POL 15

160 12 8
                                    

Freen berlari untuk menolong orang itu.

"Pak cik tak apa²?" Tanya freen.

"Saya tak apa² terima kasih sebab sudah bantu pak cik" jawab lelaki itu.

"Siapa perempuan tadi tu?" Tanya freen.

Lelaki itu hanya diam lalu dia meminta diri.

"Pak cik minta diri dulu"

Lelaki itu pergi tanpa menjawab pertanyaan freen. Freen kembali ke keretanya. freen masih tertanya² apa hubungan lelaki tu dan Heidi kenapa Heidi seperti marah pada lelaki tu?.

Setibanya di rumah freen masuk ke dapur untuk menyediakan apam balik yang dia beli tadi.

Freen membawa apam balik ke dalam bilik, dia membuka pintu dapat dia lihat Becky sedang bersandar sambil membaca novel.

"Nah apam balik untuk kau, aku beli dua yang satu biasa dan satu lagi pulut" kata freen sambil menghulurkan apam itu kepada Becky.

Dengan senang hati Becky menerima huluran itu tidak lupa untuk dia tersenyum dan berterima kasih pada freen, freen hanya tersenyum dengan kelakuan Becky yang sangat senang mendapat makanan itu.

Becky memakan apam balik sehingga habis tidak tersisa.

"Nah air, disebabkan aku tahu makanan tu manis aku bawa air kosong untuk kau, kau tengah pregnant tak boleh minum manis kerap nanti hidap kencing manis" kata freen panjang lebar.

"Yelah"

Dengan pasrah Becky meminum air kosong sehingga separuh.

"Terima kasih sebab kau sudi layan karenah orang mengandung" kata Becky.

'Apa² pun aku akan lakukan pada kau bec' Guman freen tersenyum kepada Becky.

Ting

Freen melihat notifikasi pesan dari noey. Freen menekan notifikasi lalu dia membaca pesan dari kawannya.

Freen aku dah dapat informasi, kau boleh jumpa aku sekarang?~ noey

Okay kita jumpa dekat tempat tadi, aku on the way~ freen

Okay aku tunggu~ noey

"Aku pergi dulu nak jumpa kawan"

Becky hanya mengangguk, freen keluar dari biliknya dia mengetuk pintu bilik mama nya namun mamanya sudah tidur kerana tidak ingin menganggu freen menutup balik pintu dan keluar.

Cafe

Noey sedang mengambil pesan untuknya dan freen, dia sudah tahu apa yang freen suka minum setiap kali mereka bertemu.

Setelah selesai membuat order, pelayan itu pun pergi dan freen pun datang.

Freen mula serius dengan apa yang diberitahu oleh noey.

"Saat aku pergi ke rumah yang Becky tinggal, aku menemui rantai" kata noey sambil memberikan rantai yang dia jumpa di dalam rumah yang becky duduk dulu.

.....

Di kediaman freen

Freen merenung rantai yang dia pegang.

"Tenung apa tu?" Tanya becky mengejutkan freen yang sedang termenung.

"Eh bec"

"Rantai siapa tu? Boleh aku tengok"

Freen memberi rantai itu , Becky merenung rantai itu seperti pernah melihatnya.

"Rantai ni seperti pernah aku tengok rantai... Milik Heidi" kata Becky

PRISON OF LOVEWhere stories live. Discover now