"kalau macamtu, jom makan sama sama. saya belanja", ajak katherine.

wait, katherine ajak makan? berdua ke? ke dengan bestfriend dia juga si adriana tu?

katherine yang tidak mendapat jawapan dari rissa itu segera bersuara lagi. "kita berdua je, adriana dah makan tadi. saya ada tanya junior juga tadi, dia cakap dia dah makan. so sekarang ni awak dengan saya je, dont feel awkward about that".

berdua? makan? macam dating lah ni!??? hati rissa begitu gembira apabila mendapat pelawaan yang sebegini rupa daripada crushnya itu.

"nak tak?", soal katherine. matanya menatap redup anak mata rissa.

"boleh juga", balas rissa sambil tersenyum.

gila apa taknak. peluang sekali seumur hidup kot? crush ajak makan memang perkara yang sangat jarang terjadi ya semuanya (based on experience)

katherine tersenyum. kali ini, sepipitnya terserlah. comel!! dahla smart, dengan vest pengawas perpustakaannya, dengan spec matanya. shes so perfect.

"jommm, harapnya kantin masih buka lah masa ni", ujar katherine. dia berjalan mendahului rissa. rissa pula hanya mengekori gadis itu dari belakang.

adriana yang sedang mengemas kaunter itu menghentikan pekerjaannya.

"amelia katherine, nak gi mana?", soal adriana dengan garang. hah sudah, apa nak buat ni?

kak adriana nampak garang ketika itu. dengan gaya cekak pinggangnya. katherine pula kelihatan santai diposisinya. dia tersenyum memandang kearah adriana.

Larissa Damia [gxg]✅️Where stories live. Discover now