POL 2

138 10 0
                                    

Freen merebahkan dirinya diatas katil setelah berjaya menenangkan mamanya.

"Freen janji ma freen akan balas atas apa yang menimpa pada saint, freen akan pastikan dia merana kerana telah mengganggu keluarga kita freen JANJI" kata freen terlihat jelas di dalam matanya penuh dengan dendam.

Keesokan paginya

Becky tersedar dari tidurnya apabila merasa dingin ditubuhnya. Becky melihat jam di tangannya.

Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi kerana masih bingung untuk pergi kemana becky membuat keputusan untuk membersihkan dirinya.

Di toilet

Becky masuk ke dalam toilet untuk membersihkan dirinya setelah selesai mandi, memakai baju becky membuat keputusan untuk cari kerja sementara dia masih belum pergi ke kolej kerana kekurangan duit.

Di kediaman Amstrong

Puan Amstrong dan tuan Amstrong sedang menikmati sarapan pagi.

Tiada percakapan dari mereka berdua sehinggalah muncul pak cik Alex memecahkan suasana.

"Pagi tuan puan" ucap pak cik Alex kepada pasangan suami isteri itu.

"Pagi" jawab tuan Amstrong

"Pagi, meh lah duduk kita makan sekali" ajak puan Amstrong.

"Terima kasih atas pelawaan tapi saya datang kesini hanya ingin memberitahu semalam cik becky ada datang kerumah ni"

Mendengar nama Becky tuan Amstrong menghentikan makannya lalu bertanya.

"Dia buat apa dekat sini? Berani²nya dia datang kesini, tak malu... dah malu kan keluarga masih berani tunjukkan muka" kata tuan Amstrong
tegas.

"Dia macam mana sihat?" Tanya puan Amstrong.

"Dia sihat puan" jawab Pak cik Alex.

Puan Amstrong tersenyum lega mendengar anaknya baik² saja.

"Agak²nya dia ada rumah tinggal tak? Dia ada duit belanja tak? Dia makan apa?" Tanya puan Amstrong, dia amat merisaukan anak perempuannya.

"Pandai²lah dia hidup, kalau dia tak buat semua ni mungkin sekarang dia masih bersama dengan kita" kata tuan Amstrong, puan Amstrong hanya diam dia tidak ingin berdebat mulut dengan suaminya kerana dia tahu suaminya itu seorang yang tegas jadi dia tidak berani untuk melawan.

Di cafe

Seorang perempuan sedang meneliti surat permohonan pekerjaan dari becky.

"Saya tengok dari prestasi awak ni cukup bagus tapi bila awak bagitahu saya yang awak bekas banduan saya segan untuk menerimanya kerana kes yang awak ada ni sangat lah teruk" jelas perempuan itu.

Becky hanya diam sambil tersenyum paksa.

"Baiklah kalau begitu saya minta diri dulu"

Becky bangun dari duduknya, dia mengambil surat itu sebelum dia keluar dari bilik itu dia menghembus nafas berat.

Becky keluar dari cafe dia berjalan untuk mencari pekerjaan lain.

Saat dia ingin melintas jalan ada seorang lelaki sedang berlari sambil memegang beg tangan.

"Woi tunggu" jerit seorang perempuan tanpa menunggu lama becky menyekat kaki lelaki itu sehingga lelaki itu tersungkur di atas jalan.

Becky mengambil beg hasil curi itu, lelaki itu melarikan diri. Perempuan itu berhenti di depan becky dengan nafas yang tercungap-cungap.

Hah... hah...

"Terima kasih"

Becky tersenyum lalu dia menghulurkan beg kepada perempuan itu.

PRISON OF LOVEWhere stories live. Discover now