chapter 8

659 28 1
                                    

kriinggg!!!



loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. rissa segera mengemas barangnya yang ada diatas meja itu.

begitu juga dengan aisyah. rissa mencapai bekas makanannya yang diletakkan dibawah desk meja itu lalu diletakkan diatas meja.

"wah kau, rajin bawak bekal eh harini", tegur aisyah.

rissa tersengih. dia belum bagitau lagi perkara yang sebenar kepada aisyah. poket begnya diseluk.

"eh? mana nametag aku eh?", soal rissa. kedua belah poket begnya diseluk lagi.

"ha mana kau letak? habislah kau kalau hilang", ujar aisyah sambil mengusik rissa.

"aku rasa aku tertinggal dekat library la semalam, kau pergi la rehat dulu", ujar rissa.

"yeee, tempat biasa tau", jelas aisyah lalu meninggalkannya didalam kelas itu bersendirian.

rissa pula mengambil bekas makanannya lalu keluar dari kelasnya.

sebaik saja sampai di perpustakaan, dia segera masuk kedalam dan menuju ke bilik ict yang terletak dibelakang perpustakaan itu.

"semalam aku letak kat sini rasanya", ujar rissa sendirian. dia mencari disekitar bilik ict itu. bawah meja pun sudah diperiksa namun tiada.

dia menoleh kearah bilik simpanan buku baharu itu. entah entah, dia terlupa dalam tu.

dia segera memulas tombol pintu itu lalu membukanya. rissa masuk kedalam lalu menutup semula pintu tersebut. ni kalau ada cikgu nampak ni habislah dia. sebab rissa tak duty untuk minggu ni cuma semalam ada cikgu yang minta tolong dekat dia so dia terpaksalah masuk kedalam bilik tersebut.

rissa mencari disegenap kotak kotak yang berisi buku itu. namun, tetap tiada. tiba tiba, tombol pintu kedengaran dipulas, rissa segera bersembunyi dibelakang pintu supaya tidak ketahuan.

bau wangian yang menusuk dalam hidungnya membuatkan dia berfikir sejenak. dimanakah dia pernah menghidu bau wangian ini?

setelah pintu bilik tersebut ditutup dan akhirnya dia tahu siapakah gerangan yang membuka pintu tersebut.

"buat apa kat situ?", soal katherine yang sibuk mengemas buku baru itu.

"o-oh uhm, saya...s-saya cari-".

"cari apa? awak tahu kan sini kawasan larangan if awak tak duty?", potong katherine. dia melangkah mendekati tubuh rissa.

rissa pula mengundur kebelakang kerana katherine semakin menghampirinya.

"kenapa? apa awak nak cari?", soal katherine lagi. kedua belah tangannya berada disisi bahu rissa.

tubuh rissa terkunci. dia tak dapat nak lari kemana mana lagi.

"s-saya nak cari...c-cari nametag", ujar rissa dengan gagap sekali.

katherine menatap lama wajah rissa yang ketakutan akibat tindakannya itu. dia tersenyum seketika melihat wajah gadis itu yang kelihatan begitu polos.

"sampai dalam ni awak cari?", soal katherine.

"s-saya lupa dekat mana saya letak", ujar rissa lalu menundukkan kepalanya.

"jangan tunduk, pandang saya", ujar katherine. dagu rissa dipegang supaya dia mendongak memandang kearah katherine.

katherine menunjukkan nametag yang tertera nama larissa damia itu kepada rissa sebelum dia menyimpan semula kedalam poket baju kurung sekolahnya itu.

"nametag awak ada dekat saya, tapi disebabkan awak cuai, saya kena denda sikit lah supaya perkara macamni takkan jadi lagi", ujar katherine.

"t-tapi, nanti mdm lim marah".

Larissa Damia [gxg]✅️Where stories live. Discover now