Bab 15

8 0 0
                                    


Mereka terus ke tempat yang dikatakan oleh Amin tadi.

Auni dan Airis mula mempersiapkan pistol dan glock serta peluru untuk mereka.

Auni tidak mahu melihat wajah Airis buat masa sekrang ni. Nak cskapdia sakit hati pun tidak juga. Dia tidak tahu bahawa perasaan ini apa? Malas lah dia mahu berfikir.

Dia ke kilang lama, dia tidak tahu ada orang ataupun tidak, dia tidak tanya lebih lanjut, kerana Amin suruh dia untuk menjaga sahaja.

Tiba-tiba dia mendengar bunyi tembakan dari arah belakang. Terus dia mengalihkan badan ke tepi, dia mula berpusing ke belakang. Serta dia terkejut kerana yang dia nampak itu ialah.....

Muhammad Aiman Danish

Bekas tunang tak jadi dia dlu, masih berdendam ka lelaki itu kepadanya? Bukan salahnya yang mahu yang memutuskan hubungan itu.

Dia yang mahu memutuskan hubungan itu, alasan dia, sudah tidak ada perasaan lagi. Apa yang Auni buat pada masa itu? Dia hanya bersetuju sahaja, benda dah selesai, kenapa masih mahu berdendam lagi? Yang sakit kena bunuh nanti bukan Aiman, tapi Aulia.

"Kau  nak apa lagi Aiman? Aku dengan kau dah takda apa-apa lagi lah" Auni mula mengangkat glock dia, Aiman berbuat sama seperti. Takkan dia nak berdiam diri.

"You know what? Kau dah bunuh hati aku, kau dah bunuh orang yang aku sayang! Kau dah bunuh tunang aku! Kau dah bunuh dia, kau dah bunuh Intan! Sebab tu aku nak bunuh kau pulak. Walaupun aku yang Intan takka suka, but who care's? Kau pun macam takda orang sayang dekat kau je. Buat apa kau hidup lagi kan? Buang masa. Am i right?" selepas berujar begitu, terus Aiman gelak ketawa psycho!

Dia sudah lupa bahawa Auni lagi psycho dari dia. Tapi bila di dalam situasi ini dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Kenyataan, dia seperti tidak ada lagi orang yang sangat menyayangi diara lagi.

Ya Allah, aku sakit sangat. Air mata mula menitis, dia sudah tidak ada kekuatan lagi mahu hidup, dia mula jatuh, dia sungguh tidak kuat, dari dia kecil, ramai sangat yang mengabaikannya.

Aiman mula mendekat ke arah Auni yang sudah menangis teresak-esak.

Dia menarik tangan Auni agar berdiri. Dia mahu membunuh gadis itu, dia tidak mahu melihat lagi wajah gadis itu. Gadis itu yang pernah menjadi idamannya, gadis yang pernah menjadi gadis kegemarannya.

Tapi bukan sekarang, dia nak balas dendam sahaja. Apa yang dia pada Intan itu sungguh pedih. Dia bunuh gadis yang tidak bersalah.

"Aiman, sejak bila pula aku bunuh Intan? Aku dengan Intan kawan baik lah, takkan lah aku nak bunuh dia, pikir pakai akal lah, aku takkan bunuh kawan baik aku sendiri lah! Aku takkan bunuh dia!" ujar Auni bagi menafikan kata-kata yang diujarkan oleh Aiman itu.

"Arghhh, kau jangan nak tipu aku lah!! Aku tahu kau! Aku kenal kau dah lima tahu lah! Kau akan berdendam!!" kata Aiman mula mengacuh kan pistol dan menarik terus dilepaskan.

Tepat kena sasaran, iaitu di perut Auni, dia tersenyum puas kerana gadis itu sudah berbaring di atas jalan tar itu.

Darah keluar sangat banyak, tiada satu pun disitu yang mampu menolong dirinya. Mungkin ini ialah penamat hidupnya. Dia mendengar suara kakaknya. Aulia.

"Auni, Auni! Bangun Auni, aku taknak hilang kau Auni!!, bangun lah Auni!, bukak mata kau please, bantuan dalam perjalanan, kau kena kuat Auni. Aku tahu kau kuat!" suara mula tersekat-sekat apabila bicara, dia tidak mahu satu-satunya adik kandungnya mati, dia mahu adiknya itu menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan dia nanti.

Dia tidak mahu kehilangan orang yang dia sayang lagi. Auni mula menggenggam tangan Aulia, tetapi tidak kuat kerana tenaga dia sudah tidak ada.

"Aku nak kau jaga mama dengan papa, aku dah susahkan orang, bagi lah aku pergi dengan tenang, aku pun taknak tinggalkan kau, tapi Allah lagj sayangkan aku kan? Kau jaga Mama dengan Papa nanti tau? Teman Mama dengan Papa tau bila aku dah takda nanti? Selalu lah lawat kubur aku nanti, aku sayang kau jugak tau, aku dah penat nak hidup dah, aku tunggu kau kat sana tau nanti, jaga bakal suami kau baik-baik tau nanti, sebab nanti kau kena jadi bakal bini dengan bakal ibu yang berat, aku dah takda nanti kau jaga diri tau? Terlepas lah aku nak tengok bakal anak buah aku nanti, aku sayang kau tau, aku pergi dlu Aulia, sayang kau" selepas berkata begitu, Auni terus menutup matanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝑌𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑇ℎ𝑒 𝑃𝑠𝑦𝑐ℎ𝑜𝑝𝑎𝑡ℎ 𝐴𝑛𝑑 𝑇ℎ𝑒 𝑀𝑎𝑓𝑖𝑎(OG) Where stories live. Discover now