"APAA???? ex kau kerja kat sini???", soal irfa dengan tidak percayanya.
"ish kau boleh diam sikit tak? satu cafe ni tau aku punya ex kerja sini tau", marah amni sambil menutup mulut irfa.
irfa tertawa sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"tapi serious lah nadhirah tu kat sini?", soal irfa yang masih lagi tidak percaya.
"iyeee irfawani binti bapak dia, nad tu kerja sini. semalam aku terserempak dengan dia. kebetulan dia tu doctor incharge untuk pantau rissa", jelas amni.
irfa mengangukkan kepalanya berkali kali tanda faham akan penjelasan rakannya itu.
"so macam mana dengan rissa? dia memang tak ingat kau langsung?", soal irfa sambil mengunyah roti canainya. saja nak tukar topic.
"tak, even aku dah cerita kat dia semua benda", jelas amni. dia kelihatan sedikit sedih kerana perkara itu.
"laa, masa ni la kau perlu buat sungguh sungguh untuk ambil hati dia", ujar irfa. roti canai itu dikoyak koyak menjadi cebisan kecil sebelum dia mencicah pada kuah kari tersebut.
"itu aku tahu la, masalahnya semalam dia bukak phone dia, dia tanya katherine ni siapa and kenapa dia rasa sedih kalau nama katherine tu disebut", ujar amni sambil menghirup teh tarik panas itu.
"pastu kau cerita tak?", soal irfa.
"nak taknak aku terpaksa lah cerita dekat dia. takkan la aku nak menipu dia kot", balas amni.
"pastu apa reaction dia???", soal irfa lagi.
"hi, boleh tumpang meja tak? meja full lah", ujar nadhirah secara tiba tiba membuatkan amni menghentikan perbualannya antara dia dan irfa.
amni memandang kearah nadhirah dan rakannya yang seorang itu.
"eh kak nad, duduklah", pelawa irfa sambil tersenyum. amni menyepak kaki irfa dari bawah. dia membuat isyarat mata kearah irfa supaya tidak membenarkan mereka berdua menumpang di meja ini.
"boleh tak ni?", soal nadhirah sambil memandang kearah amni.
amni hanya berdiam diri.
"eh duduk je, takkan tak boleh pula kann??", ujar irfa sambil tersengih.
nadhirah segera duduk disebelah amni, manakala rakannya itu duduk disebelah irfa.
"eh ni amni kan?", soal rakan kepada nadhirah.
amni tersenyum lalu mengangguk.
"mesti tak ingat saya lagi kan? dah lama dah kita tak berjumpa", jelas rakan kepada nadhirah itu.
"eh mestilah ingat, takkanlah lupa dengan doctor daniella kita ni", balas amni sambil tertawa.
irfa hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka.
"saya? awak tak ingat?", soal nadhirah.
irfa segera berdehem. kaki amni disepak perlahan membuatkan amni menjeling kearah irfa.
"m-mesti la ingat. takkan nak lupakan awak kot", balas amni. dia tidak memandang kearah nadhirah.
"rindu cakap je rindu, tak perlu malu malu", usik daniella.
"itulah kan, tak perlu pendam pendam", tambah irfa. keningnya diangkat berkali kali.
"manade lahh, kita suka orang lain la", marah amni. dia mencebik.
"tak rindu pun lah", sambung nadhirah sambil menghirup kopi o panasnya.
daniella tersenyum melihat gelagat mereka berdua. lagi lagi si amni. dia memang suka nak menyakat amni.
YOU ARE READING
Larissa Damia [gxg]✅️
Romance[COMPLETE] kitonyo tak reti buat desc, so baca jelah AHHAHA WARNING!! gxg content, read at your own risk