bab 12

9 0 0
                                    


Sumpah dia menyesal

Menyesal gila gila.

Kini, Airis dan Auni berada di tempat yang dituju, tetapi dia tidak tahu pula yang dia akan ke majlis perasmian, Allahuakhbar, tolong lah aku ya allah.

Apa tujuan mereka ke sini sebernanya?, dia sendiri pun tidak tahu.

"Kita buat apa kat sini?, siapa yang nak kawin?. Hey, aku bercakap dengan kau ni" soal Airis dengan kepelikan, sumpah sekarang dia pelik. Mereka dekat majlis perkahwinan orang!.

Auni hanya senyap mereka bersembunyi di dalam kereta Airis yang agak jauh juga lah. Dia menyerahkan satu earpod yang ada. Airis bingung. Dia bingung untuk apa ni?

"Sekarang ni, aku nak kau menyamar jadi bf aku, ataupun be my husband?, bagi orang sekeliling tak syak apa-apa, patutnya abang kau dengan kakak aku yang uruskan semua ni, tapi disebabkan diaorang nak kawin and diaorang nak siapkan segala haram jadah yang ada, so terpaksa lah. Kau dan aku buat kerje bodoh ni" terang Auni yang sedang mencapai beg sandang kilatnya yang berwarna hitam.

Itu rupanya tujuan mereka berdua ke sini, heh, menyesal aku setuju, tapi dah kalau si beruk tu yang suruh. Takkan aku nak bantah, kang tak pasal-pasal diorang marah aku, arghh masak.

Tanpa berlengah lagi mereka keluar dari kereta seperti sepasang kekasih atau lebih tepatnya, sebagai Suami istri palsu.

Masuk sahaja di dewan itu, Auni terus bisik ke arah Airis "aku  nak kau tolong pergi dekat tempat VVIP duduk tu, dekat situ ada tempat Dato' dengan Datin-Datin yang ada. Now kita salam pengantin tu, then kita cari tempat duduk" jelas Auni. Airis hanya memasang wajah ketatnya sahaja.

"Ouh ye, aku nak kau senyum, dan beramah mesra sikit ngn pengantin lelaki, sebab aku dah cakap dengan dua ketul tu, yang HUSBAND aku ni seorang yang greenflag, bukan redflag, so tolong, senyum sikit, nampak mesra sikit pun takpelah" Airis tergamam, dia tidak pernah untuk menjadi greenflag, aduh, kena buat lah ni.

Mereka berdua ke arah sepasang suami istri. Auni dan Airis mula menyalam tangan mereka, buat-buat mesra sikit je.

"Auni, lama tak jumpa kau, kau sehat ke?, mana kakak kau?ouhh aku lupa kakak kau nak kawin kan?, kenapa dia sibuk nak kawin juga, tapi takpe lah, dah tuhan tu dah jumpa kan jodoh dia kan. Nak buat macam mana" kata pengantin perempuan, Auni hanya membuat wajah. Sebab tu lah dia malas nak datang ke sini, tapi disebabkan misi, terpaksa lah buat.

"Aku sehat je, kakak aku pum sehat, ouh ni kenalkan, husband aku, aku kawin dulu before korang" Auni menjeling ke arah Airis untuk berkelakuan mesra.

Airis patuh apa yang disuruh, taknak lah misi mereka rosak. Kang tak pasal-pasal dia yang kena tanam.

"Korang duduk lah dulu, minum-minum ke" kata pengantin perempuan yang bernama Dina, dan pengantin lelaki bernama Tengku Fariz.

Auni dan Airis hanya mengangguk kepala sahaja, mereka sudah cop tempat yang sangat jauh.

Airis sudah pergi untuk memulakan misi, dia hanya menghendap dan melekakan pengacara. Serta dia juga harus memasangkan alat pendengar pada bilik musuh mereka.

Simple bukan?

Malah, tugas Auni pula hanya memerhatikan setiap pergerakan musuh mereka. Dan melaporkan misi ini kepada Aulia atau Amin.

Itu sahaja....

𝘉𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘱𝘢 𝘮𝘪𝘯𝘪𝘵 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯....

Auni mengetuk aerpodnya, tanda ada suara yang masuk, ternyata suara Airis.

"Hello, masuk, masuk, aku ada ni" kata Auni membalas percakapan itu.

Senyap

Senyap

Senyap

Dan senyap

Dalam beberapa minit dia melihat sekujur tubuh Airis yang datang mendekat "Airis, kau ok?, kenapa muka pucat je ni?" kata Auni yang tampak risau, mana lah tak risau anak orang ni, buatnya dia tak sihat.

Lepastu terus pengsan, tak ke satu lagi beban yang dia nak angkat masuk dalam kereta?, dah lah kereta mereka jauh, kudrat dia pun tak mampu nak angkat badan tegap si Airis ni.

Tanpa berlengah lagi, mereka berdua meminta diri dan pergi dari situ. Nanti lah dia tanya dekat si Airis ni.

Mereka berjalan ke arah kereta BMW milik Airis. Lagi beberapa langkah sahaja, sekujur tubuh itu pengsan tidak sedar kan diri. Kan Auni dah agak, mesti akan pengsan punya, tengok lah muka dah pucat, badan lesu semacam, mana tak pengsan ank orang ni. Jadi dia terpaksa lah angkat walaupun berat. Dia dayakan jugalah walaupun terpaksa seret.

Akhirnya dia berjaya memasukkan tubuh itu ke dalam kereta. Dia meraba-raba poket itu, dan dia mengambil kunci kereta. Dia kena drive sendiri!.

..............................

Airis membuka matanya, dan dia melihat siling bilik. Ini bukan siling biliknya. Airis memandang sekeliling, dia juga tidak tahu dia dimana. Lepas sahaja berlaku malam semalam. Pandangannya terus gelap, dan dia disini.

𝘍𝘭𝘢𝘴𝘩𝘣𝘢𝘤𝘬

Airis mula memasukki bilik itu. Dia mula masuk dan memasang alat pendengar seperti yang diarahkan. Seusai sahaja dia memasang alat itu, dia ingin turun ke bawah, tetapi terbantut kerana dia terdengar satu bunyi yang tidak patut didengar oleh nya.

Dia ternampak ada satu pintu yang tidak tertutup rapat, dia cuba mengintai, dia ternampak satu gadis sedang berbaring diatas lelaki tegap, dan mereka berasmara rindu di dalam.

Sempat juga lah dia mengucap sebelum dia keluar tu, sebab tu lah muka dia tampak pucat sahaja. Alahh haii mata  aku dah tak suci ya allah, kenapa aku dipaksa buat kerja-kerja yang tidak aku relakan ni ya allah.

Turun sahaja tangga, dia terus pergi ke arah Auni yang sepertinya sudah tunggu nya lama. Tangan Auni Airis genggam dan kami meminta diri dan terus keluar dari dewan itu, tak sanggup dah nak duduk lama-lama.

Jalan lagi beberapa langkah terus Airis melihat hanya lah kegelapan, tup tup dah sampai tempat yanh tidak dikenal sudah.

End flashback...


































Nak lagi tolong vote plss

𝑌𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑇ℎ𝑒 𝑃𝑠𝑦𝑐ℎ𝑜𝑝𝑎𝑡ℎ 𝐴𝑛𝑑 𝑇ℎ𝑒 𝑀𝑎𝑓𝑖𝑎(OG) Where stories live. Discover now