Keesokan harinya
Freen dan Becky sudah bersiap untuk berangkat pulang ke rumah freen, Becky menolak tinggal bersama freen namun freen tetap memaksa dirinya untuk tinggal bersama freen.
"Freen akhirnya kau balik juga"
"Kenapa May ada apa² terjadi ke?"
"Aunty chankimha aku rasa trauma dia datang balik" kata May.
Freen yang mendengar itu berlari masuk ke dalam rumah meninggalkan becky diluar.
"Ma... Mama" panggil freen.
Freen lantas mendekati mamanya dan memeluk mamanya.
"Freen saint.... Mama jumpa saint.... Dia minta tolong dekat mama.... Mama nak selamatkan dia.... Mereka jahat mereka dah bunuh saint" racau puan chankimha dalam pelukan anaknya, freen cuba menenangkan mamanya.
Becky yang baru sampai merasa kasihan atas apa yang menimpa pada puan chankimha.
"Mama.... Tenang dulu okay, May mama aku dah makan ubat belum?" Tanya freen
"Aku dah suruh dia, tapi dia tak nak" jawab May.
Mendengar itu freen mengambil ubat untuk menenangkan puan chankimha namun ditepis oleh puan chankimha.
"Kamu fikir mama gila ke freen" tanya puan chankimha
Freen terdiam seketika
"Ma freen tak pernah anggap mama macam tu" jawab freen.
"Mama tak gila cuma...."
Freen tidak sanggup untuk menghabiskan ayatnya kerana selama ni dia bertahan hidup bersama dengan mamanya, puan chankimha pernah dirawat namun gagal, kawan² freen pernah menawarkan beberapa pakar kepada freen namun freen menolak kerana dia tak sanggup untuk berjauhan dengan satu² nya ahli keluarga yang tinggal.
Freen merasa sebak di dalam hati melihat keadaan orang yang dia sayang menderita.
Becky keluar dari bilik itu, May turut keluar dari bilik itu membiarkan freen bersama mamanya.
"Sedekat apa hubungan awak dengan freen?" Tanya May.
"Kitorang cuma kawan" jawab Becky.
"Saya dengan freen kawan dari zaman kami kecil, dia seorang yang pendiam freen juga mempunyai trauma sewaktu dia kecil, dia pernah melihat papanya mati di depannya namun dapat diatasi kerana sokongan daripada abangnya saint" kata May, becky hanya diam mendengar cerita dari May.
"May"
May dan becky menoleh kearah freen.
"Thanks sebab kau sudi tengok² kan mama aku" ucap freen.
May hanya tersenyum lalu dia memeluk freen.
"Kau kena kuat freen demi mama kau, aku tahu kau mampu untuk lalui semua ni" kata May menyemangati freen.
"Thanks sekali lagi, maaf kalau aku sering menyusahkan kau" kata freen lagi sambil melepaskan pelukan itu.
"Aku balik dulu kalau ada apa² jangan segan² call ke aku"
Freen mengangguk lalu May pun pergi meninggalkan freen dan Becky.
"Kau pergilah berehat" kata freen.
Becky hanya mengangguk lalu dia masuk ke dalam bilik.
Malam
Freen menelan air wine untuk menghilangkan tekanan, dia penat namun dia harus kuat demi mamanya.
Tiada tempat untuk dia bersandar untuk dia meluahkan perasaannya.
"Tak tidur lagi?" Tanya becky sambil duduk di sebelah freen. Freen mengelap air matanya.
YOU ARE READING
PRISON OF LOVE
RomantizmBecky yang berusia 20 tahun tertuduh diatas kematian kawannya sehingga dia di masukkan ke dalam penjara.