POL 3

130 12 0
                                    

Malam hari

Di kediaman freen

Freen sudah selesai dengan mandi dan pakaiannya. Freen keluar dari biliknya lalu dia masuk ke dalam bilik mamanya.

"Mama freen nak keluar sekejap ya"

"Kamu dah makan ke nak mama masak untuk kamu sebelum keluar" tanya puan chankimha.

"No it's okay ma, freen boleh makan dekat luar dengan nam, Heng dan Billy mama tak payah risau" kata freen

"Baiklah kalau begitu"freen tersenyum lalu dia mencium pipi dahi dan tangan mamanya.

"Freen pergi dulu ma, bye" ucap freen lalu dia meninggalkan mama dan rumahnya.

Di cafe noeyrin

Becky membersihkan meja setelah pelanggan selesai minum.

Clark pintu cafe dibuka

Becky mendongak melihat kearah pintu seketika dia terkaku melihat bekas kekasihnya bersama perempuan lain.

"Rat.."

Rat dengan kekasihnya melihat becky.

"Becky" sahut rat

"Siapa perempuan ni sayang, you jangan cakap perempuan ni ex you yang you bagitahu i yang membunuh kawan dia sendiri tu" sindir perempuan itu.

Rat hanya diam

"Oh god macam mana manajer boleh ambil pembunuh kerja dekat sini" sindir perempuan itu lagi.

Becky hanya diam dengan air mata yang bertakung di kelopak retina matanya.

'Sabar bec... Sabar... hufff' Guman Becky dalam hati.

Perempuan itu tersenyum sinis.

"Cik dan encik nak minum apa?" kata Becky mencuba mengalihkan perbicaraan.

Dia tidak ingin judge orang yang berada di depannya kerana dia tak nak menimbulkan masalah dia tahu kalau dia bergaduh dengan mereka berdua tak pasal² dia akan dipecat.

Jadi lebih baik diam kan?

"Bagi kami coffee kurang manis" kata rat

Becky mengangguk.

"Makan?" Tanya becky sambil mencatat pesanan.

"Bagi kami pad Thai" jawab perempuan itu.

Becky mengangguk lalu dia bertanya lagi.

"Ada apa² lagi yang nak ditambah?" Tanya becky.

"Tak ada tu je" jawab rat.

"Baiklah sila tunggu sebentar" kata Becky lalu dia pun meninggalkan rat dan perempuan itu.

Perempuan itu tersenyum penuh makna.

Tidak lama kemudian Becky kembali dengan dulang berisi dua coffee dan dua pad Thai.

Becky menghidangkan makanan dan minuman itu di keatas meja.

"Semoga menikmati" kata becky tersenyum lalu dia memusingkan badannya ke belakang saat dia ingin melangkah pergi perempuan itu mengatakan sesuatu.

"Pfftt manisnya air ni, bukan ke tadi aku minta kurang manis" tegas perempuan itu sehingga orang yang berada di dalam cafe itu memandang kearah mereka.

Kerana menyedari semua mata mengarahkan kearah mereka dia mempermalukan becky di depan orang ramai.

"Kau buat yang lain air ni cepat" kata perempuan itu, becky memandang rat yang sedang berdiam diri tanpa niat ingin membela dirinya.

"CEPATLAH AKU HAUS NI!!!" tegas perempuan itu, Becky pun mengambil air coffee itu.

PRISON OF LOVEWhere stories live. Discover now