pintu bilik diketuk. syefa yang tengah syok scroll tiktok itu menghentikan kegiatannya.
"mesti rissa ni lupa bawa kunci lagi kan", ujarnya sendirian lalu berdiri dari baringnya.
syefa membuka pintu biliknya. dia terkedu melihat amni dan vallerie memapah tubuh rissa. tidak pernah dia lihat keadaan rissa seteruk ini.
"kenapa ni?", soal syefa lalu membuka luas pintu bilik tersebut untuk memberi ruang kepada mereka membawa rissa masuk kedalam.
"tak sure juga", balas fatin yang masih menanggalkan kasutnya diluar bilik tersebut.
amni dan vallerie segera membantu rissa untuk duduk diatas katilnya. amni mengambil bantal peluk teesebut lalu diletakkan pada pangkuan rissa.
"ada air tak?", soal amni sambil memandang kearah syefa.
syefa mengangguk lalu mencapai botol air yang berada diatas meja rissa. penutup botol dibuka lalu dia memberikan air tersebut kepada rissa.
rissa mengesat matanya yang sembab itu. dia mengambil botol air itu lalu meminum sedikit isinya.
vallerie sekadar mengusap perlahan belakang rissa. dia berasa bingung dengan keadaan rissa sekarang ini. begitu juga dengan fatin. tidak pernah rissa menyakiti dirinya sendiri seperti ini.
dan inilah kali pertama dia melihat sisi rissa yang sakit itu.
"rissa, okay dah sekarang?", soal fatin.
rissa hanya tersenyum tawar. dia membelek belek tangannya yang terluka itu. buku jarinya hancur sedikit. ada yang terluka, ada yang merah merah dan ada juga yang terkoyak.
mana tak nya, dia terlalu mengikut perasaannya sehinggakan dia tidak dapat mengawal dirinya sendiri pada masa itu.
"kejap, saya ambil aid kit dalam bilik", ujar amni lalu beredar dari situ.
setelah pintu itu ditutup, vallerie dan fatin memandang antara satu sama lain. fatin memberikan isyarat kepada vallerie supaya memulakan perbualan terlebih dahulu.
"rissa, kalau ada apa apa yang nak diuahkan, jangan pendam, saya dan fatin sentiasa ada", ujar vallerie.
fatin menganggukkan kepalanya. manakala syefa pula mengusap perlahan kepala rissa.
"saya pun ada, mungkin saya ni bukan orang yang awak kenali dengan lebih mendalam, tapi awak boleh je luahkan perasaan awak, biar ringan sikit bebanan dalam kepala awak tu", ujar syefa sambil tersenyum kearah rissa.
rissa membalas senyuman daripada syefa itu. "jangan risau, saya okay je".
"awak tak okay lah, cuba tengok keadaan awak sekarang ni", balas fatin. dia memandang risau kearah rissa.
rissa mencapai tangan fatin. jam pada pergelangan tangannya dilihat. hampir pukul 2, dan mereka sepatutnya menghadiri kelas pada waktu ini.
"korang jangan risau tau pasal saya, syefa ada untuk jagakan saya okay? korang pergi lah ke kelas, nanti madam siti cari pulak", ujar rissa. dia tak mahu kedua rakannya skip kelas semata mata untuk dirinya.
"macam mana kami nak tinggalkan awak dalam keadaan macamni?", soal vallerie.
rissa tersenyum tawar.
"trust me, im fine. nanti syefa jagakan saya, lagipun saya perlukan ruang untuk seketika", ujarnya.
fatin memandang kearah vallerie. begitu berat rasa hatinya untuk meninggalkan rakannya begitu saja. rissa memandang kearah mereka berdua.
"korang, please, pergi kelas. tak baik ponteng semata mata nak jagakan saya", ujar rissa sambil memegang tangan vallerie dan fatin. dia mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan mereka berdua.
YOU ARE READING
Larissa Damia [gxg]✅️
Romantizm[COMPLETE] kitonyo tak reti buat desc, so baca jelah AHHAHA WARNING!! gxg content, read at your own risk